Monday, July 24, 2017

Jom Daftar....!!! Kursus Penanaman Cendawan 26 OGOS 2017 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 26 OGOS 2017 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Gambar-Gambar Peserta Kursus Keusahawanan Cendawan Pada 22 Julai 2017 Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut Pontian, Johor.

Gambar-gambar sesi kursus Keushawanan Cendawan secara bulanan pada 22 Julai 2017. 20peserta kursus yang turut serta kali ini. Kursus seterusnya pada 26 Ogos 2017. Berminat boleh whatsap kami 0137501589. Mengajar teknik menyuntik benih cendawan kepada peserta wanita sebentar tadi. Hari ini berkongsi ilmu projek cendawan hampir 20peserta di Saifulam Agro Farm (Benut Pontian). Ada 3 group di bahagikan sesi kursus kali ini. Selesai kursus keusahawanan cendawan secara praktikal di Saifulam Agro Farm (Benut Pontian) sekitar jam 3.30petang. Moga ilmu yang diberikan dapat memberikan menafaat berguna kepada semua peserta. Ada yang hadir dari Tumpat Kelantan, Melaka, Muadzam Pahang, Kuala Ibai Terengganu dan sekitar Johor semangat yang luar biasa. Kursus turut di hadiri oleh Guru dari Tahfiz Darul Futuh Paya Jaras, Selangor. Ustaz Baihaki & Syed Hazrie antara tenaga pengajar di sana. Matlamat mereka untuk menjadikan projek cendawan sebagai sumber pendapatan sampingan bagi membantu pembangunan tahfiz di sana. Insyallah kami akan membantu mereka. Tahniah buat kalian !

Kursus Keusahawanan Cendawan Secara Personal 8 Peserta Dari Johor Bharu Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut Pontian, Johor.

Selesai memberikan kursus dan taklimat keusahawanan cendawan kepada 8 peserta secara personal pada 1 Julai 2017. Moga ilmu yang diberikan akan memberi menafaat berguna buat kalian semua. Peserta yang hadir dari Johor Bharu berkeluarga ialah. 1) Faizul Bin Dahlan 2) Afifah Binti Adam 3) Mohd Amin Bin Adam 4) Siti Norhasikin Binti Moktar 5) Aminah Binti Adam 6) Azimah Binti Adam 7) Mohd Azizul Bin Adam Tahniah semua. Kursus seterusnya secara bulanan pada 26 OGOS 2017, Masih ada kekosongan. Boleh whatsap kami 0137501589.

Lawatan Sambil Belajar Oleh Pelajar Tingkatan 5 Daripada SMK Parit Betak Ke Saifulam Agro Farm

Bersama pelajar sekolah menengah kebangsaan Parit Betak di farm saya pada 18 Julai 2017, Pelajar lelaki sedang membuat media cendawan dan para pelajar perempuan tingkatan 5 Bukhari SMK Parit Betak di dedahkan teknik suntik benih cendawan di farm kami Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut Pontian, johor.

Tempahan Bongkah Cendawan Sepanjangan Julai 2017 Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Benut Pontian.

1- 1000bongkah (Sudah di ambil Taman Teratai Johor Bharu) 2- 5500bongkah (sudah ambil Bentong Pahang dan pengambilan kedua pada 29 julai) 3- 1000bongkah (sudah Puan Fatehah dari Felcra Bukit Kepong) 4- 3000bongkah (Perak) 5- 2600bongkah (sudah ambil Encik Irwan. Taman Universiti Johor Bharu) 6- 2000bongkah (Leman Raja Lawak di Sik Kedah) 7- 3000bongkah (Johor Bharu) Alhamdulillah rezeki sepanjangan syawal ini.