Thursday, December 15, 2016

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 28 JANUARI 2017 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU & SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 28 JANUARI 2017 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Bersama Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman.

Minggu lepas sempat hadir ke Pameran Pertanian Terbesar di Malaysia. Berjumpa dengan Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman (Timbalan Menteri Pertanian) di Tapak Pameran Pertanian MAHA Sedang.

Lawatan Oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron & Isteri Ke Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut, Pontian, Johor.

Ustaz Dr Badrulamin Bahron (Pendakwah Bebas) melawat ladang cendawan saya sebentar tadi. Secara kebetulan beliau hadir ke Pontian memberikan Ceramah untuk peserta Umrah Daerah Pontian dan singgah sebentar ke farm kami. Terima kasih atas lawatan ke Projek Cendawan kami Ustaz Dr Badrulamin Bahron (Pendakwah Bebas) & Isteri, Puan Zumrah.

Mengadakan Lawatan Ke Projek Cendawan Peserta Kursus Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Di Batu Pahat.

Melawat projek cendawan Saudara Izaidie di Batu Pahat. Beliau merupakan peserta kursus kami pada bulan Mei 2016. Menyewa bangunan di Batu Pahat, kini telah menjalankan projek cendawannya. Ingin menjadi usahawan seperti beliau. Insyallah saya boleh membimbing anda. Hubungi saya 0137501589. Lokasi projek cendawan kami di Benut, Pontian, Johor.

Berjumpa Dengan Pakar Cendawan Sisir @ Kukur Dari Universiti Malaya.

Jumpa Pakar Cendawan dari Universiti Malaya, Prof Dr Norlidah dari Fakulti Sains sebentar tadi. Terima kasih Prof atas perkongsian cendawan tadi, mencari ilmu baru.

Jualan Bongkah Cendawan Bulan Disember 2016 Oleh Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pontian, Johor.

Menghantar 1000 bongkah cendawan di Tanjung Labuh, Batu Pahat. Turut menghantar tempahan 2000 bongkah cendawan ke atas lori ke Felda Air Tawar 5 buat En Helmi merupakan peserta kursus kami serta membuat penghantaran 500bongkah cendawan di Felda Papan Timur, Desaru, Kota Tinggi. Dan menerima tempahan sebanyak 5000 bongkah hujung bulan di oleh 3 pengusaha sekitar Johor. Berminat mendapatkan Bongkah Cendawan Berkualiti hubungi saya terus 0137501589 (Saiful Amri). Lokasi projek kami di Kampung Parit Hassan, Benut, Pontian, Johor.