Monday, September 29, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI ESOK/RABU 1.10.08.SEMOGA DI HARI YANG MULIA INI AKAN MEMBERIKAN KITA KEKUATAN DAN SEMANGAT UNTUK TERUS BERISTIQAMAH SETIAP APA YANG DILAKUKAN.RIBUAN MAAF KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN CENDAWAN,AHLI FORUM BJ,PESERTA-PESERTA KURSUS YANG TELAH BERGURU BERSAMA SAYA LAGI SEKALI RIBUAN KEMAAFAN.DATANGLAH RUMAH RAYA INI KEPADA YANG MENGENALI ATAUPUN TIDAK MENGENALI....MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saturday, September 27, 2008

Sekilas pandang kawasan

tapak cadangan untuk pondok pemeraman

beg media yang baru masuk..baru 900beg kot..banyak lagi yang belum masuk.Pondok nie boleh muat dalam 4k-5k sahaja.

stok habuk getah..tinggal sikit jer

bilik suntik baru tu..takde aircond,panas...hehe

beg media masih tidak disusun dalam pondok penghasilan

itu lah gambar-gambar yang boleh dikongsi bersama..keadaan sekitar projek cendawan.InsyaAllah awal tahun 2009 akan membuat pondok cendawan yang boleh memuatkan dalam 15k-20k.Itu adalah target utama untuk mengembangkan projek ini.Oleh kerana tidak mendapat apa-apa bantuan modal sendiri lah nampak nya..

Penemuan Benih Baru

cendawan yang sama..tapi posisi lain

apa macam....ok tak benih nie

semua hasil gambar cendawan itu adalah hasil daripada teknik rakan.Dia baru balik dari kursus buat benih.Ini lah hasil nya yang pertama.Masa amik gambar dia memang cantik keluar nya.Tapi hasil cendawan tidak tebal..yang berat hanya pada batang cendawan.Apa-apa pun benih ini sangat menarik perhatian.Baru pengeluaran pertama hasil cukup menakjubkan..ada yang berminat..

Sunday, September 14, 2008

Aktiviti minggu kedua di bulan ramadhan

Sebenarnya tak tahu nak cakap apa..hehe.Cuma nak citer lah aktiviti yang dilakukan sepanjang ramadhan yang dah masuk minggu kedua nie.Aktiviti membuat beg media masih diteruskan,cuma kuantiti beg dikurangkan sedikit.Al-maklumlah ek,bulan posa nie tak larat nak mengaul media dan membagging media.Untuk tempoh 15hari nie jer dah dapat dalam 600beg juga lah.Itupun ada member yang sanggup tolong nak part-time membagging beg media nie.Kalu tak memang-memang tak sanggup nak membuat beg media.Apa-apa pun terima jer kat member yang sudi membantu..Alhamdullilah pondok dah penuh dengan beg2 cendawan selepas pondok di upgred.Proses untuk pengeluaran cendawan lepas raya nie laa.Hasil tu nanti nak jual sendiri kat pasar tani Pontian.Sabtu dan Ahad dah boleh part-time berniaga..Semalam sempat juga ke tempat ayne ambil benih cendawan.Macam produk dah berniaga laa nie eeeaa.Em lah,Bio-plant lah,Cuka apa tu.....pun berniaga gak.Janji duit sentiasa masyuk laaa.Ok lah tu.Yang sedih nya banyak beg-beg media yang dalam bangsal ayne rosak disebabkan benih.Macam kes Lutfi dan rakan..Aku senasib juga dulu laa.Biasalah tu,ada berniaga kan.Apa-apa pun kepada pengusaha-pengusaha cendawan nie tabah hadapi masalah-masalah nie lagi-lagi di bulan ramadhan..

Sunday, September 7, 2008

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Wednesday, September 3, 2008

Siapa berminat...Beg media Bio-Plant

Kepada pengusaha-pengusaha cendawan tiram ataupun siapa-siapa yang berminat untuk mendapatkan beg media berteknologi Bio-Plant boleh menghubungi saya AM-013750158.Sepanjang saya menggunakan Bio-Plant alahamdullilah kerosakkan pada beg media berkurangan.Dan kukusan pada beg media boleh disingkatkan..terbukti sudah keberkesanan nya.Stok beg media sedia ada melebihi 2000beg...kepada bakal pengusaha yang berminat boleh hubungi saya.

Selamat Berpuasa

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pengusaha-pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di seantero malaysia.Dan juga kepada peserta-peserta kursus yang telah menjalankan kursus di tempat saya.Semoga di bulan ramadhan ini akan memberikan kita kekuatan untuk menambahkan amal jariah.Sesungguhnya pahala di bulan ramadhan amatlah besar..Selamat Berpuasa.

Tuesday, September 2, 2008

Sepanjang lawatan ke MAHA

Bukti ke maha....tiket menaiki TRAM.Itupun bersesak..

Kandang kambing mini..menarik perhatian ku

Pondok mini cendawan..takde cendawan pun..
Kit penanaman cendawan yang terdapat di booth,Maha
Tercapai jugalah hajat nak ke MAHA 2008 nie..Walaupun amat kepenatan tapi rasa kepuasan dalam diri nie.Maklumlah dah lama nak ke MAHA baru tercapai 2008.Nak cerita sikit pengalaman ke MAHA nie.Perjalanan hari jumaat petang.Balik dari keje terus menuju perjalanan ke terengganu.Ingat nak ke permatang pauh tengok sesi penamaan calon..Tapi hati rasa lain macam terus ke terengganu nak pe melawat tempat si lutfi.Alhamdulillah perjalanan selamat..hari sabtu pe jumpa lutfi kat farm dia.Dekat 1jam30 minit gak sembang kat farm dan gerai makan..Mcm2 hal dibincangkan pasal cendawan sampai ler ke politik permatang pauh..hehe.Hari ahad pagi barulah bertolak ke MAHA..Akhirnya tercapai juga hajat,tapi tak dapat pusing ke semua booth yang ada di MAHA.Amat2lah besar nye tempat tu..sungguh meletihkan.Berangan2 juga,bilalah dapat buka booth sendiri kat MAHA nie..Target memang ada.Tapi masa dan waktu akan menentukan...

Beg media tanpa kukusan teknik Bio-Plant


Ini adalah gambar beg media cendawan yang telah disuntik tanpa kukusan mengunakan teknik bio-plant.Lihat sendiri keadaan misiliam benih pada beg media tersebut.Suntikkan benih telah dilakukan oleh pelajar UTM semasa sesi lawatan.Kebetulan semasa pelajar UTM tersebut hadir ke farm saya.Ada 400beg media yang belum dikukus.Saya telah berikan 2 beg media tanpa kukusan kepada para pelajar tersebut untuk mempelajari teknik menyuntik benih.Alahamdulillah beg menjadi...hasil cendawan belum pasti jadi ataupun tidak.Kita akan saksikan selepas ini...