Thursday, November 27, 2008

Bekas Doktor Tanam Cendawan Shiitake

Utusan 28/11/2008 , Jumaat

Cendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah, dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.
Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan hanya penting untuk makanan semata-mata.
Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan, ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana ekonomi.
Malah, dengan perkembangan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.
Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua kilogram setahun.
Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas) dan Agarcius braslllensis (cendawan butang), Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi), Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).
Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.
Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai, Kedah sejak 1985 lagi.
Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak ramai berminat dengan tanaman cendawan.
Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000 daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk cendawan brazil, butang dan oyster.
“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan perusahaan tanaman tersebut.
Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.
Cendawan, shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.
“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak cili api dan serunding.
“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanadam, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju melabur RM1 juta pada 2005.
Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol.
Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama semasa inokulasi.
Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg tetapi perlu ditegakkan.
Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam iaitu kurang populasi bakteria.
Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.
Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu.
Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk proses kultur tisu.
Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga.
Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hibrid gunung tersebut.
Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.
Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya membentuk koloni.
Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.
Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada hari kelima.
Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.
Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar raya besar.
Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut.
Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.
Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.
“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio-future.com.

Wednesday, November 26, 2008

Macam-macam hal...

Dah lama rasa nya tak updet blog nie..banyak gambar nak upload tapi ada masalah sedikit.Hp dah rosak,dalam hp macam gambar cendawan.Dulu guna hp n70 laaa nie...alahai,semua dah rosak.Bulan 12 nanti baru lah boleh upload gambar-gambar semua..lagi 2 minggu akan menamatkan zaman bujang dan bergelar suami.Kepada rakan-rakan semua jemputlah hadir ke rumah.Proses untuk membuat beg media terhenti selama 3 minggu..minggu ini jer ada pengusaha yang nak beli beg media.Ramai juga permintaan beg media bulan ini.Hampir 4-5 ribu beg yang perlu disediakan.Alhamdulillah semua beg sudah siap dan hanya tunggu masa bertukar pemilik sahaja..Awal bulan ini pegawai pertanian sudah hadir ke farm dan ambil gambar.Pegawai tersebut berjanji akan berikan sebuah pondok cendawan yang bernilai 10k..kalau benar itu semua rezeki.InsyaAllah awal tahun depan akan beli mesin bagging untuk memudahkan dan menyenangkan kerja-kerja membagging.Ada rezeki lebih boleh beli mixer pulak..Bergantung kepada fulus nya.Banyak perancangan yang nak buat awal tahun depan..dengan keli dan ubi menjadi sasaran mengembangkanprojek pertanian ini.Harap-harap akan berjaya dan dapat full time dalam bidang pertanian ini.Perancangan untuk full time memang ada tapi masa akan menentukan.Target tahun depan akan berhenti..bergantung kepada perkembangan projek ini...At-last,datanglah ke jemputan perkahwinan saya pada 20/12/2008 di Benut,Pontian..

Friday, November 7, 2008

Pakar teknologi cendawan berhimpun

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


Dr. Noorlidah Abdullah dan Dr. S. Vikineswary menunjukkan penyelidikan mereka mengenai cendawan di Universiti Malaya. - Gambar hiasan


Bila bercerita mengenai cendawan apa yang terbayang hanya cendawan tiram kelabu yang popular di kalangan penanam.
Tetapi sebenarnya terdapat banyak jenis cendawan di negara ini memandangkan biodiversiti yang tinggi.
Bagaimanapun di negara ini industri cendawan masih di peringkat awal dan masih memerlukan banyak usaha untuk membangunkannya.
Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa amat bertuah kerana mempunyai pelbagai spesies cendawan yang berpotensi dimajukan dalam industri makanan dan perubatan.
Justeru Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya (UM), Persatuan Cendawan Malaysia, Jabatan Pertanian dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) menganjurkan Persidangan Cendawan dan Foray 2008.
Persidangan yang membincangkan mengenai pandangan global mengenai industri cendawan akan diadakan pada 27 hingga 29 November ini di Fakulti Sains UM.
Persidangan berkenaan diharap dapat menyediakan landasan bagi pakar-pakar dari seluruh dunia bagi memindahkan teknologi dan inovasi terkini dalam industri cendawan kepada usahawan tempatan.
Di persidangan itu, usahawan juga boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam industri berkenaan seperti penyelidik dan penanam cendawan.
Persidangan yang akan membincangkan mengenai sumber cendawan dan peningkatan strain, inovasi penanaman cendawan dan produk cendawan serta pemasaran sesuai dihadiri oleh usahawan cendawan, saintis, perbankan, pelajar dan pegawai kerajaan

Wednesday, November 5, 2008

Lama menyepi..

salam,
lama menyepi dan tak kemaskini blog..
dalam tempoh sebulan nie banyak hal perlu disettelkan
urusan jabatan agama islam,hospital dan lain lagi..
alhamdulillah semua dah settel..
berdebar gak masa temuduga kawen lepas,
ingatkan soalan sikit jerk,bab dalam list soalan jabatan agama islam
ada lima jer..laahh2,soalan dekat 15 perlu dijawab.
nasib baik ilmu agama masih ingat sikit..
lulus ujian temuduga kawen n lepas ujian hospital..
tarikh nikah 12/12/2008 di kuala terengganu
rumah ku 20/12/2008 saing majlis pernikahan mawi dan ikin...
hehehe,,
walapun sesibuk mana pun kerja2 cendawan kene teruskan..
sekarang nie dah 3000beg media sudah di suntik telah diproses..
balik keje nie proses mengaul perlu di lakukan..
target untuk tahun nie 10k beg perlu dibuat untuk menjalankan full time dalam cendawan..
semalam pegawai pertanian datang farm ambil gambar..
minggu lepas ada bincang dengan pegawai diaorang cakap
akan beri peruntukkan dalam bulan 6 nie..sebuah pondok..
harap2 dapat laaa...
beg media terlalu banyak tapi pondok tak muat dan perlukan pondok baru..
nak tambah dengan duit sindiri tak boleh..
banyak nak guna,nak kawen kan......
Permintaan cendawan terlalu banyak sekarang nie..
semalam jer ada permintaan dari cafe UTHM minta suplier kan 3-5kg setiap hari..
tapi terputus hari nie dan esok..
minggu depan baru leh suplier setiap hari...
Ahad nie kursus akan dijalankan...
ramai juga peserta yang nak turut serta..ada dalam 10org yang dah confirm..
So,siapa-siapa yang berminat boleh join lagi...
masih dibuka...
Tak tahu nak cakap apa daaahh...
Oooo,sebelum tu nak minta semua alamat-alamat pengusaha cendawan semalaysia nie..
leh send alamat pada 0137501589..nak pos kad jemputan kawen...