Tuesday, April 5, 2022

DAFTAR SEGERA - Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Pada 23 April 2022 (SABTU) Bertempat Benut Pontian, Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 23 APRIL 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap).

Ramadan Kareem. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Lawatan Oleh Jutawan Nanas & Pelawat Dari Sarawak Ke Ladang Cendawan

Lawatan ke ladang cendawan kami melihat produk inovasi dengan kerjasama LPNM iaitu Cendawan Nanas. Hadir petang ini Tuan Sih Huay Heng (Pengarah Jutawan Agriculture Products M), Encik Wan (Pegawai LPNM Pontian) membawa 2 pelawat dari Sarawak. #cendawannanas #lpnm

Lawatan Pegawai Dari Lembaga Industri Getah Sabah & Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Ke Ladang Cedawan Kami.

Lawatan oleh pegawai-pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) & Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) ke ladang cendawan kami di Benut Pontian melihat potensi tanaman cendawan dari sisa Nanas & habuk kayu getah. #lpnm #ligs

Kit Cendawan Nanas Ke Sarawak. Ingin Menjadi Agent boleh hubungi kami.

Sebanyak 55 Kotak kit cendawan nanas akan di hantar ke Sarawak pagi ini. Berminat menjadi agent Kit Cendawan Nanas boleh hubungi kami - 0137501589.

Hasil Cendawan Tiram Kelabu Dari Media Getah Dan Serat Buluh Kerjasama Bersama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

Bongkah Cendawan Tiram Kelabu dari media habuk getah & buluh. Telah mengeluarkan hasilnya. Alhamdulillah. Kerjasama penyelidikan teknologi pengunaan serat buluh dalam penamaman cendawan bersama Ts. Shaiful Rizal Masrol dari Bamboo Research Centre, Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). #UTHM #sifucendawan #uthmdihati