Saturday, August 26, 2023

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 23 SEPTEMBER 2023 (SABTU) DI LADANG BERTEMPAT BENUT | PONTIAN | JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 23 SEPTEMBER 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 0137501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Kukusan Bongkah Cendawan petang semalam. Kenapa Perlu Kukus ? Jawapannya....

Petang semalam buat kukusan untuk 1100 bongkah cendawan. Hampir 9jam kukusan dengan kuantiti serta saiz pengukus yang besar ini. Ramai yang dok bertanya kenap perlu kukus ya... Kenapa perlu kukus bongkah cendawan sebelum kita masukkan benih ? Jawapannya pada proses ini bongkah perlu di basmi ataupun disteril daripada sebarang spora, kulat atau mikroorganisma. Jika tidak di buat dengan betul maka jawabnya bongkah akan tercemar selepas memasukan benih. Jadi apakah penyelesaian terbaik ?Ya, gunakan suhu dan tempoh yang optima. Suhu maksima antara 80' - 90'.

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke Bandar Tenggara Kota Tinggi.

Penghantaran 1500 bongkah cendawan tiram kelabu kepada Tuan Adenan di Bandar Tenggara | Kota Tinggi beberapa hari lepas. Alhamdulillah, tempahan telah di buat beberapa kali daripada kami. Kepada yang nak mendapatkan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 013-750 1589 (Saiful) ataupun whatsap. #bongkahcendawan #pembekalbongkahcendawan

Bersama YB. Dato' Zahari bin Sarip (EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Kerjaan Negeri Johor) usai Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil buat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayob di Masjid Al Munir | Bakri | Muar.

Sempat berbual tentang inovasi cendawan nanas dan beliau pernah menyampaikan Anugerah EMAS Inovasi Teknologi Jabatan Pertanian Johor & Anugerah Inovasi Mardi Johor. Selain memaklumkan tentang Pertandingan Inovasi peringkat Jabatan Pertanian Malaysia. Insyallah keputusan untuk peringkat Kebangsaan pada bulan September ini di UPM, moga beroleh kejayaan untuk Inovasi Cendawan Nanas. #cendawannanas #inovasi

Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Buat Peserta Dari Ampang Selangor Semalam.

Usai memberikan kursus tanaman cendawan kepada 2 peserta dari Ahli Pertubuhan Peladang Ampang, Selangor iaitu Saudara Muhamad Nabilt & Saudara Hosni Mubarak. Mereka berdua telah menjalankan projek cendawan tiram putih dengan permulaan hampir 8000 bongkah cendawan. Hadir untuk mempelajari teknik tanaman cendawan serta penjagaan. Alhamdulillah, mereka telah di ajar bermula dengan teknik penyedian media cendawan, kukusan, suntikan benih, pemeraman, kawalan suhu pada rumah cendawan serta pemasaran dan peruntukan geran dari agensi kerajaan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian. Alhamdulillah ! #KursusCendawan #mentor #bertani #sifucendawan

Monday, August 21, 2023

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke SK Abd Rahman Yassin, Kluang.

Membuat penghantaran bongkah cendawan kepada Cikgu Hafiman di SK Abd Rahman Yassin, Kluang tempohari. Untuk pertanyaan dan tempahan Bongkah Cendawan boleh hubungi kami : 0137501589 (saiful), penghantaran di sediakan. Kami akan bimbing anda ! #bongkahcendawan #sifucendawan

Jemputan Ke Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian 2023 Di UPM.

Menerima Jemputan Ke Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Tahun 2023 bertempat di UPM pada 7 September ini untuk membuka pameran Inovasi Cendawan Nanas. #inovasi #inovasipertanian #sifucendawan

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke SMK Taman Sutera JB.

Membuat penghantaran 300 bongkah cendawan tiram kelabu ke SMK Taman Sutera JB beberapa hari lepas. Pertanyaan untuk bongkah cendawan boleh hubungi kami ataupun whatsap : 0137501589 (Saiful), bongkah ready stock. Penghantaran turut di sediakan. #bongkahcendawan #pembekalbongkahcendawan #sifucendawan

Perkongsian Tanaman Cendawan Di SK Taman Universiti 3, Skudai JB.

Taklimat Potensi Tanaman Cendawan serta Penjagaan Bongkah Cendawan di SK Taman Universiti 3, Skudai JB pagi tadi. Pihak sekolah telah mengusahakan projek komuniti tanaman cendawan dengan permulaan 400bongkah cendawan tiram kelabu. Tahniah dan semoga berjaya ! #komuniticendawan #sekolah #bertani #sifucendawan

Tuesday, August 15, 2023

KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRATIKAL PADA 26 OGOS 2023 DI LADANG CENDAWAN - BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Kursus Cendawan pada 26 OGOS 2023 (Sabtu) di ladang cendawan bertempat Benut | Pontian | Johor. Pertanian adalah perniagaan, bertani sebagai kerjaya ! Yuk daftar sebagai peserta kerana terhad untuk 20 orang penyertaan. Hubungi kami segera : ⁨0137501589 (Saiful). #kursuscendawanOGOS2023 #kursuscendawan2023 #mentor #sifucendawan #usahawanmuda

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke SK Abd Rahman Yassin, Kluang.

Membuat penghantaran bongkah cendawan kepada Cikgu Hafiman di SK Abd Rahman Yassin, Kluang pagi tadi. #bongkahcendawan #sifucendawan

Jemputan Ke Hari Inovasi Jabatan Pertanian Tahun 2023 Untuk Inovasi Cendawan Nanas.

Menerima Jemputan Ke Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Tahun 2023 bertempat di UPM pada 7 September ini untuk membuka pameran Inovasi Cendawan Nanas. #inovasi #inovasipertanian #sifucendawan