Saturday, July 29, 2023

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 26 OGOS 2023 (SABTU) DI LADANG BERTEMPAT BENUT | PONTIAN | JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 26 OGOS 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 0137501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Penghantaran & Penjualan Mesin Baging 4 Hole Second Hand Ke Kempas, JB.

Penghantaran mesin baging 4 hole (Buat bongkah cendawan) second hand kepada Encik Safuan di Kampung Sinaran Baru, Kempas JB sebentar tadi. Semoga terus sukses dan berjaya 👍. Kepada yang nak mendapat mesin-mesin cendawan second hand boleh hubungi kami - 0137501589 (Saiful). Mesin sedia ada Steamer untuk kukusan 1200 Bongkah dan Mesin Mixer 300kg.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Sri Gading Buat Saudara Farid.

Penghantaran 500 bongkah cendawan tiram kelabu matang ke Sri Gading | Batu Pahat untuk Saudara Farid pada pagi tadi. Untuk tempahan bongkah cendawan tiram kelabu boleh hubungi kami untuk segala pertanyaan : 013-750 1589 (Saiful). Penghantaran kami turut sediakan sekitar Johor dan luar Johor (Semenanjung Malaysia). #pembekalbongkahcendawan #bongkahcendawan #cendawan #tanam

Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Semalam.

Usai memberikan kursus tanaman cendawan tiram kelabu secara praktikal di ladang untuk bulan Julai 2023 semalam. Insyallah kursus seterusnya pada akhir bulan depan 26 Ogos 2023 (Sabtu) di Benut | Pontian | Johor. Kehadiran 4 peserta Saudara Muslim dari Kuala Terengganu, Saudari Aida dari Shah Alam, Saudara Haikal dari Simpang Renggam dan Saudara Faris dari Kluang. Peserta di ajar tentang penyedian media cendawan dan membuat bongkah cendawan, teknik kukusan, teknik suntikan benih cendawan, lawatan kerumah cendawan dan penjagaan bongkah cendawan serta teknik tuaian hasil serta pemasaran dan permohonan geran projek cendawan dari agensi kerajaan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian untuk menjadi usahawan cendawan yang berjaya. Tahniah 👍💪 ! #KursusCendawan #mentor #tanamcendawan

Tuesday, July 11, 2023

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG CENDAWAN PADA 29 JULAI 2023 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 29 JULAI 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 0137501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR #USAHAWANMUDA #PETANIMUDA

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Kepada PDK Puteri Wangsa JB.

Penghantaran 1500bongkah cendawan tiram kelabu matang ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dun Puteri Wangsa, Johor Bharu pagi ini. Di bawah selian Cikgu Bavani & Cikgu Juliana. Projek sebelum ini dengan berkerjasama IRDA & Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Program kolabrasi telah tamat, kini PDK Puteri Wangsa meneruskan sebagai projek komuniti mereka. Bimbingan berterusan dari kami team #sifucendawan. Kepada komuniti dan sekolah-sekolah yang berminat menjadikan projek cendawan sebagai projek komuniti boleh hubungi kami terus - 013-750 1589 (Saiful). Khidmat nasihat serta bimbingan akan berikan. #komuniticendawan #cendawan #keusahawanan #sekolah

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke SK Taman Universiti 3 Skudai & Kampung Sungai Danga JB.

Membuat 2 penghantaran bongkah cendawan tiram kelabu. Pertama di SK Taman Universiti 3 Skudai sebanyak 400 bongkah & Kedua untuk Puan Rohani di Kampung Sungai Danga JB sebanyak 100 bongkah. Program komuniti pertanian untuk pendedahan kepada anak-anak murid di sekolah. Kepada sekolah dan komuniti yang nak mendapatkan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 013-750 1589 (Saiful). Penghantaran dan ilmu tanaman akan kami bimbing. Jom bertani ! #Komuniti #komunitiusahawan #sekolah

Lawatan oleh 11 Guru Besar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sekitar Pontian Ladang Kami Di Benut.

Beberapa buah sekolah telah menjalankan projek komuniti dengan penglibatan anak-anak murid dengan pendedahan awal bagi tanaman cendawan. Dengan lawatan hari ini beberapa sekolah lagi akan menjalankan projek komuniti mereka bagi pendedahan awal dalam bidang pertanian dengan tanaman cendawan. Selain itu ia dapat memupuk semangat kemahiran pertanian di sekolah rendah lagi. Semoga berjaya ! #KOMUNITI #sekolah #bertani #petani