Tuesday, January 30, 2024

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG KAMI BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR PADA 9 MAC 2024 (SABTU).

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 9 MAC 2024 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful Amri) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2024 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Kisah & Pengalaman Mengusahakan Tanaman Cendawan Di Akhbar Sinar Harian

Kisah saya di Akhbar Sinar Harian semalam, boleh dapatkan akhbar sinar harian untuk membaca kisah dan pengalaman saya sepanjang mengusahakan tanaman cendawan. #CendawanTiramKelabu #sinarharian

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke SMK Taman Sutera JB.

Penghantaran bongkah cendawan tiram kelabu (benih 2 bulan) ke SMK Taman Sutera, Johor Bharu ahad lepas. Penerimaan bongkah oleh Cikgu Jothi. Untuk pertanyaan bongkah cendawan boleh hubungi kami : 013-750 1589 (Saiful).

Hasil Cendwan Tiram Kelabu dari Inovasi Bongkah Cendawan dari Habuk Jerami Padi.

Ini antara bongkah cendawan yang mengunakan media dari habuk jerami padi dengan kerjasama dari Mahasiswa UTHM, Saudara Syahmi & Ts. Dr. Shaiful Rizal Masrol (Pensyarah UTHM). Alhamdulillah bongkah cendawan sedang mengeluarkan hasilnya Percubaan 100% habuk jerami, 50% habuk jerami dan 25% habuk jerami. Ini antara inovasi kedua yang di buat dengan kerjasama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM dan sebelum ini daripada Habuk buluh Betong. Moga di permudahkan. #inovasicendawan #projekcendawan #usahawan #inovasi #UTHMJohor

Sunday, January 21, 2024

JOM MENDAFTAR ! PENDAFTARAN DI BUKA UNTUK KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 9 MAC 2024 (SABTU) DI LADANG BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 9 MAC 2024 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful Amri) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2024 #KURSUSCENDAWANJOHOR

GAMBAR PESERTA KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG KAMI PADA 20 JANUARI 2024

Kursus tanaman cendawan secara praktikal di ladang kami sabtu lepas bertempat Kampung Parit Hassan | Benut | Pontian. Kehadiran seramai 12 peserta, paling jauh peserta yang hadir dari Negara Sri Langka, Saudara Thanisan di temani rakannya dari Johor Bharu. Kursus secara praktikal penyedian media dan bongkah cendawan, kaedah kukusan bongkah, penyuntikan benih cendawan, tuaian hasil dari rumah cendawan serta kaedah pemasaran cendawan selain sesi pengenalan dan soal jawab berkaitan geran dari agensi Kerajaan. Tamat kursus peserta di berikan kit tanaman cendawan, kit kotak cendawan nanas, selain di bekalkan nota lengkap dan sijil penyertaan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat para peserta. Insyallah kursus seterusnya minggu pertama bulan Mac 2024. Pertanyaan boleh hubungi kami ataupun whatsap : ⁨013-750 1589⁩ (Saiful).

Lawatan Kerja Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Negeri Johor Ke Ladang Kami Melihat Projek Cendawan Nanas.

Terima kasih Pengarah LPNM Johor, Tuan Ahmad Fitri & Encik Wan Hazizul lawatan ke ladang kami. Pelbagai perbincangan di buat, insyallah nanti produk baru cendawan nanas 2024 .

Saturday, January 20, 2024

LAWATAN KERJA KE LADANG CENDAWAN KAMI OLEH PENGARAH PEMBANGUNAN PRODUK & BIOTEKNOLOGI (LPNM) ENCIK ELMIE ADHA UNTUK MELIHAT CENDAWAN NANAS.

Pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan Produk & Bioteknologi (BPPB) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di Ketuai oleh Pengarah BPPB, Encik Elmie Adha hadir ke ladang kami semalam. Lawatan kerja melihat Cendawan Nanas. Beberapa perkara turut di bincangkan untuk menghasilkan produk terbaru mengambungkan Khasiat Nanas dan Cendawan turut di bincangkan. Insyallah dalam masa terdekat akan mengeluarkan produk terbaru. Nantikan produk kami dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia untuk tahun 2024. Moga di permudahkan 🤲.

PENGHANTARAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU KE KLUANG.

Penghantaran 500 bongkah cendawan ke Kluang petang tadi. Pertanyaan bongkah cendawan boleh hubungi kami : 013-750 1589 (Saiful).

PENGHANTARAN BONGKAH CENDAWAN KE KOLEJ VOKASIONAL PERDAGANGAN JOHOR BAHRU.

Penghantaran bongkah cendawan tiram kelabu ke Kolej Vokasional Perdagangan JB pagi tadi. Tempahan kali kedua untuk bulan ini. Alhamdulillah. Permintaan cendawan sangat tinggi dan bekalan tidak mencukupi, insyallah ada rezeki nak tambah bongkah lagi ujar mereka tadi. Nak dapatkan bekalan bongkah cendawan matang dan belum matang boleh PM kami untuk pertanyaan lanjut - 013-750 1589 (Saiful). #bongkahcendawan #pembekalbongkahcendawan #cendawanjohor #sifucendawan