Monday, February 22, 2010

Cerita Sepanjang February 2010

Alhamdulillah,
Dah lama sungguh tak update blog ini.Selalu on internet tapi tak apa yang nak di ceritakan..
Sepanjang bulan ini memang sibuk dengan kerja-kerja menyiapkan bongkah bagi memenuhi pondok dan memenuhi permintaan untuk yang membeli bongkah.Dalam bulan ini sahaja sudah menjual hampir 8k bongkah.Permintaan amat banyak buat masa ini..kerja-kerja membuat bongkah pun kena sentiasa.Memang lah lepak kalau nak cerita..balik keje jam 5ptg dan sampai rumah antara jam 6ptg terus sambung tugas di farm pula.Pekerja belum ada..tengah mencari dan mencari buat masa ini.Kalau ada pekerja senang sikit dan mudah untuk selesaikan segala kerja-kerja farm.Insyallah dalam semingu dua ini dapatlah pekerja.

Minggu lepas sempat lah balik kampung di Terengganu pada 13/02 - 18/02.Peracangan awal ingat nak balik lewat sikit.Nak melawat ke Tempat fatisha dan Lutfi.Hanya berkesempatan melawat ke tempat Lutfi sahaja di Kg.Paloh,Kuala Terengganu dan tidak berkesempatan melawat tempat Fatisha di Kemaman.Ribuan kemaafan kepada Kak Fatisha kerana tak dapat melawat walaupun dah janji nak datang hari khamis 18/02.Saya terpaksa balik awal kerana mendapat SAKIT..KAYAP DI BADAN.Peh..memang sakit laaaa.Lagi sekali mohon kemaafan kerana tidak dapat hadir melawat farm di kemaman.Lutfi semakin maju di Kuala Terengganu..macam-macam mesin di gunakan.Memang kencang dan canggih laa.Apa-apa pun syabas kepada beliau.

Hari ini pegawai Jabatan Pertanian hadir ke Farm.Memantau keadaan dan melihat pondok bantuan.Terima kasih atas kehadiran mereka yang di ketuai oleh Haji Maulud.Banyak lagi kekurangan yang ada di Farm saya.Semoga bantuan akan terus menerus di terima bagi membantu mengembangkan projek ini menjadi antara yang terbesar di Pontian hatta di Johor.

Keadaan Di Farm

( Antara Bongkah dalam proses pemeraman yang berada di luar pondok )

( Inilah pondok bantuan dari Jabatan Pertanian yang telah di siapkan oleh Kontraktor Tander.Luar memang menarik di dalam pula rak-rak di buat alat kadar sahaja oleh kontraktor.Harap Jabatan pertanian dapat memantau segala kerja-kerja mereka. )

( Bongkah yang telah memenuhi rak-rak di pondok No 2 bersaiz 20x40.Buat sendiri tu..)

( Ini lah hasil hari ini..walaupun cuaca amat panas dan merencatkan pengeluaran.Tapi alhamdulillah pengeluaran maintain ok sahaja )
( Ini lah keadaan rak-rak yang di cakapkan tu..susun bongkah habis semua rak macam nak patah.Takpe laaa...terpaksa lah repair sendiri )

( Bongkah yang dah matang yang sudah ada pemilik nya..5k bongkah di tempah dan akan di ambil minggu ini )

( Ini pula pondok rangka besi..masih belum lilit net hitam.Minggu ini siap lilit laa..)