Sunday, February 28, 2021

Daftar Segera - Kursus Penanaman Cendawan pada 27 MAC 2021 (SABTU) di Benut, Pontian Johor.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU, BLACK JALLY @ TELINGA KERA & KUKUR@SISIR" secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 27 MAC 2021 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) dan Rm 80.00 - Rm250.00 (SISIR) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Penghantaran Bongkah Cendawan, Benih Dan Chips Ke Melaka, Selangor Serta Terengganu.

Menghantar cendawan chips di Melaka terus ke SK Taman Tasik Ampang Selangor memghantar 400bongkah cendawan. Selepas itu terus ke Kuala Terengganu menghantar tempahan benih cendawan pada 21 Februari 2021. Nak order bongkah cendawan boleh Call & Whatsap - 0137501589. Penghantaran di sediakan.

Cendawan Chips Di Shopee Boleh Dapatkan Produk Kami.

Dapatkan Cendawan Chips di Shopee. Boleh buka link di bawah. I'm selling Cendawan Chip Homemade for RM10.00. Get it on Shopee now! https://shopee.com.my/product/353438710/5379644505...

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Pasir Gudang.

Penghantaran sebanyak 300bongkah cendawan matang ke Gelang petang semalam buat Saudara Amin. Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami tahun lepas. Rumah cendawan bajet dengan kos yang rendah di buat sendiri dengan anggaran kos rm900 sahaja sebagai permulaan. Kemas dan menarik, bagi yang nak memulakan projek anggaran 500 - 1000 bongkah boleh merancang pembinaan seperti ini. Tahniah Saudara Amin !

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Pasir Gudang.

Membuat penghantaran bongkah cendawan buat Ibu Alijah di Kampung Pasir Putih Pasir Gudang pada 16 Februari 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai pramugari singapore airlines dan menamatkan perkhidmatannya pada 30 tahun dahulu. Kini mengusahakan nursery, kedai jahitan, kedai runcit dan kedai ikan hiasan serta ayam kampung. Pernah berkursus cendawan dengan kami tahun lepas dan baru mengusahakan cendawan di tepi pusat nursery beliau. Gigih berusaha mengembangkan perniagaaannya hampir 26 tahun sehingga kini. Semoga terus berjaya. Amin !

YB Senator Dr. Yaakob Sapari Melawat Projek Cendawan Kami Di Benut Pontian

Terima kasih YB Senator Dr. Yaakob Sapari (Mantan Exco Pertanian Negeri Selangor) singgah ke farm kami mendapatkan produk CENDAWAN CHIPS. Beliau hari ini dan esok mengadakan lawatan kerja di Pontian melawat usahawan Pertanian dan membeli hasil Nanas sebanyak 10,000biji untuk di bawa ke Negeri Sembilan & Selangor.