Wednesday, December 15, 2010

Stok Benih Cendawan Habis..

Bulan ini semua stok benih dari Syarikat besar cendawan seperi Cnc Mushroom dan Ambra Mushroom semua habis.Pihak pengurusan cakap selepas 27hb ini baru ada stok.Dengar berita itu terus call dan sms rakan-rakan cendawan kat Johor ini beritahu bagaimana nak dapatkan stok dari pengusaha benih yang lain.Mereka pun tak tahu nak dapatkan dari mana.2-3 jam juga pening kepala memikirkan macam mana nak mencari benih untuk bongkah-bongkah yang belum di suntik benih.Tanpa fikir panjang terus bukan blog-blog teman cendawan yang banyak macam cendawan tumbuh nie.Itulah kelebihan blog-blog usahawan cendawan.Call Cima Agro,Zul Puchong dan Rantau Mushroom.Mereka ada stok..Alhamdulillah.Selamat semuanya..Ini kali pertama mencuba benih dari luar.Malam ini order pada Rantau 40beg benih untuk percubaan pertama.Katanya akan di curier kan dan selewat-lewatnya akan sampai hari sabtu.Zul puchong pun kami order dalam 20beg sebagai percubaan.Dan Cima Agro ada sms order 20beg juga.Melihat kesusahan mencari benih di saat-saat genting nie.Kami bercadang nak meyertai kursus membuat benih tisu kultur pada tahun hadapan 2011.Jika ada kursus pasti akan pergi untuk study tisu kultur benih cendawan.Semoga perusahaan ini akan berkembang lagi..Amin.

Sunday, December 12, 2010

Fokus Bulan December 2010

Sepanjang bulan ini memang kerja-kerja di farm amat banyak sekali.Purata membuat bongkah 1000 ribu sehari dalam bulan ini.Maklumlah musim cuti sekolah.Anak-anak buah ramai yang bercuti masa ini.Mereka pun nak part time untuk duit kocek masa sekolah nanti.Dan nak beli pakaian sekolah sebagainya.Dapat juga tolong anak-anak buah tambah pendapatan.Sasaran untuk akhir bulan ini dapat memenuhkan semua 4 pondok yang sedia ada.Dalam 40,000 bongkah keseluruhannya.Semoga mencapai sasaran tersebut.

Wednesday, December 8, 2010

Sehari di Tapak MAHA

- Anak Arnab nie..

- Bersama teman-teman yang hadir ke Maha..


- Bersama sahabat Nad ( separuh gambar ) dan Hadi Bro..

- Kambing bertanduk empat antara yang menarik perhatian kami..

- Makan tengahari setelah penat berjalan..

- Bunga Orkid antara yang terdapat di MAHA..

- Arnab berkumpul dalam satu kumpulan..

Tuesday, December 7, 2010

Kepada Yang Berminat Menyertai Kursus January 2011

Kepada yang berminat menyertai kursus pada January 2011 , 9/01/2011 , Ahad.Minta hubungi saya ataupun sms dengan secepat mungkin di talian 0137501589.Terhad kepada 10 orang sahaja.Harap maklum..

Monday, December 6, 2010

MAHA 2010 - Visitorship Record

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU PADA 9 / 01 / 2011 , AHAD

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 9/01/2011 , AHAD
MASA : 9.00PG - 4.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )