Wednesday, December 22, 2021

PENDAFTARAN KURSUS TANAMAN CENDAWAN PADA 29 JANUARI 2022 (SABTU) KINI DI BUKA.

ANDA INGIN MENJADI USAHAWAN CENDAWAN DI BIMBING OLEH KAMI SECARA KONSEP MENTOR MANTEE DAN KURSUS DI JALANKAN SECARA 100% PRAKTIKAL DI LADANG KAMI BERTEMPAT BENUT PONTIAN, JOHOR. TERHAD KEPADA 20 PESERTA TERAWAL SAHAJA, AYUH BERTINDAK SEGERA DENGAN MENGHUBUNGI KAMI - 0137501589 (SAIFUL) ATAUPUN WHATSAP UNTUK SEGALA PERTANYAAN. PERTANIAN ADALAH KERJAYA !!!

AL-FATIHAH Buat Allahyarham Datuk Haji Osman Haji Sapian (Mantan Menteri Besar Johor).

Mendapat khabar menyedihkan pemergian YB Datuk Haji Osman Haji Sapian malam semalam. Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Beberapa bulan lepas sebelum sakit ada bertemu dengan beliau di pejabatnya untuk menghantar benih pisang berangan yang beliau beli dari saya dalam 200 pokok. Tak sempat hantar tempahan cendawan kukur beliau selepas mendapatkan tahu beliau sakit. Al-Fatihah buat Allahyarham Datuk Haji Osman Haji Sapian (Mantan Menteri Besar Johor).

Design Kalendar 2022

Sunday, December 12, 2021

DAFTAR SEGERA ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 29 JANUARI 2022 (SABTU) DI BENUT, PONTIAN, JOHOR

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 6 NOVEMBER 2021 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU), Cendawan Kukur @ Sisir harga pasaran antara Rm70-Rm100 sekilo. Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap).

Kursus Dan Taklimat Keusahawanan Cendawan Kepada Guru Serta Pelajar-Pelajar Di PDK Puteri Wangsa.

Taklimat Tanaman Cendawan & Praktikal membuat media cendawan, menyuntik benih serta penjagaan semasa tuai dan pemasaran kepada pelajar, guru-guru di PDK Puteri Wangsa, Johor Bahru. Program dengan kerjasama oleh Yayasan Darul Takzim & Iskandar Regional Development Authority (IRDA) untuk projek cendawan di PDK Puteri Wangsa. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk menjayakan program penanaman cendawan bersama Remaja OKU. Alhamdulillah ! #cendawantiramkelabu #cendawanjohor #bongkahcendawantiramkelabu #sifucendawan

Bongkah Cendawan Benih 60 Hari Ke Parit Sulong Batu Pahat.

Penghantaran 800 bongkah cendawan tiram kelabu benih 60 hari kepada Saudara Khai dari Parit Sulong, Batu Pahat. Ingin mendapatkan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 0137501589.

Gambar Peserta Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Di Pontian Johor Bulan Disember 2021

Kursus Tanaman Cendawan secara praktikal untuk bulan Disember 2021 semalam di ladang kami. Peserta paling jauh dari Perlis, Kelantan, Selangor dan Melaka. Semoga ilmu yang di berikan semalam memberi menafaat berguna buat kalian. Kursus seterusnya pada 29 Januari 2022 (Sabtu), segala pertanyaan boleh hubungi kami - 0137501589.

Wednesday, December 8, 2021

JUALAN BONGKAH CENDAWAN BENIH 45 HARI DAN BENIH 60 HARI DI PONTIAN, JOHOR.

Kami membekal bongkah cendawan untuk benih 45hari dan benih 60hari untuk cendawan tiram kelabu. Penghantaran ke seluruh semenanjung Malaysia di buat dengan kos perkhidmatan penghantaran. Harga bongkah cendawan hanya RM2.00 - RM2.50 sahaja, lokasi ladang kami di Pontian, Johor. Berminat sila hubungi kami - 0137501589 (Saiful).