Sunday, December 20, 2020

DAFTAR SEGERA ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN PADA 30 JANUARI 2021 (SABTU) DI BENUT PONTIAN, JOHOR.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 30 Januari 2021 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Temubual Keusahawanan Cendawan Bersama Pelajar UPM.

Di temubual mengunakan Google Meet oleh Pelajar tahun ke-3 di bawah program Bachelor Pendidikan Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 29 November 2020. Membantu untuk tugasan bagi subjek keusahawanan dan perniagaan bagi semester ini. Berkongsi cerita tentang kerjaya dalam bidang keusahawanan tanaman cendawan. Pertanian sebagai kerjaya !

Gambar Peserta Kursus Cendawan Pada November 2020 Di Benut Pontian.

Penyampaian sijil penyertaan kursus tanaman cendawan kepada peserta yang hadir pada 21 November 2020. 3 peserta dari Kelantan dan yang lain sekitar daerah Johor. Tahniah kepada anda semua !

Hasil Cendawan Daripada Bongkah Yang Kami Bekalkan Kepada Mantan Pengerusi Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP).

Baru-baru ini membekalkan 500 bongkah cendawan buat Mantan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) Datuk Mazlan Aliman di Felda Bukit Ramun. Alhamdulillah bongkah sudah matang dan keluar sendiri di penutup kecil. Selepas ini boleh bukak penutupnya untuk menuai hasil pertama. Projek di usahakan oleh isteri dan keluarganya. Insyallah tempahan kali kedua pada minggu depan sebanyak 1000 bongkah lagi. Berminat mendapatkan Bongkah Cendawan sekitar Johor boleh hubungi kami - 0137501589.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Perling Johor Bharu.

Membuat penghantaran kali kedua 500bongkah cendawan di Perling Johor Bharu pada 16 Disember 2020. Kali pertama yang di hantar sebanyak 500 bongkah telah di tuai hasil kali pertama sebanyak 30kg hari ini. Teruja dengan hasil yang banyak mereka menambah bongkah hari ini. Kepada yang ingin mendapatkan Bongkah cendawan daripada kami. Boleh hubungi - 0137501589.

Bertemu Usahawan Cendawan Di Pekan Pahang.

Bertemu Tuan Mokhtar di ladang cendawannya bertempat Pekan Pahang jumaat lepas. Beliau merupakan peserta kursus saya pada tahun 2017, kini merupakan usahawan cendawan yang berjaya di Negeri Pahang. Tahniah !