Tuesday, June 13, 2023

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 24 JUN 2023 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 24 JUN 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 0137501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR #SIFUCENDAWAN #USAHAWANTANI

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Bandar Tenggara | Kulai | Johor.

Penghantaran 2000 Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Matang kepada Tuan Adenan di Bandar Tenggara | Kulai malam tadi. Projek yang di usahakan beberapa tahun lepas kini telah ambil alih kepada anakandanya untuk pengurusan rumah cendawan. Pada bulan Ogos 2022 menerima Geran Agroprenuer Muda sebanyak RM20,000.00 di bawah agensi Jabatan Pertanian. Tuan Adenan merupkan perserta kursus cendawan kami pada tahun 2019. Kepada yang nak mendapatkan cendawan segar sekitar Bandar Tenggara boleh hubungi beliau 013 748 0761 (Tuan Adenan). Semoga projek cendawan akan terus berkembang maju & sukses. Tahniah ! Pertanyaan untuk bekalan bongkah cendawan tiram kelabu boleh hubungi kami - 0137501589 (Saiful). #bongkahcendawan #CendawanTiramKelabu #usahawan

Pembentangan Inovasi Cendawan Dari Sisa Nanas Bagi Pertandingan Teknologi Pertanian 2023 Anjuran Jabatan Pertanian Malaysia.

Alhamdulillah, usai pembentangan inovasi cendawan nanas bagi Pertandingan Teknologi Pertanian 2023 anjuran Jabatan Pertanian Malaysia di ILPP Serdang tempohari. Bersama pegawai pengiring dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian, Tuan Haji Jais (Penolong Pegawai Pertanian) dan urusetia pendaftaran dari Jabatan Pertanian Malaysia. Semoga inovasi ini berjaya, Amen 🤲. #inovasicendawan

Lawatan Pemantauan Projek Cendawan Di Ladang Kami Oleh PPK Kawasan Benut.

Lawatan pemantauan projek tanaman cendawan di ladang kami oleh Puan Linda & Cik Afiqah dari Pejabat Pertubuhan Peladang (PPK) Benut.

Jemputan Sebagai Pengajar Kursus Cendawan Daripada Sisa Nanas Di UiTM Alor Gajah, Melaka.

Kursus tanaman cendawan dari sisa nanas anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di UiTM Alor Gajah pada 7 Jun 2023. Terima kasih LPNM & UiTM di atas jemputan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian. Tahniah 👍💪. Insyallah kursus seterusnya bersama LPNM pada 20 JUN ini di Ladang Nanas LPNM Alor Bukit, Pekan Nanas, Johor. #lpnm #uitm #cendawannanas