Sunday, May 16, 2021

Agent Cendawan Chips HQ Di Perlukan. Minggu depan Penghantaran Ke Melaka - Negeri Sembilan Dan Kuala Lumpur.

Berminat menjadi Agent Cendawan Chips boleh hubungi kami - 0137501589 ataupun whatsap. Minggu depan kami akan membuat penghantaran kepada beberapa agent di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Keuntungan yang tinggi dan menjana pendapatan sampingan. Jom menjadi agent kami ! Sila LIKE PAGE FACEBOOK KAMI - Cendawan Chips HQ

Produk Hiliran Cendawan Kami Di Astro Awani

Terima kasih kepada pegawai-pegawai Pejabat Pertanian Daerah Pontian, Pejabat Pertanian Negeri Johor, Pejabat Pertubuhan Peladang Benut (PPK Benut) & Lembaga Pertubuhan Peladang Lpp Negeri Johor yang banyak membantu dan memberikan sokongan kepada saya selama ini untuk memperbanyakkan produk hiliran daripada cendawan. Pelbagai insentif dan sokongan yang di berikan kepada pengembangan projek cendawan kami semenjak mula hingga hari ini. Insyallah akan terus maju dengan pelbagai produk hiliran khususnya daripada Cendawan.

Saturday, May 15, 2021

BONGKAH MATANG BENIH 45 HARI & 2 BULAN UNTUK DI JUAL.

Kami mempunyai stok 5000 bongkah matang untuk di jual. Harga Rm1.80 sahaja kuantiti 200bongkah keatas, berminat boleh PM tepi. Penghantaran di sediakan. Lokasi ladang kami di Benut Pontian, Johor. Berminat hubungi kami - 0137501589 (Saiful) #bongkahcendawan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Jika ada kata serta khilafku membekas lara. Ribuan Ampun, Maaf Zahir & Batin daripada kami sekeluarga. Ikhlas daripada : Noorsaiful Amri Bin Suloh & keluarga Kg Parit Hassan | Benut | Pontian

Tuesday, May 4, 2021

Kursus Cendawan Kukur Di Pontian Johor Pada 12 JUN 2021 (Sabtu).

Kursus Cendawan Kukur @ Sisir pada 12 JUN 2021 (Sabtu) di Ladang Pontian Farmers Group (PFG) bertempat Kampung Parit Seraya Benut, Pontian, Johor anjuran (PFG). Kursus di jalankan secara praktikal di mana peserta akan di ajar bagaimana untuk menyediakan media (bongkah cendawan), kaedah kukusan bongkah, kaedah menyuntik benih, kaedah pemeraman, kaedah menuai hasil dan pemasaran berkesan selain berkongsi pengalaman dalam bidang tanaman cendawan serta potensi tanaman cendawan kukur di Malaysia. Yuran hanya Rm350 sahaja (Peserta akan di berikan kursus penyertaan, kit tanaman cendawan dan sarapan pagi serta makan tengahari di sediakan sepanjang kursus). Berminat boleh hubungi kami - 0137501589 ataupun whatsap.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Kolej Perdagangan Johor Bharu.

Penghantaran 500 bongkah cendawan ke Kolej Perdagangan Johor Bharu. Berminat mendapatkan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 0137501589 ataupun whatsap.

Projek Cendawan Kukur Kami (Pontian Farmers Group) Mendapat Liputan Akhbar Utusan Malaysia & Kosmo.

Projek Cendawan Kukur @ Sisir Pontian Farmers Group di akhbar Utusan Malaysia & Kosmo hari ini. Potensi sangat baik untuk di ceburi oleh bakal usahawan baru dan belia-belia. Alhamdulillah ! Cuma nak betulkan 2 FAKTA yang tidak tepat pada catatan akhbar tersebut bermula 300 bongkah mengatakan pengeluaran hingga 80KG ia tidak tepat. Faktanya kali pertama pengeluaran 27kg belum lerai & pengeluaran kali kedua anggaran 20kg belum lerai. FAKTA kedua berkaitan khasiatnya sangat tinggi BUKAN membezakan ataupun perbandingan khasiat dari cendawan-cendawan hatta mengatakan khasiat paling tinggi dari cendawan lain. Kami merujuk maklumat Khasiat Kukur di Google & Facebook UM Cendawankukur. Kami hanya menyatakan Nutrisi serta tingginya khasiat cendawan kukur tiada perbandingan di buat. Berminat menjadi Usahawan Cendawan Kukur boleh hubungi kami - Kursus Cendawan Kukur pada 29 Mei 2021 di Benut Pontian, Johor.

Penghantaran Bongkah Cendawan Kukur Di Parit Raja Batu Pahat.

Membuat penghantaran 500 bongkah CENDAWAN KUKUR ke Parit Sikon Parit Raja pada 17 April 2021. Terima kasih atas tempahan. Kepada yang berminat mendapatkan bongkah cendawan kukur @ sisir boleh hubungi kami ataupun whatsap - 0137501589.

Pengeluaran Cendawan Dari Ladang Kami Di Benut Pontian.

Tuaian hasil di Pondok C untuk bongkah cendawan tiram kelabu benih 2 bulan. Sudah masuk 3 kali pengeluaran, hasil luar masih banyak di bantu dengan cuaca beberapa hari ini agak mendung serta kerap hujan sekitar kawasan kami. Jualan untuk pasaran sekitar Daerah Kluang untuk kutipan ini bagi penghantaran kedua pagi ini. Anggaran setelah di campur dengan pondok D dalam 45kg untuk penghantaran kedua. Alhamdulillah ! Pertanian adalah kerjaya. Ingin mendapatkan cendawan segar dari ladang boleh hubungi kami - 0137501589.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Changkat Jering Perak.

Penghantaran 1000 Bongkah Cendawan ke Changkat Jering, Perak. Ini adalah pembelian buat kali kedua setelah menerima penghantaran pertama pada beberapa bulan lepas sebanyak 1000bongkah. Terima Saudara Nazri di atas pembelian bongkah dari kami. Respon beliau mengatakan cendawan keluar dengan cantik dan banyak selepas beberapa tips penjagaan di berikan tempohari. Semoga berjaya ! Tahniah. Berminat mendapatkan bongkah cendawan tiram kelabu boleh hubungi kami - 0137501589 ataupun whatsap.

Pembelian 1000 Bongkah Cendawan Oleh Tuan Fairus Dari Johor Bharu.

Jualan bongkah cendawan pada 26 April 2021 sebanyak 1000 bongkah yang di beli oleh Tuan Fairus dari Johor Bharu di ambil di ladang cendawan kami. Terima kasih atas tempahan yang di buat. Kepada yang inginkan mendapatkan bongkah cendawan tiram kelabu & cendawan kukur boleh hubungi saya - 0137501589 ataupun whatsap.