Tuesday, November 23, 2021

DAFTAR SEGERA - KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 12 DISEMBER 2021 (AHAD) DI BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 12 DISEMBER 2021 (AHAD) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak m

Cendawan Tiram Kelabu Dari Media Cendawan Sisa Nanas.

Tuaian hasil cendawan tiram kelabu daripada media sisa nanas di ladang kami pagi ini. Projek dengan kerjasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Taklimat Potensi Tanaman Cendawan Di KRT Pancasila A Senai, Johor.

Usai menyampaikan taklimat potensi tanaman cendawan kepada komuniti KRT Taman Pancasila A Senai. Turut hadir ialah Tuan Nasri (Pengerusi KRT), Tuan Remy & Tok Mazlan (Ketua Kampung) dan jawatankuasa KRT. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat yang berguna. #cendawantiramkelabu #taklimatcendawan #cendawanjohor

Gambar Penyampaian Sijil Kursus Tanaman Cendawan pada 6 November 2021 di Pontian | Johor.

Seramai 11 peserta kursus cendawan pada bulan November 2021 ini. Segala pertanyaan kursus untuk bulan Disember 2021 boleh hubungi kami ataupun whatsap - 0137501589. #kursuscendawan2021 #kursuscendawanjohor

Pengeluaran hasil cendawan tiram kelabu segar Saudara Faiz Irsyadi Bin Sozani dari Kampung Jambi, Benut, Pontian, Johor.

Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami beberapa tahun yang lepas. Merupakan ahli Peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan Benut. Bongkah cendawan yang kami bekalkan sebanyak 6000 tempohari sedang mengeluarkan hasilnya. Hasil yang sangat memuaskan dan baik sekali. Semoga projek akan terus sukses dan di permudahkan ! #Peladangmuda #bongkahcendawanjohor #bongkahtiramkelabu

Penghantaran 4000 bongkah cendawan tiram kelabu ke Kempas, Johor Bharu.

Tempahan kali kedua yang di buat oleh Saudara Jack David. Kali pertama membeli sebanyak 500 bongkah pada 3 bulan yang lepas dan telah mengeluarkan hasil yang baik sekali. Alhamdulillah tempahan kedua di buat dengan kuantiti yang banyak. Ujarnya permintaan cendawan yang amat tinggi di kawasan setempat dan ada sahabat-sahabat dari Singapore berminat untuk membawa cendawan tiram kelabu di sana untuk jualan di restoran. Semoga projek anda terus sukses dan berjaya ! Tahniah.