Thursday, September 29, 2022

Kursus Cendawan Secara Praktikal Pada 29 OKTOBER 2022 (Sabtu) Di Ladang Cendawan Bertempat Benut | Pontian | Johor. Yuk Daftarkan Diri !

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 29 OKTOBER 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Projek Cendawan Di Kemas Bukit Mewah, Johor Bharu.

Kerja fasa pertama penyedian tapak rumah cendawan di KEMAS Bukit Mewah, Johor Bharu oleh team Sifu Cendawan beberapa minggu lepas. Di amanahkan sebagai Penyedia Latihan Program Kesejahteraan Iskandar Malaysia (IM Makmur) di Tabika Kemas Bukit Mewah, Johor Bharu di beri tanggungjawab untuk menyelaras program tersebut kerjasama IRDA & KEMAS Negeri Johor. Moga di permudahkan ! #cendawanjohor #komuniticendawan #mentormanttecendawan

Kenangan bersama Selebriti Abang Bob Lokman Di Ladang Cendawan Kami. AL-FATIHAH Buat Allahyarham BOB LOKMAN.

Kenangan bersama Arwah Bob Lokman. Beliau pernah ke ladang kami di Benut beberapa tahun lepas dan saya sendiri pernah ke rumah beliau di Sungai Buloh, Selangor membuat penghantaran bongkah cendawan kukur. Beliau antara pengemar cendawan kukur. Al-Fatihah buat Mohd Hakim bin Lokman @ BOB LOKMAN. "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka." AMIN !!!

INOVASI CENDAWAN NANAS Menerima Anugerah EMAS Sempena Inovasi Teknologi Pertanian, Jabatan Pertanian Johor.

Menerima Anugerah EMAS Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor. Tajuk Inovasi Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan Daripada Sisa Nanas sebentar tadi. Di sampaikan oleh YB.Dato' Zahari bin Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor) bertempat Hotel Jen, Puteri Harbour, Iskandar Puteri. #inovasicendawan #cendawan

Gambar Peserta Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Di Ladang Cendawan, Benut Pontian Pada 26 September 2022

Penyampaian sijil penyertaan kursus tanaman cendawan secara praktikal di ladang kami sabtu lepas. Peserta kursus cendawan sedang membancuh media cendawan (habuk kayu getah, dedak & kapur pertanian) dan penyediakan media cendawan dengan memasukkan ke dalam plastik pp saiz 13x6. Antara kerja praktikal yang di lakukan sepanjang kursus sabtu lepas. Ilmu yang berguna buat yang hadir. Tahniah kepada semua ! Jumpa di kursus seterusnya pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) bulan hadapan. #kursuscendawan2022

Lawatan IPG Batu Pahat Ke Ladang Cendawan Kami Di Benut Pontian.

Lawatan Guru-guru, ibubapa & pelajar dari IPG Batu Pahat ke ladang cendawan kami di Benut, Pontian sebentar tadi. Aktiviti melawat ladang melihat pelbagai jenis cendawan selain bermain dengan Arnab baka minirex yang kami bela di belakang rumah cendawan. Terima kasih di atas lawatan sambil belajar.

Saturday, September 3, 2022

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 24 SEPTEMBER 2022 (SABTU) DI LADANG CENDAWAN BERTEMPAT BENUT PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 24 SEPTEMBER 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Gambar Peserta Kursus Cendawan Bulan OGOS 2022 Di Saifulam Agro Farm Benut, Pontian.

Peserta kursus cendawan bulan Ogos 2022 di Benut Pontian seramai 6 peserta. Peserta di ajar secara praktikal untuk membuat media cendawan, teknik kukusan, teknik suntikan benih cendawan & pemeraman, tuaian cendawan serta pemasaran yang berkesan. Tahniah yang hadir, insyallah kursus seterusnya pada 24 september 2022 ini.

Kejohanan Sepak Takraw 6 Penjuru Piala Sifu Cendawan Sempena Kemerdekaan Ke 65.

Kejohanan 6 Penjuru Sepak Takraw Piala Sifu Cendawan di Gelanggang Surau An Nur Parit Hassan | Benut malam ini. Program sempena bulan kemerdekaan ke 65. Meraikan anak-anak muda kampung dengan acara sukan di malam ambang kemerdekaan. Tahniah kepada para pemain dan pemenang. #Merdeka #sepaktakraw

PENGHANTARAN 15,000 BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU DI KAMPUNG ASAM KUMBANG , BENUT.

Penghantaran keseluruhan sebanyak 15,000 bongkah cendawan tiram kelabu buat Saudara Fairus dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Pontian beberapa hari lepas. Minggu ini sudah menuai hasil cendawan segar dan mula di jual. Kepada yang nak mendapatkan cendawan segar dari ladang boleh hubungi Saudara Fairus - 0127501985.

Kami Di Sepanjang Konvensyen HPPNK 2022 & MAHA 2022

Di Majlis Konvensyen Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Kebangsaan 2022 di Dewan Merdeka World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur sempena MAHA2022 tempohari. Perasmian di sempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Menteri Pertanian & Industri Makanan). Wakil usahawan di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor seramai 3 orang dan seorang pegawai pengiring. Bersama sahabat-sahabat Usahawan & pegawai pengiring hampir 300 peserta di Konvensyen Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2022 sempena MAHA. Sahabat dari kiri - - Tuan Mie (Pegawai LPP Kelantan) - Owner Murtabak Raja dari Kelantan - Tuan Abd Manan Ismail (Pelakon & Owner Tart Nanas - Kahfy) - Sdr Faizul (Usahawan Nanas) dari Johor - Tuan Akma (Usahawan Pelam Harum Manis) dari Perlis. Kami membentangkan Resolusi dari Usahawan untuk di serahkan kepada Perdana Menteri Malaysia tempohari di Tapak MAHA 2022 Maeps Serdang. Turut bersama Pengarah LPP Johor Dato Syawalludin, Penyanyi Tersohor Malaysia Amy Search dan bersama Saudara Fitri yang merupakan usahawan cendawan di Pasir Gudang, anak murid kami dalam keusahawanan cendawan. Beliau berniaga keropok lekor di bawah FAMA selama hampir 2 minggu sepanjang MAHA 2022. Tahniah anak muda 💪👍🍄🔥