Monday, July 26, 2010

Kunjungan YB.DR.Dzulkefly Ahmad ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) ke SAIFULAM AGRO FARM

Dari kiri - Shamsul Nahar ( Pegawai Khas Yb ) , Tengah - Yb.Dr.Dzulkefly Ahmad ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) , kanan - Saiful Amri ( saya lah tu..hehe ).Sedang menjamu sup cendawan di rumah kami.

Tazkirah maghrib oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor di kediaman kami.Khas untuk keluarga terdekat.
- Alhamdulillah sabtu lepas kami menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Selangor YB.Dr Dzulkefly Ahmad.Kunjungan ini adalah kerana beliau berada di Pontian sehari bagi memenuhi undangan-undangan seperti ( Walimah ) kenduri kahwin dan Program Diskusi di Pontian dan Simpang Renggam.Beliau juga ada bertanyakan potensi cendawan dan income yang di perolehi jika menceburkan dalam projek ini.Shamsul Nahar yang juga pegawai khas beliau amat berminat dengan projek ini.Sempat juga Yb masuk ke Pondok pengeluaran Cendawan kami melihat sendiri hasil cendawan yang di keluarkan.Insyallah jika beliau berminat saya akan menurunkan ilmu tanaman ini kepada beliau.Kepada yang berminat untuk berkursus.Kami akan membuat kursus pada bulan OGOS ini..berminat sila hubungi saya 0137501589.

Thursday, July 8, 2010

Photo Camera - Mengenai Projek SAIFULAM AGRO FARM Di Akbar Sinar




- Alhamdulillah Syukur kepada Allah kerana Akhbar Sinar keluaran hari ini 8/07/2010,Khamis keluar mengenai Projek Cendawan SaifulAm Agro Farm.Cuma sedikit RALAT berlaku dalam catatan di artikel tersebut mengenai BUKU BUAT DUIT DENGAN CENDAWAN.Sebenarnya buku itu adalah terbitan dari Fatisha Agro Farm bukannya saya dari SaifulAm Agro Farm.Cuma kebetulan nama SaifulAm Agro Farm ada tercatat di muka hadapan kulit buku tersebut.Itu pun sedikit komen dari kami tentang Isi Panduan yang ada buku tersebut.Sudah ramai yang keliru tentang status buku tersebut.Oleh itu kami nak maklumkan perkara sebenar.Harap selepas ini tidak ada kekeliruan tentan buku yang di buat Oleh Saudari Rusila dan Rakan beliau.Harap maklum selepas ini.

Mengenai kursus pula,kami akan membuat kursus seperti biasal pada awal bulan Ogos ini sebelum bulan ramadhan.Kepada yang berminat untuk menyertai dan mempelajari teknik penanaman cendawan tiram kelabu ini.Bolehlah menghubungi saya secepat mungkin untuk mengisi kouta kekosongan kerana kami hanya mengambil 10-15 peserta sahaja.Berminat hubungi saya 0137501589...wassalam.

Tuesday, July 6, 2010

Lawatan Wartawan Sinar Ke Farm..


- Tadi menerima kungjungan wartawan SINAR untuk melihat projek dan menemurah berkaitan projek cendawan yang diusahakan selama ini.Pelbagai persoalan yang diberikan satu demi di jawab dengan tenang.Disamping pertanyaan yang di ajukan macam biasalah sesi fotografi di kawasan farm kami.Terima kasih kepada wartawan SINAR kerana sudi hadir ke Farm kami untuk lawatan kunjungan tersebut..


INI HASIL HARI INI...6/07/2010,SELASA
- Ada 11 bakul yang penuh di letak cendawan..50kg siap packing kesemuanya.

- Cendawan mengembang tanda mahu di petik hasilnya..

- Ini hasil kesemua untuk 1000bongkah..perasan tak spora cendawan yang sedang di keluarkan.

Monday, July 5, 2010

Hasil Hari Ini 5/07/2010,Isnin..




- Alhamdulillah Syukur Kepada Allah...Ini lah hasil hari ini.Memang mantap dan amat baik serta terbaik laa.Hujan dan cuaca semenjak 2minggu lepas memberikan impak yang amat baik kepada Cendawan.Pengeluaran sungguh baik sekali.Hari ini sahaja hampir 40kg cendawan di keluarkan untuk 1rak..esok dalam 50-60kg pula.Harapannya agar pengeluarannya akan maintain seperti ini seterusnya.Insyallah..


1500 Bongkah DiJual Lagi..


- Alhamdulillah semalam 4/07/10 , Ahad.Bekas peserta kursus di Saifulam Agro Farm iaitu Kak Rohaya dan Rakan-rakan hadir untuk mengambil bongkah yang telah di tempah.Sebelum ini permintaan bongkah memang terlalu banyak sehinggakan pondok kami sendiri kosong kerana kebanyakkan bongkah semua di jual kepada pengusaha baru.Sekarang pondok kebanyakkan telah di isi dengan bongkah-bongkah.Syukur kepada Allah..atas bantuan sepupu dan rakan-rakan yang membantu membuat kerja-kerja part time membaging akhirnya segala kerja-kerja sedikit ringan.Kalau tidak memang payah laaa..kerja 8pg-5ptg.Pastu balik sampai umah jam 6..nak gaul laa,nak baging laa,nak kukus laa,nak suntik laa,nak ambil hasil laa dan lain-lain kerja laa semua kena buat sendiri dan sedikit bantuan emak dan ayah yang juga ada membantu.Itupun kerja banyak tertanguh dan bongkah sukar untuk dibuat..tapi ia telah berubah selepas bantuan yang di terima.Terima kasih kepada rakan-rakan dan sepupu yang membantu membuat kerja-kerja part time itu.

Friday, July 2, 2010

Bongkah Diserang Kulat Hijau


- Hampir 800bongkah di buang hari ini kerana di serang kulat hijau.Ini adalah kali pertama setelah sekian lama membuat bongkah cendawan.Selama ini belum pernah di serang kulat hijau seperti ini.Punca sudah di kenal pasti kenapa..Benih adalah punca segalanya.2 hari lepas sempat berjumpa dengan Pengusaha Benih tersebut dan beliau mengakui tentang komplen yang di terima mengenai benih tersebut.Dan beliau telah mengatasi masalah tersebut.
Nasib baik yang kena 800 sahaja..dengar cerita ada kawan-kawan lain yang kena 10k dan sampai 20k bongkah pun ada.Harap di jauhkan laa dari penyakit hijau ini.

Thursday, July 1, 2010

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN BULAN OGOS 2010

KURSUS SETERUSNYA AKAN DI BUAT DALAM BULAN OGOS INI 7/08/2010.
KEPADA YANG BERMINAT MEMPELAJARI TEKNIK TANAMAN CENDAWAN BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS 0137501589...