Thursday, December 22, 2022

AYUH DAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG CENDAWAN PADA 28 JANUARI 2023 (SABTU) DI BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 28 JANUARI 2023 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 0137501589 (Saiful) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSCENDAWAN2023 #KURSUSCENDAWANJOHOR #SIFUCENDAWAN #USAHAWANTANI

Lawatan Ke Ladang Cendawan Oleh Ketua-Ketua Kampung Mukim Peserai, Batu Pahat.

Lawatan oleh Ketua-ketua kampung Mukim Peserai, Batu Pahat ke ladang cendawan kami di Kampung Parit Hassan Benut, Pontian di ketuai oleh Penghulu Mukim, Tok Mohd Afiq Selamat. #mukimperserai

Penghantaran 1000 Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke Felda Nitar 1 Mersing

Penghantaran 1000bongkah cendawan kepada Saudara Azrin & Isterinya, Nursakinah di Felda Nitar 1 Mersing pagi tadi. Beliau merupakan peserta kursus kami, semoga berjaya. Kepada yang nak mendapatkan bongkah cendawan matang ataupun separuh matang boleh hubungi kami +60 13-750 1589 (Saiful). #kursuscendawanjanuari2023 #kursuscendawan2023

Mengadakan Lawatan Kerja Pejabat Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup.

Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat Pertubuhan Gerak Tani ke Pejabat YB Datuk Seri Salahudin Ayob (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) di Putrajaya minggu lepas. Menyerahkan memorandum cadangan 14 perkara kepada KPDNSH khususnya menangani kos sara hidup.

Gambar Kursus Cendawan 17 Disember 2022 (Sabtu) Secara Praktikal

Memberikan kursus cendawan secara praktikal di ladang kami pagi hingg tengahari. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian. Tahniah semua ! #sifucendawan #cendawan #mushroom

Thursday, December 1, 2022

Membantu Projek Semester Akhir Pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Untuk Produk Pengunaan Habuk Buluh Betong Dalam Projek Cendawan.

Saudara Mohd Syazwan pelajar Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh hadir ke ladang kami untuk menyiapkan projek semester akhir untuk produk pengunaan habuk buluh betong dalam projek cendawan petang ini.

AYUH MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU SECARA PRAKTIKAL PADA 17 DISEMBER 2022 (SABTU) DI BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 17 DISEMBER 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Monday, November 14, 2022

Kerja di ladang pagi ini.

Kerja-kerja di ladang pagi ini mengaul media cendawan.

Hasil Cendawan Dari Ladang Kami Saifulam Agro Farm.

Hasil cendawan tiram kelabu di ladang kami pagi ini. Segar dari ladang ! Lokasi : Kampung Parit Hassan | Benut Pontian. Berminat boleh hubungi kami - 0137501589.

Thursday, September 29, 2022

Kursus Cendawan Secara Praktikal Pada 29 OKTOBER 2022 (Sabtu) Di Ladang Cendawan Bertempat Benut | Pontian | Johor. Yuk Daftarkan Diri !

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 29 OKTOBER 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Projek Cendawan Di Kemas Bukit Mewah, Johor Bharu.

Kerja fasa pertama penyedian tapak rumah cendawan di KEMAS Bukit Mewah, Johor Bharu oleh team Sifu Cendawan beberapa minggu lepas. Di amanahkan sebagai Penyedia Latihan Program Kesejahteraan Iskandar Malaysia (IM Makmur) di Tabika Kemas Bukit Mewah, Johor Bharu di beri tanggungjawab untuk menyelaras program tersebut kerjasama IRDA & KEMAS Negeri Johor. Moga di permudahkan ! #cendawanjohor #komuniticendawan #mentormanttecendawan

Kenangan bersama Selebriti Abang Bob Lokman Di Ladang Cendawan Kami. AL-FATIHAH Buat Allahyarham BOB LOKMAN.

Kenangan bersama Arwah Bob Lokman. Beliau pernah ke ladang kami di Benut beberapa tahun lepas dan saya sendiri pernah ke rumah beliau di Sungai Buloh, Selangor membuat penghantaran bongkah cendawan kukur. Beliau antara pengemar cendawan kukur. Al-Fatihah buat Mohd Hakim bin Lokman @ BOB LOKMAN. "Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia. Dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkan, serta suami yang lebih baik dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnah nya, dan dari siksa api neraka." AMIN !!!

INOVASI CENDAWAN NANAS Menerima Anugerah EMAS Sempena Inovasi Teknologi Pertanian, Jabatan Pertanian Johor.

Menerima Anugerah EMAS Inovasi Teknologi Pertanian Jabatan Pertanian Negeri Johor. Tajuk Inovasi Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan Daripada Sisa Nanas sebentar tadi. Di sampaikan oleh YB.Dato' Zahari bin Sarip (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor) bertempat Hotel Jen, Puteri Harbour, Iskandar Puteri. #inovasicendawan #cendawan

Gambar Peserta Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Di Ladang Cendawan, Benut Pontian Pada 26 September 2022

Penyampaian sijil penyertaan kursus tanaman cendawan secara praktikal di ladang kami sabtu lepas. Peserta kursus cendawan sedang membancuh media cendawan (habuk kayu getah, dedak & kapur pertanian) dan penyediakan media cendawan dengan memasukkan ke dalam plastik pp saiz 13x6. Antara kerja praktikal yang di lakukan sepanjang kursus sabtu lepas. Ilmu yang berguna buat yang hadir. Tahniah kepada semua ! Jumpa di kursus seterusnya pada 29 Oktober 2022 (Sabtu) bulan hadapan. #kursuscendawan2022

Lawatan IPG Batu Pahat Ke Ladang Cendawan Kami Di Benut Pontian.

Lawatan Guru-guru, ibubapa & pelajar dari IPG Batu Pahat ke ladang cendawan kami di Benut, Pontian sebentar tadi. Aktiviti melawat ladang melihat pelbagai jenis cendawan selain bermain dengan Arnab baka minirex yang kami bela di belakang rumah cendawan. Terima kasih di atas lawatan sambil belajar.

Saturday, September 3, 2022

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 24 SEPTEMBER 2022 (SABTU) DI LADANG CENDAWAN BERTEMPAT BENUT PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 24 SEPTEMBER 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Gambar Peserta Kursus Cendawan Bulan OGOS 2022 Di Saifulam Agro Farm Benut, Pontian.

Peserta kursus cendawan bulan Ogos 2022 di Benut Pontian seramai 6 peserta. Peserta di ajar secara praktikal untuk membuat media cendawan, teknik kukusan, teknik suntikan benih cendawan & pemeraman, tuaian cendawan serta pemasaran yang berkesan. Tahniah yang hadir, insyallah kursus seterusnya pada 24 september 2022 ini.

Kejohanan Sepak Takraw 6 Penjuru Piala Sifu Cendawan Sempena Kemerdekaan Ke 65.

Kejohanan 6 Penjuru Sepak Takraw Piala Sifu Cendawan di Gelanggang Surau An Nur Parit Hassan | Benut malam ini. Program sempena bulan kemerdekaan ke 65. Meraikan anak-anak muda kampung dengan acara sukan di malam ambang kemerdekaan. Tahniah kepada para pemain dan pemenang. #Merdeka #sepaktakraw

PENGHANTARAN 15,000 BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU DI KAMPUNG ASAM KUMBANG , BENUT.

Penghantaran keseluruhan sebanyak 15,000 bongkah cendawan tiram kelabu buat Saudara Fairus dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Pontian beberapa hari lepas. Minggu ini sudah menuai hasil cendawan segar dan mula di jual. Kepada yang nak mendapatkan cendawan segar dari ladang boleh hubungi Saudara Fairus - 0127501985.

Kami Di Sepanjang Konvensyen HPPNK 2022 & MAHA 2022

Di Majlis Konvensyen Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Kebangsaan 2022 di Dewan Merdeka World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur sempena MAHA2022 tempohari. Perasmian di sempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (Menteri Pertanian & Industri Makanan). Wakil usahawan di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Johor seramai 3 orang dan seorang pegawai pengiring. Bersama sahabat-sahabat Usahawan & pegawai pengiring hampir 300 peserta di Konvensyen Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2022 sempena MAHA. Sahabat dari kiri - - Tuan Mie (Pegawai LPP Kelantan) - Owner Murtabak Raja dari Kelantan - Tuan Abd Manan Ismail (Pelakon & Owner Tart Nanas - Kahfy) - Sdr Faizul (Usahawan Nanas) dari Johor - Tuan Akma (Usahawan Pelam Harum Manis) dari Perlis. Kami membentangkan Resolusi dari Usahawan untuk di serahkan kepada Perdana Menteri Malaysia tempohari di Tapak MAHA 2022 Maeps Serdang. Turut bersama Pengarah LPP Johor Dato Syawalludin, Penyanyi Tersohor Malaysia Amy Search dan bersama Saudara Fitri yang merupakan usahawan cendawan di Pasir Gudang, anak murid kami dalam keusahawanan cendawan. Beliau berniaga keropok lekor di bawah FAMA selama hampir 2 minggu sepanjang MAHA 2022. Tahniah anak muda 💪👍🍄🔥

Monday, August 1, 2022

DAFTAR SEGARA ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 27 OGOS 2022 (SABTU) DI LADANG CENDAWAN BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 27 OGOS 2022 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

CENDAWAN NANAS Mendapat Kedudukan EMAS Di Pembentangan Inovasi Petani Anjuran Jabatan Pertanian Johor.

Alhamdulillah pembentangan Inovasi Petani bagi produk Pra-Pengkomersialan Medium Tanaman Cendawan dari sisa Nanas mendapat kedudukan EMAS (Pertama) Jabatan Pertanian Negeri Johor. Jumpa kami di MAHA 2022 bulan Ogos ini ! #cendawannanas #maha2022 #cendawan #sifucendawan

Di Road To Maha Johor 2022 Di Plaza Angsana Johor Bharu.

Bersama Tuan Mokthar @ Siffu Mushroom di booth beliau dR.Kulat's sempena program Road To Maha 2022 bertempat Plaza Angsana JB. Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami pada tahun 2017. Projek keusahawanan beliau terus berkembang maju bukan hanya jualan dari cendawan segar dan bongkah cendawan. Kini menghasilkan produk hiliran daripada cendawan. Tahniah sahabatku 👍💪🔥. Moga terus maju ! #maha2022 #roadtomaha

Bongkah Cendawan Expired Masih Keluarkan Hasil Cendawan Tiram Kelabu.

Bongkah cendawan dah usia lebih 9 bulan dan dah expired masa untuk buang sahaja. Rezeki 3 - 4 hari ini musim hujan di Benut. Cendawan keluar lain macam dari bongkah yang nak di buang. Alhamdulillah ! #cendawanjohor #cendawantiramkelabu