Saturday, May 29, 2010

Akan ke Terengganu dan Kelantan 7-12/06/2010

Syukur Alhamdulillah,
ada kelapangan masa untuk berbicara di blog ini.Bulan ini memang sibuk untuk membuat sesikit pembesaran kawasan farm.Selain menyiapkan bongkah-bongkah bagi memenuhkan pondok sedia ada selain tempahan bongkah yang amat memberangsangkan sekali.Setiap hari memang akan membuat bongkah baru dan bersyukur ada sepupu-sepupu yang sudi membantu membuat kerja-kerja bagging bongkah.Setiap hari sahaja purata 500bongkah dan kerja-kerja akan terus laksana sehingga hujung minggu ini.Sebelum berhenti seketika dalam 5-6hari untuk ke Terengganu dan Kelantan.
Pada 7-12/06 ini adalah waktu berehat untuk menghadiri mesyuarat di Kelantan bukan urusan Projek Cendawan tapi personal.Disamping akan melawat beberapa pengusaha di Terengganu dan Kelantan semasa berada di sana nanti.Lokasi di kelantan sudah di kenal pasti hendak di lawati ialah Cendawan Timur dan beberapa tempat lagi selain di Terengganu.Bulan lepas sudah melawat ke Fatisha Agro Farm,Lutfi dan Kak Wan Naimah.Selain melawat bolehlah bertukar-tukar maklumat mengenai cendawan ini.
Kepada pengusaha-pengusaha di Terengganu dan Kelantan yang ingin mendapat barang-barang cendawan seperti benih,plastik pp,cap penutup dan Baja Air Cuka Kayu boleh hubungi saya.Harga boleh buat perbandingan dahulu..jika murah dan berpatutan boleh saya hantar sekali dan perkhidmatan penghantaran adalah percuma kerana perjalanan sehaluan sahaja.

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU PADA 19/06/2010 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 19/06/2010 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Wednesday, May 19, 2010

Bersama Ustaz.Dr.Badrul Amin Di Majlis Daerah Segamat


Alhamdulillah berkesempatan bersama Ustaz di Program Solat Hajat,Zikir Munajat dan Kuliah agama bersama Staf-Staf Jabatan Majlis Daerah Segamat.Dan Tahniah di ucapkan kepada Ustaz kerana berjaya akhir menyampaikan risalah Islam di Jabatan Kerajaan khusus di Negeri Johor ini.Saya menerima jemputan Ustaz bagi mengiringi ke program tersebut..walaupun tiba agak lewat di program tersebut tapi ia amat bermakna sekali.Alhamdulillah program-program seperti ini akan di perluaskan bukan sahaja di Jabatan Kerajaan malahan Program di Surau dan Masjid serta sebagainya bagi menyampaikan risalah Islam kepada rakyat Malaysia Khususnya.Jika ada sesiapa berminat mendapatkan Ustaz untuk menyampaikan Ceramah di Masjid sekitar Johor ini.Boleh hubungi saya untuk menguruskan progam tersebut..Tujuan dan matlamat untuk menyebarkan pemahaman Islam sebenar kepada rakyat.

Saturday, May 15, 2010

Sekitar Kursus Semalam 15/05/2010 , Sabtu

- Dari kiri Suadara Yunus dan Baju berkolar Saudara Farid dari Johor Baharu.

- Ini pula Encik Abd Samad jauh datang untuk belajar teknik penanaman cendawan ini.Felda Air Tawar 4,Kota Tinggi.

- Peserta kursus sedang mengaul bahan media..

Laporan Kursus -
Alhamdulillah selamat sudah menjalankan kursus cendawan.Hanya 3 peserta yang hadir.Saudara Farid,Saudara Yunus dan En.Abd Samad amat berminat dalam projek ini.Pelbagai persoalan yang di ajukan menunjukan minat mereka yang amat mendalam dalam bidang ini.Semoga mereka akan menjadi pengusaha yang berjaya kelak..Amin.

Friday, May 14, 2010

Lawatan Ke 3 Kawasan Penanaman Cendawan Di Negeri Terengganu


- bersama pengusaha wanita cukup berjaya iaitu Saudari Rusila di farm beliau

DI KEMAMAM
- Ini pula lawatan terakhir di Fatisha Agro Farm lokasi Kemaman,Terengganu.Pertama kali datang ke sini memang teruja.Cukup luar biasa..itu yang boleh di katakan semasa turun sahaja dari kereta.Hebat sungguh..Tiba lewat sedikit sekitar jam 8malam.Sempat berbual dan melawat pondok dan kawasan Farm dalam 30minit.Ingat nak makan di restoran beliau.Tapi malangnya tutup pula khamis malam jumaat.Insyallah akan ke sana semula bulan 6 ini.Apa-apa pun memang respek pada kekuatan dan keberanian kak Fatisha...semoga terus maju jaya.


DI MARANG - Ini adalah lawatan kali pertama di Marang,Terengganu.Pengusaha seorang wanita yang begitu cekal untuk menjalankan perusahaan projek ini.Alhamdulillah dengan berkat dan usaha beliau telah memiliki 2 bangsal dan bilik suntik serta steamer yang baru.Dibina siap untuk di gunakan pada awal tahun ini.Semoga perusahaan Kak Wan Naimah berjaya..

- Bongkah yang telah rosak..simpati tengok dengan Lutfi ( Pengerusi Persatuan Cendawan Terengganu )

- Antara bongkah yang rosak..lihat sahaja laa.

- Ini pula Pondok baru..masih dalam rangka

DI PALOH,KUALA TERENGGANU -
Diatas ini pula adalah lawatan ke Farm Saudara Lutfi memang cukup di kenali kepada siapa-siapa pengusaha cendawan di Terengganu.Menceburkan diri dalam bidang ini sudah lama dan antara pengusaha berjaya.

Saturday, May 8, 2010

Perbezaan 4 Pondok Cendawan Kami

- Ini pula pondok terbaru kami.Belum siap sepenuhnya kerana dalam pondok masih tiada rak-rak bongkah.Insyallah di jangka masuk rak seawal minggu ini ataupun minggu depan.

- Ini pondok yang paling lama.Di bina seawal operasi Saifulam Agro Farm pada tahun 2005.Atap Nipah sebagai bumbung atas.Memang cukup sejuk berbanding Asbestos,Alu Zink serta Zink Kilang.Ini adalah yang terbaik walaupun atap sudah berusia lebih 5 tahun..belum pernah di ganti atap.

- Ini pula pondok yang bersaiz 20x20 dah siap pada awal january 2010.Mengunakan atap jenis Asbestos.

- Inilah pondok yang di bina pada tahun 2009 yang boleh memuatkan lebih 15ribu bongkah cendawan.Atap yang di gunakan ialah Alu-Zink.

Saturday, May 1, 2010

Peluang Hanya Datang Sekali....

Semalam dalam jam 4.30petang menerima pangilan telefon dari insan yang amat di kenali.Bukan sahaja aku kenali walhal seluruh rakyat malaysia mengenali beliau..Beliau yang di maksudkan adalah Ustaz Dr.Badrul Amin Baharom ( Bekas Pensyarah Undang-undang UIA dan Bekas Ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam ).Tujuan beliau menelefon bagi menjemput aku dan menemankan beliau untuk ke Istana Bukit Serene,Johor bagi menerima jemputan Tengku Mona adik kepada Sultan Johor sekarang ini.Jemputan itu bagi meminta Ustaz Badrul mengetuai bacaan Tahlil dan zikir munajat di Istana Johor.Malangnya aku tidak dapat turut serta..memang tension teramat sangat laaa.Bukan mudah nak dapat tawaran seperti ini apatah lagi menerima jemputan dari kerabat Diraja Negeri Johor.Sampai sekarang rasa teramat Ralat tidak dapat iringi Ustaz Badrul ke Istana Besar Johor malam tadi di sebabkan aku berada dalam tugasan rasmi.Kemungkinan suatu hari nanti akan dapat bersama Ustaz ke Istana...Apa-apa pun minta maaf banyak-banyak pada Ustaz Dr.Badrul Amin kerana tidak bersama malam tadi.Jika makluman sampai sehari sebelum program pasti aku akan ke Istana Johor malam tadi.