Monday, July 23, 2018

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 25 OGOS 2018 (SABTU). Anjuran Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 25 OGOS 2018 (SABTU) di SIFU CENDAWAN @ Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm12.00 - Rm15.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 60.00 - Rm200.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (SIFU CENDAWAN) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Jualan Bongkah Cendawan Oleh Saifulam Agro Farm.

Membuat penghantaran bongkah cendawan ke Bandar Tenggara pada 9 Julai 2018 yang membuat tempahan sebanyak 3000bongkah. Ingin mendapatkan bongkah cendawan yang berkualiti sila hubungi kami 0137501589. Lokasi farm di Benut Pontian Johor.

Proejk Cendawan Saifulam Agro Farm Menerima Sijil Penghargaan Dari Jabatan Pertanian Pontian.

Menerima sijil penghargaan untuk Pembangunan Tanaman Industri, Florikultur & Komoditi Berpotensi (Cendawan) oleh Pejabat Pertanian Daerah Pontian pada 12 Julai 2018. Terima kasih atas nasihat dan bimbingan oleh Jabatan Pertanian kepada saya selama ini. Pertanian adalah perniagaan, bertani satu ibadah. #sifucendawan #saifulamagrofarm #projekcendawanpontian

Pengurus Saifulam Agro Farm Bersama Menteri Kabinet Malaysia.

Pengurus Saifulam Agro Farm, Noorsaiful Amri Suloh bersama Menteri Pertanian & Industri Asas Tani YB Datuk Haji Salahudin Ayob, Menteri Hal Ehwal Ekonomi YB Datuk Seri Azmin Ali & Timbalan Menteri Usahawan & Koperasi YB Dr Hatta Ramli di Shah Alam, Selangor pada 21 Julai 2018.

Rumah Terbuka Aidilfitri Saifulam Agro Farm Di Hadiri Rokers AMY XPDC.

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang hadir ke rumah Terbuka AidilFitri #SaifulamAgroFarm pada 13 Julai 2018. Turut hadir Otai rock Malaysia Amy XPDC @ Suhaimi Abu bakar, Tuan Zulkefly Tasrip (Mantan Calon PH N53 Benut), rakan usahawan Cendawan, rakan politik dan penduduk kampung.

Gambar Peserta Kursus Cendawan Bulan Julai 2018 Di Saifulam Agro Farm (Benut Pontian).

Peserta kursus keusahawanan cendawan minggu lepas (14 Julai 2018) di Saifulam Agro Farm Benut Pontian di ajar teknik membuat media cendawan. Kursus secara praktikal kepada semua peserta. Penyampaian sijil penyertaan kursus keusahawanan cendawan kepada peserta. Moga ilmu yang di berikan banyak memberi menafaat berguna buat kalian semua. Terima kasih ! #kursuscendawanogos2018 #projekcendawanpontian