Monday, December 18, 2023

Inovasi Cendawan Mengunakan Habuk Buloh Menang Silver Award.

SILVER AWARD 🥈🥈🥈 Menang Silver Award untuk Inovasi Cendawan Tiram Kelabu mengunakan Buloh ( i-Ritech2023 ) Kolaborasi bersama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) TS. Shaiful Rizal Bin Masrol (Pensyarah) & Muhamad Syazwan (Mahasiswa) serta saya sebagai Usahawan. Alhamdulillah, dapat menyumbang idea dan kerjasama dari saya sendiri Bekas Staf UTHM (8 tahun perkhidmatan). UTHM di hati 👍💪. #uthm #UTHMJohor #sifucendawan

Inovasi Bongkah Cendawan dari Habuk Jerami Padi.

Ini antara bongkah cendawan yang mengunakan media dari habuk jerami padi dengan kerjasama dari Mahasiswa UTHM, Saudara Syahmi. Alhamdulillah misiliam cendawan sedang berjalan pada semua bongkah. Percubaan 100% habuk jerami, 75% habuk jerami dengan campuran 25% habuk getah dan 50% habuk jerami dengan campur 50% habuk kayu getah. Insyallah dalam sebulan lagi kita akan tengok hasil pengeluaran cendawannya. Ini antara inovasi yang cuba di buat selepas berjaya menghasilkan media cendawan dari Sisa Nanas & Habuk buluh Betong. Pertanian adalah perniagaan ! Moga di permudahkan. #inovasicendawan #projekcendawan #usahawan #cendawan

Sunday, December 17, 2023

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 20 JANUARI 2024 (SABTU) DI BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 20 JANUARI 2024 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful Amri) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2024 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Kisah Kami (SIFU CENDAWAN) - Inovasi Cendawan Mengunakan Sisa Nanas Di Akhbar Berita Harian.

Kisah saya dengan Inovasi cendawan mengunakan sisa Nanas di akhbar Berita Harian beberapa lepas. Terima kasih Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Pejabat Pertanian Daerah Pontian, PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN BENUT, Jabatan Pertanian Negeri Johor serta Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia yang banyak membantu dan membimbing kami selama ini. #cendawannanas #inovasi #beritaharian #sifucendawan

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Di Benut.

Penghantaran 2000 bongkah cendawan tiram kelabu ke Kampung Permatang Sepam, Benut minggu lepas. Alhamdulillah kini memulakan tambahan projek di bawah agensi kerajaan, selain itu beliau turut mengusahakan ternakan Ayam Kampung. Pertanyaan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 013 7501589 (Saiful) Lokasi ladang kami di Benut Pontian, Johor. Semoga berjaya ! #bongkahcendawan #pembekalbongkahcendawan #cendawanjohor

Membantu Mahasiswa Dari UTHM Menyiapkan Projek Semester Akhir.

Membantu Saudara Syahmi & Aiffan dari Fakulti Kejuruteraan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) bagi menyiapkan projek semester akhir mereka di ladang kami minggu lepas. Mengunakan habuk dari jerami padi untuk di jadikan media cendawan. Semoga di permudahkan. #UTHMJohor #uthm #sifucendawan

Penghantaran Steamer ke Felda Pengeli, Kluang semalam.

Penghantaran Steamer (Pengukus Bongkah Cendawan) ke Felda Pengeli, Kluang semalam. Steamer second hand yang saya beli beberapa bulan lepas tetapi belum pernah di gunakan.Muatan anggaran 700 bongkah cendawan, besi tebal dan masih keadaan baik. Jual sebab akan menerima steamer kedua yang saiz lebih besar anggaran kapasiti kukusan 1500bongkah cendawan insyallah dalam masa terdekat ini. Insyallah seminggu dua ini akan membuat kerja naik taraf di ladang iaitu membina tempat proses bongkah cendawan dengan bumbung lebih tinggi mengunakan besi mengantikan tempat proses lama yang mengunakan kayu. Akhir bulan ini akan membuat Cafe untuk pelbagai menu cendawan & awal tahun depan akan naik taraf kawasan bagi mewujudkan pusat Agrotourism komuniti di kampung. Moga di permudahkan.