Wednesday, October 27, 2010

Projek tanaman cendawan mampu lahir usahawan ( Berita Harian 28/10/2010 )

Oleh Zanariah Abd Mutalib

zanariah@bharian.com.my
2010/10/28

Kerajaan berusaha promosi produk ke pasaran luar negara

KUALA LUMPUR: Peluang perniagaan dalam projek penanaman cendawan yang digariskan di bawah projek permulaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diharap membantu lebih ramai pengusaha mengembangkan perusahaan mereka, selain melahirkan usahawan baru dalam sektor itu.

Pengurus Fatisha Agro Farm, Rusila Yusof, 29, berkata selain bantuan geran permulaan, kerajaan juga perlu membantu mempromosikan hasil pertanian dan produk mereka supaya dapat dihantar ke pasaran luar negara.
“Masalah besar yang dihadapi pengusaha seperti saya adalah kurangnya promosi dan diharap melalui ETP akan membantu pengusaha sama ada yang sedia ada atau baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini.

“Saya mempunyai perancangan besar dalam bidang ini dan berharap dapat berkembang kerana permintaan bagi tanaman ini dari seluruh negara sangat menggalakkan,” katanya yang sudah mengusahakan ladang cendawan tiram menggunakan kaedah penghasilan benih melalui tisu kultur di kawasan seluas 0.8 ekar di Kemaman, Terengganu lebih tiga tahun.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 60 peluang perniagaan di bawah ETP dengan salah satunya adalah projek cendawan yang dijangka menyumbang Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah RM57 bilion menjelang 2020, selain mewujudkan 1,293 peluang pekerjaan.

Rusila yang memiliki ijazah dan sarjana dalam bidang kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, keputusannya menceburi perusahaan cendawan memuaskan kerana pendapatan yang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.
Beliau kini sedang berusaha membuka sebuah lagi ladang di kawasan berdekatan berkeluasan 0.4 hektar yang dijangka menghasilkan pendapatan berganda dalam tempoh dua bulan.

Malah untuk memastikan kelangsungan perusahaannya, beliau juga membuka sebuah restoran berasaskan menu cendawan yang memberi pulangan sehingga RM3,000 setiap hari, selain turut menganjurkan kursus dan memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berminat dalam bidang itu.

“Saya menasihatkan kepada mereka yang mahu menceburi bidang ini supaya tidak ragu-ragu untuk memulakannya kerana ia mampu meningkatkan taraf ekonomi dan mereka juga harus bijak mempelbagaikan hasil tanaman untuk dijadikan produk hiliran,” katanya.

“Malah, saya juga sudah memulakan usaha untuk membuka sebuah kedai perusahaan dengan sebahagian modal bantuan adalah daripada Tabung IKS (industri kecil dan sederhana) berjumlah RM25,000 untuk memasarkan produk seperti sos, popia dan serunding berasaskan cendawan,” katanya.

Tuesday, October 19, 2010

Pengambilan Pelajar LI Di Saifulam Agro Farm

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Besar.Segala perancangan dan pembesaran kawasan projek hampir siap 65%.Insyallah akan beroperasi sepenuhnya semula pada Isnin ini 25/10/2010.Minggu ini hampir 5-6 orang kumpulan para pelajar dari Ipta dan Ipts yang menelefon bertanyakan tentang Latihan Indusri ( LI ) yang syarikat kami tawarkan.Untuk menjawab segala pertanyaan itu saya ingin nyatakan syarat-syarat yang kami berikan adalah jika beliau berdekatan dengar Farm kami sekitar Pontian,Batu Pahat dan Simpang Renggam.Para pelajar tersebut boleh menjalankan tanpa berkumpulan dalam erti kata untuk LI seorang pun boleh jika ia berdekatan dan kami tidak menyediakan tempat tinggal.Bagi di luar kawasan tersebut ataupun luar dari Johor.Kami mengalakkan mereka memohon secara berkelompok antara 4-6 orang pelajar ataupun lebih.Kemudahan kami akan sediakan untuk pelajar yang ingin menjalankan LI secara kelompok tanpa bayaran sewaan.Selain itu syarikat kami juga akan memberikan elaun kepada pelajar-pelajar yang ingin menjalankan LI.

Untuk pengetahuan semua,Saifulam Agro Farm merupakan projek pertanian yang menjalankan penanaman cendawan tiram kelabu dan cendawan black jally.Kapasiti bongkah cendawan dalam 45,000 dan pengeluaran harian adalah dalam 50kg sehari.Selain menjual produk cendawan mentah,menjual bongkah matang dan separa matang.Kami juga menjalankan kursus asas tanaman cendawan tiram kelabu secara bulanan.Oleh yang demikian,kami amat mengalakkan para pelajar yang berminat untuk menjalankan LI di syarikat kami dengan bermatlamat mereka akan menambahkan ilmu selain membantu kami memberikan idea-idea terbaik untuk memajukan syarikat ini.

Monday, October 11, 2010

Kerja Pembinaan Di Mulakan

Alhamdulillah semalam kerja-kerja pembinaan untuk membina bilik suntik baru yang besar dan selesa telah di jalankan.Selain bilik suntik baru,kami juga akan melakukan sedikit pembesaran pondok cendawan.Pondok yang lama bersaiz antara 20x15 dan beratap nipah kami akan menukar kepada saiz lebih besar iaitu 30x15 dan menukar kepada Alur Zink kerana ia lebih efektif untuk jangka masa panjang.Di jangka siap selewat-lewatnya minggu hadapan.

Oleh kerana kerja-kerja pembesaran di lakukan.Kerja membuat bongkah baru telah di hentikan seketika.Dan akan bermula membuat bongkah baru minggu hadapan selepas siap kesemuanya.Kursus juga akan bermula pada bulan 11 nanti.Dan kursus yang di jangka pada 23/10 akan di tunda.Kepada bakal-bakal usahawan cendawan yang ada menelefon dan sms untuk bersama berkursus di maklumkan kursus tersebut akan di buat pada pertengahan bulan 11 nanti.Segala kesulitan amat di kesali.Gambar-gambar terkini akan kami upload dalam minggu ini.Wassalam....