Tuesday, December 30, 2008

Selamat Tahun Baru 2009

Alhamdulillah,
Tahun 2009 akan tiba esok..
setiap pengusaha cendawan pasti ada visi dan misi pada tahun baru yang akan menjelang esok..
Tidak terkecuali aku juga,
Bulan 1 nie ada perancangan untuk membina pondok yang boleh mengisi beg dengan kapasiti 15,000 ataupun 20,000 beg media.Itu adalah target utama pada bulan 1 ini..
permintaan beg media pun semakin banyak..untuk tahun baru ini sebanyak 15,000 beg media telah di tempah oleh pengusaha baru di Kota Tinggi.
Oleh kerana permintaan terlalu tinggi dan pembesaran pondok akan di buat..
Pekerja secara part-time untuk tujuan kerja membaging,mengaul dan mengkukus media amat di perlukan..
dan 10/1/09 juga adalah kursus yang seterusnya..
untuk hari ini sahaja sudah 5 orang sudah mengesahkan kehadiran kursus tersebut..
Semoga kehadiran 2009 akan membawa sinar yang cukup indah dalam diri ini dan perniagaan cendawan ini..Amin.

Monday, December 8, 2008

Menghitung Hari

Lagi 3 hari lagi akan mengakhirkan zaman bujang.Dan selepas ini akan hidup berdua bersama isteri tercinta.Pasti dugaan berumah tangga berlainan sekali dengan hidup zaman bujang dulu.Segala urusan akan di kongsi bersama isteri..semoga semuanya berjalan dengan baik sekali.Hari ini adalah kerja full,esok separuh hari..dan selepas itu cuti selama 3minggu.Hari khamis pagi dijangka akan bergerak menuju ke kuala terengganu.Majlis akad nikah dan kenduri pada hari jumaat 12/12/2008.Siapa-siapa rakan yang berdekatan boleh lah hadir.Dan yang jauh dari terengganu boleh lah hadir pada 20/12/2008 sabtu di rumah Benut,Pontian,Johor.Rancangan untuk bercuti di Langkawi..tapi semua hotel penuh.Terpaksa tunda pada bulan 1.InsyaAllah gambar-gambar nikah dan persandingan akan di upload minggu ini selepas selesai majlis..dah lari topik nie,hehehe...

Thursday, December 4, 2008

Untuk Jualan Hari ini..

Alhamdulillah pagi ini 5/12/08,7.00pg masuk pondok banyak stok untuk jualan hari ini.Hampir 26Kg..Semalam dalam 6kg.Esok kemungkinan dalam 7-8kg..jumlah keseluruhan dalam 35kg lah.Sampai jer UTHM n punch card terus staf-staf minta cendawan..rezeki awal pagi agak nya.Kesemua 52 beg yang berisi 500gram habis dijual tepat jam 10.30pg tadi..

Cerita penghujung minggu..













Hasil petang ini...masih ada separuh yang belum di petik lagi.Hasil untuk jualan esok pagi di opis UTHM.Permintaan terlampau banyak esok dari staf-staf UTHM.Maklumlah,untuk menu raya haji kan..













Habuk kayu getah yang baru sampai semalam..Ada cerita di sebalik penghantaraan habuk nie.Nak tergelak pun ada...tapi takpayah cerita laaaa...hehe













Untuk di kukus dalam steamer..Pagi tadi siap gaul.Famili start buat beg media tengahari.Pukul 7 siap semua..ada dalam 500beg lebih.













Ada tiga rak double jer dalam pondok nie..masih boleh muat 1 rak double.Bajet ada lari sikit.So,rak tak siap..












Sempat posing..hehe.Masa balik keje terus masuk pondok.Wah,banyak sungguh nak kutip hasil.Memang berbeza hasil nya..sekarang tengah musim hujan.So,cendawan memang banyak..berganda2 hasil keluar.














Pondok baru nie,tapi belum di net hitam kan.Sabtu nie leh tutup semua...














Gambar cendawan pada waktu petang.Beza kan..dah boleh tuai nie,banyak hasil nie.Mau dalam 40kg lebih.













Hasil cendawan yang masih kecik.Dijangka petang akan matang.Waktu pukul 7.00pg nie,sebelum gie keje sempat jenguk cendawan dalam pondok.













Habuk kayu getah yang telah digaul.Tapi belum gaul 100% sempurna.Maklumlah gaul manual.Ada lah dalam 500beg media boleh dapat