Thursday, December 27, 2007

GRADUAN RAIH RM12K SEBULAN

Graduan raih RM12,000 sebulan tanam cendawan
Oleh TOREK SULONG

PASIR PUTEH 25 Dis. – Walaupun bergelar graduan Universiti Putra Malaysia (UPM), namun Nor Sanusi Mahmud, 25 tidak menyesal memilih untuk menceburi bidang tanaman cendawan.

Keputusan bijaknya itu membolehkan beliau meraih pendapatan sehingga RM12,000 sebulan.

Tanaman cendawan tiram kelabu yang diusahakannya sejak tahun 2004 kini menghasilkan sehingga 70 kilogram cendawan setiap hari.

Nor Sanusi yang berkelulusan Diploma Pengurusan Perniagaan berkata, sewaktu mula menceburi perusahaan itu, dia hanya berbekalkan modal permulaan sebanyak RM28,000 sahaja.

Menurutnya, idea untuk terlibat dalam penanaman cendawan yang diusahakan di Kampung Telaga Papan di sini timbul setelah melihat sendiri kejayaan petani di Hatyai, Thailand.

Kata beliau, dia kemudian membuat keputusan untuk mencuba teknologi penanaman cendawan seperti yang dilaksanakan di Hatyai itu sehinggalah kini berjaya menjadi pembekal utama cendawan ke pasar borong seluruh Kelantan.

‘‘Bezanya kaedah yang digunakan ialah saya bina bangsal cendawan dari kayu pokok gelam, batang nibung dan atap rumbia seperti yang dilakukan petani di Hatyai.

‘‘Dengan kaedah ini kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli kayu dan atap asbestos yang semakin meningkat harganya seperti yang biasa dilakukan di negara ini,” katanya.

Tambah Sanusi, Pejabat Pertanian Pasir Puteh juga banyak membantu menjayakan projeknya dengan menyalurkan khidmat teknikal dan kepakaran termasuk kaedah penanaman yang sistematik.

‘‘Saya menjual cendawan ke beberapa tempat seperti Pasar Besar dan Pasar Borong Pasir Puteh dengan harga RM5.80 sekilogram.

‘‘Ia sudah cukup lumayan dengan pendapatan kasar sebanyak RM400 sehari,” katanya.

Beliau berkata, cendawannya mendapat permintaan tinggi bagi penghasilan masakan tomyam dan juga cendawan goreng yang diusahakan peniaga makanan di sekitar Kelantan dan sebahagian daerah di sempadan Kelantan dan Besut.

‘‘Saya sedia membantu usahawan baru khususnya belia lain yang berminat menceburi penanaman cendawan kerana prospeknya begitu baik ketika ini,” katanya.

Azam 2008

Masuk jer tahun 2008 nie rancang2 nak besorkan tempat cendawan.Sekarang nie suntik benih masih gunakan bilik tido.Tmpt tido jadikan markas suntik benih.Habuk getah lah letak kat tempat parking motor n kereta.Dah tak seswai sangat2 tu.Memang sapa2 yang akan datang umah kompem pening kepala tgk beg2 cendawan yang dah disuntik.Kat dapur penuh beg2 cendawan yang lum matang.Bilik kedua pun penuh dgn beg2 cendawan yang dah hampir matang.Memang serabut teramat sangat2.Perancangan nyer minggu depan nak beli barang2 utk buat pondok habuk yang besor dan bilik suntik mcm ayne,bukit naning punya.Bilik suntik yang simple tapi menarik kos tak sampai rm300 gak nyer..Kalu dah ada pondok habuk yang besar tu leh ar simpan stok habuk ngan bnyak sikit.Risau gak takut2 bekalan habuk getah akn putus masa akn datang.Jalan yang terbaik kene simpan stok byak2 ler.Minggu depan nak gie tempat fatisha hantarkan benih cnc,tepung dan neck untuk daud.Bulan nie memang paling bzee sekali..Jap lagi dah nak pe bengkel utk staf2 pejabat kat divillage resort,melaka sampai hari ahad.Dah tertangguh lagi nak buat beg media minggu nie.Masa cuti sabtu dan ahad jerk lah leh wat beg2 baru.Kalu ada kursus ataupun hal2 lain mmg terbantut ar keje2 cendawan nie.Rasanya satu hari nanti kene gak fokus 100% dalam bisnes nie.Apa2 hal pun kene besorkan empayar cendawan nie..bukan setakat cendawan yang akn dibuat.Kambing pun dlm plan....harap2 berjaya lah utk tahun 2008 nie.(teruja dgr citer pasal pegusaha cendawan dgn pendapatan rm12k sebulan baru2 nie)

Monday, December 17, 2007

Tuesday, December 4, 2007

sapa nak order....

benih dari cnc mushroom Rm2.50

penutup beg cendawan (18sen harga dulu)



Wednesday, November 28, 2007

cendawan yang besor tu...

BESAU KAN CENDAWAN TB2 nie...

PEBANDINGAN SAIZ CENDAWAN TB2 DGN HP...KECIK NYER HP KU...








Tuesday, November 27, 2007

lama tak update...

lepak nyer sepanjang minggu nie...malam tadi baru siap kukus 500beg.Pastu ada member tumpang 130beg tuk kukusan.Total 630 gak ar..Wat pertama kali nyer semenjak guna steamer inilah kukusan paling banyak beg.Target utk bulan nie n bulan depan leh dapat dalam 5000beg.Mcm target fatisha ler hehe....lama gak tak update dalam blog nie.Terlalu sibuk amat sangat.Sibuk ngan final exam budak2..apa erk nak citer.Cuma nak kongsi sikit pengalaman ar..Am dah 3-4kali gie pejabat pertanian nak bertanyakan tentang peruntukkan dan khidmat nasihat yang diberikan pada usahawan2 cendawan nie.Setiap kali datang staf2 jabatan cakap terus berhubung dengan yang uruskan cendawan tanpa diberitahu buat surat.Padahal dah tanya apa prosuder nak dapatkan peruntukkan yang kerajaan berikan pada usahawan tani nie.Mcm lepas tangan...rasanya hampir setahun lah.Pastu kebetulan am bukak web kementerian pertanian.Ternampak lak ada ruang untuk mengadu atapun bahasa kat sini panggil saqad.Am beritahulah masalah nyer...nak tahu pasal saluran peruntukkan.Bab malek dari perak bagitau kerajaan ada sediakan peruntukkan rm5k pada usahawan cendawan.Tak silap dah ada yg dapat peruntukkan tu..sapa ntah lupa lak.Awal bulan nie Puan Normah dari putrajaya call tanya pasal aduan am tu.Am cakap memang yer..dah bgtau tapi wakil jabatan pertanian langsung tak ambil kisah.Terus Puan Normah call jabatan pertanian daerah tanyakan..Nak dipendek kan citer nyer,wakil dari jabatan daerah terus call am macam marah2 n tinggi suara pulak cakap am bersalah.Pastu dia bagitahu pernah buat surat rasmi ataupun tak..Boleh pulak tanya mcm tu.Masa am gie jabatan pertanian takde pulak tanya isu buat surat dulu ker..apa ker..dah jadik mcm nie mcm kita pulak salah sebab tak ikut prosuder.Tau pulak nak marah...marah kita tak tau plak.Kalu peruntukkan tu cuma untuk kroni2 yang rapat ngan pegawai pertanian fine..takyah mintak dan tunggu peruntukkan.Lebih baik kuarkan modal sendiri lg senang.Am buat aduan pun bab tak puas hati dgn cara jabatan mcm lepas tangan.Lepas nak letak phone wakil tu leh cakap pe.."saya tau lah pondok cendawan awak tu....."nak habiskan ayat pun am tak sanggup nak dengar ar...langsung takde suport.Cuma nak bagi ingatan pada diaorang jer.Kalu nak buat keje biar betul2 jgn makan gaji buta...Am dah azam lepas nie langsung takkan mintak satu sen pun dari jabatan daerah nei.Klu diaorang datang pun wat tak tau jer..masih tergiang2 sindiran jabatan pertanian daerah tu.Takpe2..am akn buktikan pada diaorang satu hari nanti..tunggu lah waktu nyer.Apa1 hal pun terima kasih pada Puan Normah bab bawak isu nie kepada pihak jabatan daerah..bagi sikit pengajaran pada dia....

Wednesday, October 17, 2007

berakhir nyer ramadhan..

dah lama rasanya tak kemaskini blog nie..maklumlah bulan posa kan.Aktiviti utk pojek cendawan nie pun stop sekejap.Cuma wat keje dlm pondok jer..keje2 utk wat media baru diberhentikan seketika.Rasanya bulan akhir bulan 10 nie baru mula wat proses buat media yan baru.Lagipun stok habuk getah tinggal sikit.Nak kene order yg baru lak..bulan nie pun ingatkan nak besorkan pondok simpan habuk getah.Nak simpan stok banyak sikit..Sekarang nie pun pemintaan media yg dah penuh misiliam dah ada org order.3minggu lepas dah ada org beli 500beg media..lepas ar duit raya bulan nie..hehe.Maklumlah bonus takdapat kan..Minggu dpn ingatkan nak masukkan media yg dah penuh dlm pondok.Adalah dlm 2000beg..nak penuhkan pondok tu.Selama nie tak penuh2 pun..ada jerk org beli beg media.Pasne kalau ada org nak beli pun ingatkan nak jual 2008.Nak simpan stok utk diri sendiri dulu..permintaan cendawan pun dah bagus sekarang.Market sentiasa ada..dan ramai gak member2 yg tolong carikan market.Ehem,,rasanya masih sempat lagi nak minta maaf pada rakan2 yg ada bukak blog nie,rakan BJ...

Wednesday, September 19, 2007

hari kelapan puasa

alhamdullilah dah sampai hari ke-8 puasa..penjualan cendawan pun menggalakkan.Maklumlah bulan puasa nie banyak jugak permintaan terutama staf2 UTHM nie.Pastu ada gak khabar gembira.Ada yg order utk menu hari raya pertama nanti..pening gak nak kawal pengeluaran cendawan.Sentiasa gak kene servis2 media cendawan nie..nak korek2 ar,nak tutup ar n macam2 lah.Dah ler keje dr kul 8pg-5ptg.Sampai umah dah kul 6ptg..pastu terus masuk pondok cendawan wat servis pada beg2 media nie.Bulan posa nie famili tak bleh nak tolong.Sibuk ngan persiapan juadah utk dijual bulan posa nie.So,terpaksalah wat keje sendiri..balik keje kene sambung keje kat pondok cendawan lak.Selalu nya famili yg wat keje2 nie.Takpe ar..bagi diaoarang cari duit lebih utk jual juadah lak.Minggu lepas ada org beli media 500beg.Emm..lepas ler duit raya nnti..hehehe.Skrang stok beg media bnyak ada dlm 4000beg yg belum matang.Tak tahu nak letak mana nnti.Pondok cendawan kat umah tu dah ler kecik..rasanya mmg tak muat ngan kuantiti tu.Tu yg dok jual media2 pada sapa2 yg berminat..Ada gak plan nak wat pondok lagi 1.Saiz 20x30 kot...tgah kumpul duit nie.Rasanya awal tahun dpn atapun akhir tahun nie nak tambah pondok.Tapak masih ada ruang lagi..cuma nak tau kos berapa.Lutfi bgatau dlm rm3000 kot kalu wat sendiri..rasanya mau rm4000.Apa2 pun masih dlm perancangan nak berapa saiz pondok tu..dpat muatan dlm 10k media pun dah ok...

Tuesday, September 4, 2007

Cendawan

Yg dok berdiri tu adalah EN.AZMI pengusaha cendawan paling top kat jb nie..dia ngah wat sesi penerangan tentang cendawan tiram putih..besorkan polybag media tu.Geram jerk tengok cendawan yg banyak giler..

Monday, September 3, 2007

gambar...

gambar dalam steamer
cendawan yg besor,batang cendawan sebesor ibu jari


gambar pondok cendawan




gambar steamer dari hadapan






















sepanjang minggu ini...

lama gak menyepikan diri..harap maklumlah keje ada bnyak sikit minggu nie sempena konvokesyen UTHM ke-6 pagi sampai ke malam dok keje jadi petugas konvo.Sibuk ngan konvo pun keje2 bab cendawan tiram tetap diteruskan secara harian.Nasib baik ada emak,ayah dan adik yg bleh tgk2 kan beg2 cendawan tu..dari ambil hasil cendawan sampai keje2 masukkan media dlm plstik smpai market rumah2 ke rumah diaorang yg buat.Jasa diaorang mmg amat berharga..minggu nie jer dah hampir 1000beg media am buat.3hari lepas 450beg dah disuntik benih.Esok mgkin dlm 600beg nak dikukus.Keje2 masukkan media dlm plastik pp emak n ayah yg buat..ingtkan pasne nak upah org jer.Kesian tgk emak n ayah buat keje2 tu..penat tu...mmg penat.Ingtkan nak habiskan stok habuk getah yg masih ada lagi sikit kat umah tu..pas raya posa barulah nak order habuk yg baru n buat media yg baru.Posa2 kene stop keje2 buat media nie..lepaks tuuu.Wat keje2 relex jerk..setakat kawal pengeluaran n pasarkan jer.Rasanya time posa2 nie ar cendawan akn laku.Emmm..dah lewat nie...tq

Saturday, September 1, 2007


kenangan masa game takraw....

Wednesday, August 29, 2007

Cendawan Tiram Kelabu



Cendawan yang sudah sedia untuk di petik....






Cendawan Tiram Kelabu...

Wednesday, August 8, 2007

Minggu yg melepakkan...

Minggu nie mmg2 minggu yg amat melepakkan utk am..mcm2 keje kene buat.Maklumlah ada 2 keje kan.Keje gomen n keje utk pojek cendawan nie.Nak taknak kene lalui hari2 nie dgn tabah..ingatkan lah nak buat media dlm 400beg minggu nie.Nampak gaya nya tertangguhlah semuanya.Sibuk ngan urusan konvokesyen ke-6..Mcm2 keje kene buat.Tiap2 malam balik kul 12malam utk ot.Dah am pilih jalan nie utk berjaya n majukan diri sendiri.Nak taknak kene teruskan jugak.Apa2 hal pun 2-2 keje nie am kene jalankan dgn amanah nyer..kalau am tak ot utk urusan konvo mmg2 kelam kabut lah.Surat tawaran konvo nak kene settelkan malam nie.Jubah yg tahun lepas nak dilupuskan dan digantikan dgn jubah2 baru.Nak pungah2 lagi..mmg lepak kan.Sib bek emak dan ayah dan adik bleh tolong tgk2 kan cendawan kat pondok.Kadang2 diaorang tolong jualkan n cari market kat kedai2 sayur.Jasa diaorang mmg banyak pada am.Ehhmmm,,,am nak gie makan dulu.Keje2 gak,kesihatan kene jaga...

Baka baru cendawan tiram TB2

Baka baru cendawan tiram ditemui

YONG PENG: Seorang pengusaha benih cendawan di sini, menemui baka baru cendawan tiram yang lebih tebal, tahan penyakit serta mempunyai tempoh matang lebih singkat.
Pengusaha terbabit, Tian Ting Leng, 66, berkata cendawan tiram yang diberi nama Tiram Baru 2 (TB2) itu dihasilkan melalui kaedah pembenihan spora yang dikajinya sejak beberapa tahun lalu.Katanya, sebelum ini beliau menghasilkan benih cendawan melalui kaedah pembenihan tisu, tetapi pada masa yang sama, mencuba beberapa kaedah baru yang boleh menghasilkan cendawan bermutu tinggi."Saya berjaya menghasilkan cendawan TB2 ini kira-kira tiga bulan lalu selepas mengkajinya beberapa tahun. Saiz cendawan ini lebih besar serta `payung'nya lebih tebal berbanding cendawan tiram yang biasa kita lihat di pasaran."Benih ini sudah diusahakan oleh seorang penanam cendawan di Muar dan pada tuaian pertama baru-baru ini TB2 yang beliau tanam menghasilkan lebih 200 kilogram," katanya.Tian berkata, benih TB2 itu mencapai tempoh matang dan sedia untuk dituai dalam tempoh hanya antara 30 ke 40 hari berbanding benih cendawan terdahulu yang mengeluarkan hasil selepas 60 hingga 70 hari.Katanya, untuk menghasilkan TB2 beliau mengambil spora cendawan tiram kelabu dan tiram putih yang kemudian dikacukkan."Setiap bekas boleh menghasilkan antara 400 hingga 600 gram berbanding cendawan tiram biasa yang hanya 200 hingga 300 gram dan bekas yang sama juga boleh menghasilkan sehingga lapan kali tuaian."Tempoh untuk TB2 bercambah semula juga agak singkat iaitu hanya seminggu berbanding dua minggu bagi benih cendawan tiram terdahulu," katanya.Tian yang juga bekas Pengarah Sekolah Henry Gurney, Melaka, berkata beliau mula berminat mengkaji benih cendawan selepas menyedari semakin ramai yang mengusahakan tanaman itu."Saya menjalankan kajian demi kajian selepas mengetahui tanaman cendawan berisiko diserang penyakit dan beberapa kaedah yang saya jalankan berjaya mengatasi masalah itu."Saya akan terus membuat kajian kerana yakin usaha saya dapat membantu industri pertanian negara dan percaya benih yang dihasilkan mampu menambah pengeluaran cendawan tiram yang permintaannya semakin meningkat," katanya.Beliau juga sedia berkongsi maklumat serta kemahiran dengan pengusaha tanaman cendawan tiram.Pengusaha yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai TB2 boleh menghubungi 07-4676196 atau 012-6218317.Selain TB2 beliau turut menghasilkan cendawan untuk perubatan antaranya cendawan telinga kera dan cendawan teh.

Oleh Mohd Roji Abdullah
Sumber: Berita Harian 4 Julai, 2006

Saturday, August 4, 2007

Permulaan blog ku....

Assalamualaikum rakan2 sekalian..bermulalah utk lebaran baru nie.Ramai yg suruh buat blog sendiri terutama rakan2 dlm BICARAJUTAWAN.COM.Maka hari nie bermula proses pembelajaran dalam pembinaan blog sendiri.Pasne gambar2 khusus utk cendawan dah boleh tengok dalam nie.Terutamanya utk projek cendawan am...Banyak lagi yg am nak belajar dalam pembinaan blog sendiri.Langsung kepala kosong tanpa pengetahuan.Nak masukkan gambar dalam blog nie pun masih terkial2 nak cari kat mana.Teruja jugak tgk blog akk fatisha yang amat sempurna dari mata am.Pada kawan2 yang memang terer dalam bab buat blog nie boleh lah ajar2 am eerrkkkk..Apahal pun am akan belajar untuk buat blog cendawan dengan sendiri nye.