Thursday, May 25, 2023

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 24 JUN 2023 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 25 MEI 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 0137501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR #SIFUCENDAWAN #USAHAWANTANI

Perbincangan Bersama Bekas Naib Canselor Universiti Abd Rahman Al-Sumait, Zanzibar Tanzania.

Perbincangan dengan Prof Dr. Amran Rasli (Bekas Naib Canselor Universiti Abd Rahman Al-Sumait, Zanzibar Tanzania) sebentar tadi di Pekan Benut. Beliau juga pernah berkhidmat di UTM Skudai sebelum ke Tanzania. Kini pulang ke kampung halaman di Benut, Pontian setelah tamat perkhidmatan. Banyak pengalaman, ilmu yang beliau boleh berikan pada masyarakat. Insyallah dalam masa terdekat akan aturkan program untuk komuniti di Pontian.

Kursus penghasilan bongkah cendawan, benang nanas dan silaj makanan haiwan dari sisa nanas bagi ODS (Orang Diselia).

24 Mei 2023 | Rabu | Pusat Reintegrasi Penghuni, Kluang Terima Kasih di ucapkan kepada Jabatan Penjara Malaysia diatas kesudian mengundang Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi LPNM bagi menyampaikan kursus penghasilan bongkah cendawan, benang nanas dan silaj makanan haiwan dari sisa nanas bagi ODS (Orang Diselia). Turut serta En. Othman, pegawai LPNM kawasan daerah Kluang. Bagi kursus berkaitan bongkah cendawan dari sisa nanas telah di sampaikan oleh En. Noorsaiful Amri Sifu Cendawan pengusaha cendawan menggunakan medium sisa nanas. Semoga kursus yang di berikan mampu di gunakan pada masa hadapan oleh penghuni pusat reintegrasi penghuni apabila keluar nanti. (CATATAN & GAMBAR DARIPADA : LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS NEGERI JOHOR) #malaysiamadani #majujohor #lpnm #lpnmnj #kpkm #jommakannanas #nanaspower

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke Kempas JB.

Penghantaran 2000 bongkah cendawan tiram kelabu kepada Encik Safuan dan Isteri di Kampung Sinaran Baru, Kempas JB. Membuat 3 kali penghantaran, Saudara Safuan dan isteri merupakan peserta kursus cendawan kami pada awal tahun ini. Mempunyai semangat luar biasa dalam keusahawanan cendawan. Insyallah saya akan bimbing beliau menjadi usahawan cendawan berjaya sebagai Mantee kami. Semoga berjaya 👍🦾 🤲. Untuk pertanyaan pembelian bongkah cendawan boleh hubungi kami -0137501589 (saiful). #manteecendawan #usahawancendawan #sifucendawan

Inovasi Cendawan Dari Sisa Nanas Ke Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian 2023 Peringkat Kebangsaan,

Moga berjaya untuk Inovasi kami Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan daripada Sisa Nanas, menyertai Pertandingan Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian tahun 2023 peringkat Kebangsaan. #inovasi

SJKC KOK BENG Tangkak Membeli Bongkah Cendawan Di Ladang Kami.

Cikgu Lim (Guru Besar SKJC Kok Beng Tangkak) ke ladang cendawan kami membeli 280 bongkah cendawan tiram kelabu matang. Antara projek sekolah untuk pendedahan kepada murid-murid. Mereka telah melaksanakan projek ini dan telah menarik minat murid-murid. Tahniah & Semoga berjaya. Untuk pertanyaan pembelian bongkah cendawan boleh hubungi kami - 0137501589 (saiful).

Hasil Pengeluaran Cendawan Terjejas Musim Panas.

Cuaca Panas yang melanda negara ketika ini menjejaskan hasil pengeluaran cendawan tiram kelabu sehingga menjejaskan pendapatan usahawan cendawan. Kami juga antara pengusaha yang merasaikan kesan cuaca panas, pengeluaran cendawan sangat kurang dan hasil kadang kala tiada pengeluaran. Akhbar Sinar Harian | 11 Mei 2013 #sinarharian #cuacapanas