Monday, January 30, 2017

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 25 FEBRUARY 2017 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY@TELINGA KERA & SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 25 FEBRUARY 2017 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Peserta Kursus Penanaman Cendawan 28 Januari 2017 Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan)

Alhamdulillah selesai memberikan kursus secara praktikal kepada 21peserta yang hadir dari Johor, Selangor dan Pahang sesi Januari 2017. Moga ilmu yang di berikan dapat memberi menafaat berguna kepada kalian. Tahniah !

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan 28 Januari 2017 Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut, Pontian, Johor.

Kursus Cendawan bulan Januari 2017 di Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm hari ini. Sesi pengenalan bersama peserta. Seramai 21 peserta yang hadir ke kursus kami dan Nurul Amira Syahirah Bte Zainuddin berumur 16tahun antara peserta paling muda yang pernah ikuti kursus Penanaman cendawan di farm kami secara Praktikal. Hadir bersama Ayah & Ibu beliau berkursus, 2peserta yang hadir dari luar johor seperti peserta dari Pekan Pahang dan Semenyih Selangor. Peserta di ajar cara teknik menyuntik benih cendawan, Peserta Kursus Penanaman Cendawan di dedahkan teknik membuat media cendawan selain di dedahkan dengan teknik membaging secara menual (memasukkan media cendawan kedalam plastik PP), Peserta kursus di Sifu Cendawan @ Saifulam Agro Farm sedang memetik cendawan. Kursus seterusnya pada 25 Februari 2017 bertempat Pontian, Johor. Berminat untuk menjadi usahawan cendawan. Sila hubungi kami 0137501589.

Saturday, January 21, 2017

Alhamdulillah Syarikat Saifulam Agro Farm @ Sifu Cendawan Bertempat Kg Parit Hassan, Benut, Pontian Menerima Sijil MyOrganik 2016.

Bersama Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek merupakan Menteri di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selepas menerima Anugerah Sijil MyOrganik di Putrajaya pagi ini. Hanya 15 Usahawantani seluruh Malaysia menerimanya. Antara 15 peserta yang menerima Anugerah Sijil MyOrganik termasuk saya dalam bidang Pertanian seluruh Malaysia. Dan selebihnya seramai 900peserta menerima Sijil MyGap.

Menghadiri Konvensyen MyOrganik & MyGap 2016 Pertanian dan Industti Asas Tani bertempat Hotel Everly Putrajaya.

Bersama Madam Cheng Poh Guat (Pemilik Vita Agrotech) dan suaminya bersama pelbagai jenis cendawan dan produk hiliran sempena Konvensyen MyGap & MyOrganic Bertempat The Everly Putrajaya. Beliau antara pengusaha cendawan yang terbesar di Malaysia. Orang hebat dalam cendawan di Malaysia. Selain itu, bersama Otai cendawan Negeri Selangor, Tuan Nabil Sanusi. Pemilik Syarikat NAS Agro Farm. Berada Di booth Vita Agrotech Sdn Bhd milik Cheng Poh Guat selepas sesi pertama Konvensyen malam ini. Esok pagi sambung sesi kedua pula. Macam-macam cendawam ada !

Lawatan Pensyarah Dari Universiti Teknolgi Malaysia (UTM) Ke Ladang Kami (Saifulam Agro Farm @ Sifu Cendawan)

Lawatan Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di farm tempohari. Di ketuai oleh Dr Musa Mokji dan teman-teman pensyarah beliau. Bincang tentang Usahasama Teknologi bersama UTM untuk bidang Cendawan. Insyallah ada projek besar akan muncul !

Lawatan Pensyarah & Pelajar Dari Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Ke Saifulam Agro Farm@Sifu Cendawan (Pontian,Johor)

Dr Abdul Jalil Omar (Pensyarah Universiti Tun Hussien Onn Malaysia) bersama pelajar beliau mengadakan lawatan ke Projek cendawan kami tempohari.

Jualan Bongkah Cendawan Terbaik Dari Johor. Hampir 10,000 Tempahan Diterima Oleh Saifulam Agro Farm @ Sifu Cendawan (Pontian, Johor)

1000 Bongkah cendawan dari kami di beli oleh Saudara Wali dan ambil sendiri di farm kami semalam. Lokasi projek di Muar.Selain itu, Penghantaran 500 bongkah cendawan ke Sungai Nibong Semerah, Batu Pahat untuk Saudara Amirul. Beliau merupakan peserta kursus saya Mac 2016. Kali kedua membuat pembelian bongkah cendawan dari kami. Selain itu, 1000 bongkah di beli oleh Mr.Yam dari Tanjung labuh, Batu Pahat semalam. Ini adalah pengambilan kali kedua di farm kami. Selain itu juga, menghantar 3000bongkah cendawan ke Parit Besar, Rengit, Batu Pahat dan penghantaran 400bongkah cendawan di hantar ke Pontian. Alhamdulillah bulan januari 2017 ini tempahan bongkah hampir 10,000 bongkah, Berminat mendapatkan bongkah berkualiti boleh hubungi kami 0137501589.

Gambar Peserta Kursus Bulan Disember 2016 Anjuran Saifulam Agro Farm @ Sifu Cendawan (Pontian, Johor)

Harap maaf, kesibukan beberapa minggu ini dan tidak kemaskini segala program di ladang. Sedikit info-info kursus bulan lepas, Peserta kursus 17 Disember 2016 di Sifu Cendawan bertempat Benut, Pontian, Johor. Peserta kursus di dedahkan dengan teknik membuat media cendawan serta teknik baging secara manual. Teknik menyuntik benih turut di ajar semasa kursus. 6peserta kursus pada 17 Disember 2016 di Sifu Cendawan. 2 peserta hadir dari Negeri Sembilan, 2 peserta dari Pahang dan 2 peserta dari Pontian. Kursus seterusnya pada 28 January 2017 (Sabtu). Berminat hubungi kami 0137501589.