Sunday, June 26, 2022

DAFTAR SEGERA - KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG BERSAMA SIFU CENDAWAN PADA 30 JULAI 2022 (SABTU) DI BENUT PONTIAN | JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 30 JULAI 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap).

Booth Cendawan Nanas Di Program Seminar Usahawanita Nanas Wanita Johor.

Bersama Dato' Haslina Abdul Hamid (Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani), YB Dato' Zahari Bin Sarip (Exco Pertanian, Industri Asas Tani Johor), Dato' Dr Sahruddin Bin Jamal (Pengerusi LPNM), Tuan Haji Mohd Khairuzamri Md Salleh (Ketua Pengarah LPNM) yang di pengerusikan oleh Kak Norliza Abdullah (Selebriti) untuk forum usahawanita. Turut berada di booth Cendawan Nanas ialah Dr Jamaliah (Pengarah Bahagian Perancangan Strategik, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia) untuk program Seminar Usahawanita Nanas Wanita Johor di Fraser Place Puteri Harbour Iskandar Puteri hari ini. #LPNM #sifucendawan #usahawanitananas #cendawan

Lawatan Pegawai Penilai Untuk Inovasi Cendawan Nanas Bagi Pertandingan Anugerah Peneraju Inovasi Agromakanan Peringkat Negeri Johor.

Lawatan oleh pegawai penilai dari Jabatan Pertanian,Mardi,LPNM,LKIM dan Fama untuk Pertandingan Anugerah Peneraju Inovasi Agromakanan Peringkat Negeri Johor. Alhamdulillah, saya di senarai pendek untuk pencalonan dengan produk Cendawan Nanas. Moga di permudahkan ! #mardi #lpnm #lkim #jabatanpertanian #fama

Wawancara oleh TV 1 RTM Tentang Inovasi Cendawan Nanas Bersama Sifu Cendawan.

Wawancara oleh TV 1 RTM tentang Inovasi Cendawan Nanas. Siaran untuk petang ini di TV 1. Moga di permudahkan ! #cendawannanas #lpnm #sifucendawan

Penyampaian Sijil Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Kursus Bulan JUN 2022.

Penyampaian sijil kursus tanaman cendawan secara praktikal kepada 9 peserta petang tadi. 3 peserta hadir dari Selangor, Negeri Sembilan dan 6 peserta dari Johor. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian. Untuk pertanyaan kursus cendawan pada bulan Julai 2022 boleh hubungi kami - 0137501589 (Saiful). #kursuscendawanjun2022

Wednesday, June 1, 2022

DAFTAR SEGERA - KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG BERTEMPAT BENUT | PONTIAN | JOHOR PADA 25 JUN 2022.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 25 JUN 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap).

BONGKAH CENDAWAN NANAS KE FAKULTI INDUSTRI ASAS TANI (FIAT) UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Penghantaran melalui pos curier 20 Kit Cendawan Nanas & 20 Bongkah Cendawan tiram kelabu media habuk kayu getah kepada Dr Nik Nur Azwandi dari Fakulti Industri Asas Tani (FIAT) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Jeli Kelantan. #cendawannanas #fiatumk #umkjeli #cendawanjohor #sifucendawan

PENGHANTARAN BONGKAH CENDAWAN KE TELUK PANGLIMA GARANG, SELANGOR.

Penghantaran 1000 bongkah cendawan tiram kelabu kepada Saudara Fauzie di Teluk Panglima Garang, Selangor dan memberikan khidmat nasihat penjagaan bongkah cendawan. Beliau merupakan peserta kursus kami beberapa bulan yang lepas. Terus menjalanakan projek permulaan di belakang rumah sahaja. Semoga berjaya dan terus sukses.

PESERTA KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG BULAN MEI 2022 DI PONTIAN JOHOR.

Selesai kursus tanaman cendawan secara praktikal di ladang kami bertempat Benut, Pontian. Ada peserta kursus hadir dari Perak, Selangor, Melaka dan sekitar Johor. Kursus secara praktikal teknik penyedian bongkah cendawan, suntik benih, kukus dan penjagaan serta selepas tuai. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat yang berguna buat kalian semua. Tahniah ! #kursuscendawanmei2022

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA UNTUK PROJEK KOMUNITI.

Pembentangan kertas kerja projek cendawan untuk menjana pendapatan kepada Komuniti. Moga di permudahkan.

PENGHANTARAN BONGKAH CENDAWAN KE MELAKA

Penghantaran 1000 Bongkah cendawan tiram kelabu buat Tuan Solihin dari Durian Tunggal melaka malam tadi. Beliau merupakan peserta kursus kami beberapa bulan lepas. Mempunyai beberapa perniagaan termasuk kedai makan. Mengunakan Lot bangunan tingat dua di Restoran beliau. Kesyukaran mendapatkan cendawan di kawasan beliau menyebabkan beliau bermula untuk menanam cendawan. Dan merancang membesarkan kawasan projek beliau.Semoga di permudahkan segala urusanmu Tuan Solihin. Tahniah ! #bongkahcendawantiramkelabu