Saturday, October 16, 2021

DAFTAR SEGERA - KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 6 NOVEMBER 2021 (SABTU) DI BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 6 NOVEMBER 2021 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Penghantaran 6000 bongkah cendawan kepada usahawan bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan Benut, Saudara Faiz.

Penghantaran sebanyak 6000 bongkah cendawan tiram kepada Saudara Faiz Irsyadi Bin Sozani dari Kampung Jambi, Benut, Pontian, Johor. Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami beberapa tahun yang lepas. Merupakan ahli Peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan Benut. Saudara Faiz menerima geran khas dari PPK Kawasan Benut untuk 6000 Bongkah Cendawan. Merupakan anak muda yang didikasi dan bersemangat dalam projek pertanian khusus tanaman cendawan. Terima kasih PPK Benut yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk membekalkan bongkah cendawan kepada usahawan. Semoga berjaya anak muda ! #ppkbenut #LPPJohor #Peladangmuda

Terima kasih TV 3 atas liputan projek Cendawan saya di Benut Pontian, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi perhargaan kepada Jabatan Pertanian Malaysia, Pejabat Pertanian Pontian, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di atas kerjasama, sokongan serta bimbingan berterusan selama ini. Pertanian adalah kerjaya ! #tv3 #bulitenpagitv3