Tuesday, July 21, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 22 OGOS 2020 (SABTU). Bersama - SIFU CENDAWAN - Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 22 OGOS 2020 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm14.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Membuat penghantaran 580bongkah cendawan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai sebentar tadi untuk fasa pertama. Tempahan sebanyak 1000bongkah cendawan yang di buat di bawah koperasi UTM. Baki 480 bongkah akan di hantar pada hari esok. Untuk tempahan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 0137501589. Penghantaran di sediakan. #cendawanjohor #bongkahcendawan

Penghantaran Bongkah Cendawan Di SMK Bandar Seri Alam Pasir Gudang.

Bersama guru-guru SMK Bandar Seri Alam Pasir Gudang seusai penghantaran bongkah cendawan semalam. Tahniah !

Kursus Cendawan Bulan Julai 2020 Di Pontian Johor.

Penyampaian sijil peserta kursus tanaman cendawan pada hari ini (11 Julai 2020) kepada 27 peserta keseluruhannya di Benut Pontian Johor. Tanniah kepada anda semua ! #sifucendawan

Memberikan Nasihat Ke Ladang Cendawan Di Kluang.

Melawat projek cendawan Saudara Guna di Kluang pada 12 Julai 2020. Beliau merupakan peserta kursus kami beberapa tahun lepas, kini menumpukan sepenuh masa dalam projek cendawan. Hadir memberikan nasihat dan bimbingan kepada beliau. Menurut beliau permintaan cendawan amat tinggi di kawasan berhampiran. Semoga projek akan terus berkembang maju. Tahniah Guna !

Lawatan Kerja Ke LPNM Wisma Nanas.

Kunjung hormat ke Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia( LPNM) di Bandar Baru Uda, Johor Bharu sebentar tadi. Bertemu dan berbincang dengan Pengerusi LPNM, YB Dato' Dr Sahruddin Jamal pada 15 Julai 2020. Perbincangan menyentuh soal insentif/ pembiayaan untuk tanaman nenas, industri hiliran, projek kluster untuk eksport dan RnD potensi kesihatan. Pertemuan susulan akan dibuat diperingkat pegawai LPNM. Turut hadir rakan-rakan NGO Gerak Tani Malaysia & wakil pekebun nenas. "PERTANIAN ADALAH KERJAYA" #pertanianadalahkerjaya

Memberikan Khidmat Nasihat Cendawan.

Melawat & memberikan nasihat sebelum memulakan projek di tapak rumah cendawan peserta kursus kami bulan Julai 2020 lepas iaitu Tuan Puru di Kangkar Pulai JB pada 19 Julai 2020,