Sunday, December 20, 2020

DAFTAR SEGERA ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN PADA 30 JANUARI 2021 (SABTU) DI BENUT PONTIAN, JOHOR.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 30 Januari 2021 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Temubual Keusahawanan Cendawan Bersama Pelajar UPM.

Di temubual mengunakan Google Meet oleh Pelajar tahun ke-3 di bawah program Bachelor Pendidikan Sains Pertanian dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 29 November 2020. Membantu untuk tugasan bagi subjek keusahawanan dan perniagaan bagi semester ini. Berkongsi cerita tentang kerjaya dalam bidang keusahawanan tanaman cendawan. Pertanian sebagai kerjaya !

Gambar Peserta Kursus Cendawan Pada November 2020 Di Benut Pontian.

Penyampaian sijil penyertaan kursus tanaman cendawan kepada peserta yang hadir pada 21 November 2020. 3 peserta dari Kelantan dan yang lain sekitar daerah Johor. Tahniah kepada anda semua !

Hasil Cendawan Daripada Bongkah Yang Kami Bekalkan Kepada Mantan Pengerusi Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP).

Baru-baru ini membekalkan 500 bongkah cendawan buat Mantan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP) Datuk Mazlan Aliman di Felda Bukit Ramun. Alhamdulillah bongkah sudah matang dan keluar sendiri di penutup kecil. Selepas ini boleh bukak penutupnya untuk menuai hasil pertama. Projek di usahakan oleh isteri dan keluarganya. Insyallah tempahan kali kedua pada minggu depan sebanyak 1000 bongkah lagi. Berminat mendapatkan Bongkah Cendawan sekitar Johor boleh hubungi kami - 0137501589.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Perling Johor Bharu.

Membuat penghantaran kali kedua 500bongkah cendawan di Perling Johor Bharu pada 16 Disember 2020. Kali pertama yang di hantar sebanyak 500 bongkah telah di tuai hasil kali pertama sebanyak 30kg hari ini. Teruja dengan hasil yang banyak mereka menambah bongkah hari ini. Kepada yang ingin mendapatkan Bongkah cendawan daripada kami. Boleh hubungi - 0137501589.

Bertemu Usahawan Cendawan Di Pekan Pahang.

Bertemu Tuan Mokhtar di ladang cendawannya bertempat Pekan Pahang jumaat lepas. Beliau merupakan peserta kursus saya pada tahun 2017, kini merupakan usahawan cendawan yang berjaya di Negeri Pahang. Tahniah !

Friday, November 13, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 12 DISEMBER 2020 (SABTU).

Bersama - SIFU CENDAWAN - Di Pontian, Johor. Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 24 OKTOBER 2020 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm14.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/.

Beri latihan untuk tarik lebih ramai petani muda Sentimen sama turut dikongsi oleh usahawan pertanian di Johor.

[ Video Penuh ] Astro Awani. Belanjawan 2020: Beri latihan untuk tarik lebih ramai petani muda Sentimen sama turut dikongsi oleh usahawan pertanian di Johor. Usahawan cendawan, Noorsaiful Amri Suloh berkata, program latihan atau mentor-mentee penting untuk menarik minat golongan muda untuk menceburi pertanian. #Astroawani #cendawanjohor #sifucendawan https://www.astroawani.com/video-malaysia/belanjawan-2020-beri-latihan-untuk-tarik-lebih-ramai-petani-muda-1874533?fbclid=IwAR3FR6H-4HKIUnX2nZppYkZNJWLsJ-MWMXlArDavRPIV5DEsEeBfoJwYkMw

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Ukay Indah Selangor.

Selesai membuat penghantaran bongkah cendawan ke Kebun Komuniti Pangsapuri Sungai Sering, Ukay Indah Selangor minggu lepas. Terima kasih atas tempahan yang di buat. Semoga projek akan terus sukses dan maju. Tahniah !

Terima kasih Astro Awani atas temubual sempena Belanjawan 2021 untuk usahawan tani muda !

Terima kasih Astro Awani atas temubual sempena Belanjawan 2021 untuk usahawan tani muda !

Lawatan Dari UTM Skudai & Team Media Ke Ladang Cendawan Kami.

Terima kasih Dr Robiah & Team dari UTM Skudai serta media ke ladang cendawan kami yang memperkenalkan produk Komuniti Kampung kami.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Mount Austin Johor Bharu.

Penghantaraan kali kedua untuk Encik Karim dari Mount Austin Johor Bharu minggu lepaa sebanyak 500bongkah. Beliau merupakan bekas staf di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) kini menjalankan projek cendawan di tepi kediaman rumahnya. Hasil pertama telah di tuai untuk bongkah ambilan kali pertama. Semoga berjaya !

PENGHANTARAN BONGKAH CENDAWAN KE KOTA TINGGI

Penghantaran kali kedua 500bongkah cendawan ke Felda Air Tawar 2 Kota Tinggi minggu lepas. Berminat mendapatkan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 0137501589 ataupun whatsap. Penghantaran di sediakan seluruh semenanjung Malaysia. #bongkahcendawanjohor

Sunday, October 4, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 24 OKTOBER 2020 (SABTU). Bersama - SIFU CENDAWAN - Di Pontian, Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 24 OKTOBER 2020 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm14.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Penyampaian Sijil Kepada Para Peserta Kursus Cendawan Bulan September 2020.

Menyampaikan sijil penyertaan kursus tanaman cendawan bertempat di ladang cendawan Benut Pontian kepada 12 peserta. Kehadiran 4 peserta dari Selangor dan 8 peserta sekitar daerah-daerah di Johor. Semoga ilmu yang di berikan akan memberi menafaat yang berguna buat kalian. Tahniah ! Kursus seterusnya pada 24 Oktober 2020, berminat sila hubungi kami - 0137501589.

Berjumpa Mantan Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (LPP Johor) Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Bukhairah di Masjid Sultan Abu Bakar JB.

Minggu lepas usai solat zuhur berjumpa dan bertanya khabar dengan Mantan Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (LPP Johor) Tuan Haji Abdul Jalil bin Haji Bukhairah di Masjid Sultan Abu Bakar. Beliau banyak memberi motivasi semangat dan sokongan kepada saya semasa beliau menjadi Pengarah LPP Johor.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Ukay Indah Ampang, Selangor.

Penghantaran bongkah bongkah cendawan ke Pangsapuri Ukay Indah Ampang Selangor untuk projek Kebun Komuniti beberapa minggu lepas. Tempahan telah di buat kali kedua dari Tuan Zafer dan isteri. Projek di buat bertempat kawasan Kebun Komuniti para penduduk di situ. Selain menjalankan projek cendawan mereka menternak ikan keli, tanaman bayam brazil, tanaman daun kesum, kunyit, Sireh dan banyak lagi untuk jualan di komuniti mereka. Tahniah ! Berminat mendapatkan bongkah cendawan berkualiti sila hubungi kami - 0137501589. Penghantaran sekitar Johor dan semenanjung Malaysia.

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Johor Bharu.

Membuat penghantaran bongkah cendawan ke Taman Mount Austin JB sebentar tadi. Tempahan sebanyak 1000 bongkah cendawan olen Encik Karim. Beliau pernah berkhidmat di Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) bertempat ladang Bukit Bujang. Alhamdulillah percubaan buat kali pertama sebelum menambah bongkah selepas ini. Semoga berjaya ! Ingin mendapatkan bongkah cendawan area Johor dan Semenanjung Malaysia sila hubungi kami - 0137501589.

TERUS BERUSAHA DAN BERJAYA ( SIFU CENDAWAN ).

Anda tanyalah kepada mana-mana usahawan yang berjaya sekalipun, mereka pasti akan menjawab bahawa jika ingin berjaya, semangat dan daya usaha mestilah seiring dan jangan sekali-kali berputus asa. Peniaga kecil khususnya yang cepat tewas dengan ujian dan kegagalan yang melanda perniagaan mereka akan menyebabkan mereka terus gagal. Berbeza dengan mereka yang mempunyai kecekalan dan mentaliti yang kuat, kegagalan yang menimpa diibaratkan sebagai satu cabaran untuk mereka terus berusaha dan berjaya. Jatuh bangun dalam perniagaan itu perkara biasa, yang penting kita BANGKIT & terus BANGKIT !!! #sifucendawan #cendawanjohor

LAWATAN KRT JALAN MERANTI JOHOR BHARU DI LADANG CENDAWAN KAMI.

Lawatan sambil belajar ke ladang cendawan kami di Benut Pontian oleh Biro Ekonomi KRT Jalan Meranti pada 26 September 2020. Kami turut menghidangkan jamuan menu cendawan untuk lawatan ini. Berminat untuk lawatan oleh komuniti sila hubungi kami - 0137501589.

Monday, September 7, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 26 SEPTEMBER 2020 (SABTU). Bersama - SIFU CENDAWAN - Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 26 SEPTEMBER 2020 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm14.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Penyampaian Sijil Kepada Peserta Kursus Cendawan Bulan Ogos 2020

Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus Tanaman Cendawan secara praktikal di ladang cendawan kami bertempat Benut Pontian hari ini. Kehadiran para peserta cendawan dari Kodiang Kedah, Kampar Perak, Hulu Selangor, Bera Pahang, Melaka dan beberapa daerah sekitar Johor. Semoga ilmu yang di berikan akan memberi menafaat yang berguna buat anda. Di harap dapat menafaatkan segala pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan secara teori dan praktikal. Insyallah kursus seterusnya pada 26 September 2020 (Sabtu) di Benut Pontian. Berminat menyertai kursus kami boleh hubungi ataupun whatsap - 0137501589 (Saiful Amri) untuk sebarang pertanyaan lanjut. Moga ramai yang akan menceburkan diri dalam bidang pertanian serta menjadikan sebagai kerjaya. Tahniah semua !

Taklimat Potensi Tanaman Cendawan Di Beletime Danga Bay Johor Bharu

Perasmian kursus potensi tanaman & penjagaan bongkah cendawan oleh Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin (Perdana Menteri), Puan Hajah Azlinda Abd Latif di Beletime Danga Bay Johor Bharu. Di amanah untuk memberikan perkongsian teknik penjagaan serta potensi tanamam secara komersial ataupun part time. Terima pihak urusetia yang menjemput saya sebagai penceramah.

Lawatan Ke Projek Cendawan Mama Cendawan Di Marang Terengganu

Bersama team Ngo Gerak Tani melawat projek cendawan Usahawanita hebat, Puan Wan Naimah @ Mama Cendawan di Marang Terengganu sebentar tadi. Terima kasih atas layanan dan perkongsian kisah cendawan kepada Team Gerak Tani yang di ketuai oleh Saudara Saiful (Setiausaha merangkap Ketua Kluster Cendawan), Saudara Faizul & Wak Selamat (Kluster Nanas), Tok Roslan (Usahawan Kenaf & Fertigasi) serta Tok Ambok (Usahawan Peruncitan). Pelbagai produk hiliran yang beliau usahakan antaranya sos cendawan & tepung cendawan selain projek cendawan. Semoga projek akan terus berkembang maju serta berjaya mewujudkan pusat Agro Pelancongan di ladang cendawan suatu hari nanti. Pertanian sebagai kerjaya !

Melawat Projek Cendawan Adik Ipar Di Kuala Terengganu.

Tahniah buat adik iparku atas kejayaan anda mengusahakan cendawan di Kuala Terengganu. Pengalaman berharga semasa berkerja dengan saya selama 3 tahun. Bangga atas kejayaan serta kerja kuat selama ini. Pertanian sebagai kerjaya !

Lawatan Ke Projek Cendawan Mr Nada Di Cameron Highlands

Melawat projek tanaman cendawan oleh Tuan Nada di Ringlet Cameron Highlands semalam. Beliau telah memulakan projek beberapa bulan lepas dengan kapasiti muatan sebanyak 50,000 bongkah cendawan untuk permulaan. Selain projek cendawan beliau menjalankan projek tanaman sawi jepun dan kedai makan. Permintaan yang sangat baik untuk pasaran cendawan di sekitar Cameron Highlands ujarnya. Beliau bercadang akan membesarkan projek ini dan menambah beberapa jenis cendawan lain seperti Tiram Putih & Telinga Kera (Black Jally). Terima kasih Tuan Nada menerima kehadiran kami dan usahawan dari NGO Gerak Tani, banyak perkara yang beliau kongsikan yang boleh kami menguna pakai sistem dan teknik yang beliau gunakan. Semoga projek beliau akan terus berkembang maju.

Wednesday, August 26, 2020

Penghantaran 1000bongkah cendawan ke Muar.

Penghantaran 1000bongkah cendawan ke Muar.

Tuesday, July 21, 2020

Jom Daftar Segera !!! Kursus Penanaman Cendawan 22 OGOS 2020 (SABTU). Bersama - SIFU CENDAWAN - Di Benut,Pontian,Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 22 OGOS 2020 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm14.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Facebook kami SIFU CENDAWAN ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah " LIKE PAGE FB KAMI : (Sifu Cendawan) - https://www.facebook.com/ProjekCendawanPontianSaifulamAgroFarm/

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Membuat penghantaran 580bongkah cendawan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai sebentar tadi untuk fasa pertama. Tempahan sebanyak 1000bongkah cendawan yang di buat di bawah koperasi UTM. Baki 480 bongkah akan di hantar pada hari esok. Untuk tempahan bongkah cendawan boleh hubungi kami - 0137501589. Penghantaran di sediakan. #cendawanjohor #bongkahcendawan

Penghantaran Bongkah Cendawan Di SMK Bandar Seri Alam Pasir Gudang.

Bersama guru-guru SMK Bandar Seri Alam Pasir Gudang seusai penghantaran bongkah cendawan semalam. Tahniah !

Kursus Cendawan Bulan Julai 2020 Di Pontian Johor.

Penyampaian sijil peserta kursus tanaman cendawan pada hari ini (11 Julai 2020) kepada 27 peserta keseluruhannya di Benut Pontian Johor. Tanniah kepada anda semua ! #sifucendawan