Wednesday, January 5, 2022

DAFTAR SEGERA ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU & CENDAWAN KUKUR @ SISIR SECARA PRAKTIKAL PADA 29 JANUARI 2022 (SABTU) DI LADANG BERTEMPAT BENUT PONTIAN, JOHOR.

PENDAFTARAN KURSUS TANAMAN CENDAWAN PADA 29 JANUARI 2022 (SABTU) KINI DI BUKA. ANDA INGIN MENJADI USAHAWAN CENDAWAN DI BIMBING OLEH KAMI SECARA KONSEP MENTOR MANTEE DAN KURSUS DI JALANKAN SECARA 100% PRAKTIKAL DI LADANG KAMI BERTEMPAT BENUT PONTIAN, JOHOR. TERHAD KEPADA 20 PESERTA TERAWAL SAHAJA, AYUH BERTINDAK SEGERA DENGAN MENGHUBUNGI KAMI - 0137501589 (SAIFUL) ATAUPUN WHATSAP UNTUK SEGALA PERTANYAAN. PERTANIAN ADALAH KERJAYA !!!

Tuaian Cendawan Tiram Kelabu Hari Ini Di PDK Puteri Wangsa.

Hasil cendawan tiram kelabu dari PDK Puteri Wangsa yang di kongsikan oleh guru di sana. Hasil sebanyak 52KG tuaian semalam dan hari ini. Tahniah buat guru-guru & pelajar di PDK Puteri Wangsa. Insyallah minggu depan saya akan memantau perkembangan projek yang mendapat kerjasama dari IRDA dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim. Sesiapa yang nak mendapatkan cendawan tiram kelabu segar boleh hubungi - 0167776941 (Teacher). #cendawanpdkputeriwangsa #cendawanjohor

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke Kulai.

Penghantaran 110 bongkah Cendawan Tiram Kelabu ke Tadika Pintar As Soffiyah Kulai & 200 bongkah ke Bandar Putra Kulai sebentar tadi. Kepada sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan bongkah cendawan tiram kelabu & kukur boleh hubungi saya terus ataupun whatsap - 0137501589 (Saiful).

Perkongsian Keusahawanan Cendawan Bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)

Webinar Sembang Santai Pertanian Berasaskan Cendawan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) sebentar tadi. Terima kasih Urusetia program Saudari Arifah & Saudari Syazwani atas jemputan.#cendawanupm #cendawanjohor

Tuaian Cendawan Tiram Kelabu Kali Kedua Di KRT Pancasila Kulai.

Tuaian hasil cendawan hari kedua di KRT Pancasila Kulai pagi ini. Hasil pengeluaran yang sangat baik sekali. Pagi tadi menerima whatsap dari Ketua KRT Pancasila. Aktiviti Jawatankuasa Komuniti sedang memetik cendawan untuk jualan hari ini. Bongkah cendawan yang kami bekalkan sedang rancak mengeluarkan hasilnya. Inginkan cendawan tiram kelabu segar di sekitar Kulai & Senai boleh hubungi TUAN NASRI - 0197718287.

Hasil Cendawan Kukur Daripada Peserta Kursus Bulan Disember 2021 Di Ladang Kami.

Perkongsian hasil pengeluaran bongkah cendawan kukur dari peserta kursus cendawan kami Chan Chin Ren dari Melaka hari ini. Beliau merupakan peserta kursus cendawan pada bulan lepas. Insyallah kursus seterusnya pada bulan depan 29 Januari 2022 (Sabtu).

Memantau Projek Cendawan Di KRT Pancasila Kulai.

Menunjukan teknik menuai hasil cendawan kepada komuniti KRT Taman Pancasila A Senai JB pada 27 Disember 2021. Bongkah cendawan yang kami bekalkan bulan lepas telah mengeluarkan hasilnya. Hasil yang sangat baik sekali. Turut hadir ialah Tuan Nasri (Pengerusi KRT) serta jawatankuasa KRT. Tahniah !

Hasil Tuaian Pertama Dari Bongkah Cendawan Yang Kami Bekalkan Kepada PDK Puteri Wangsa.

Memantau projek cendawan di PDK Puteri Wangsa pada 27 Disember 2021. Guru-guru menuai hasil cendawan dari bongkah yang kami bekalkan. Alhamdulillah hasil tuaian kali pertama yang sangat baik, esok pun masih ada tuaian cendawan segar. Projek ini mendapat kerjasama daripada IRDA dan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim.