Wednesday, August 29, 2007

Cendawan Tiram Kelabu



Cendawan yang sudah sedia untuk di petik....






Cendawan Tiram Kelabu...

Wednesday, August 8, 2007

Minggu yg melepakkan...

Minggu nie mmg2 minggu yg amat melepakkan utk am..mcm2 keje kene buat.Maklumlah ada 2 keje kan.Keje gomen n keje utk pojek cendawan nie.Nak taknak kene lalui hari2 nie dgn tabah..ingatkan lah nak buat media dlm 400beg minggu nie.Nampak gaya nya tertangguhlah semuanya.Sibuk ngan urusan konvokesyen ke-6..Mcm2 keje kene buat.Tiap2 malam balik kul 12malam utk ot.Dah am pilih jalan nie utk berjaya n majukan diri sendiri.Nak taknak kene teruskan jugak.Apa2 hal pun 2-2 keje nie am kene jalankan dgn amanah nyer..kalau am tak ot utk urusan konvo mmg2 kelam kabut lah.Surat tawaran konvo nak kene settelkan malam nie.Jubah yg tahun lepas nak dilupuskan dan digantikan dgn jubah2 baru.Nak pungah2 lagi..mmg lepak kan.Sib bek emak dan ayah dan adik bleh tolong tgk2 kan cendawan kat pondok.Kadang2 diaorang tolong jualkan n cari market kat kedai2 sayur.Jasa diaorang mmg banyak pada am.Ehhmmm,,,am nak gie makan dulu.Keje2 gak,kesihatan kene jaga...

Baka baru cendawan tiram TB2

Baka baru cendawan tiram ditemui

YONG PENG: Seorang pengusaha benih cendawan di sini, menemui baka baru cendawan tiram yang lebih tebal, tahan penyakit serta mempunyai tempoh matang lebih singkat.
Pengusaha terbabit, Tian Ting Leng, 66, berkata cendawan tiram yang diberi nama Tiram Baru 2 (TB2) itu dihasilkan melalui kaedah pembenihan spora yang dikajinya sejak beberapa tahun lalu.Katanya, sebelum ini beliau menghasilkan benih cendawan melalui kaedah pembenihan tisu, tetapi pada masa yang sama, mencuba beberapa kaedah baru yang boleh menghasilkan cendawan bermutu tinggi."Saya berjaya menghasilkan cendawan TB2 ini kira-kira tiga bulan lalu selepas mengkajinya beberapa tahun. Saiz cendawan ini lebih besar serta `payung'nya lebih tebal berbanding cendawan tiram yang biasa kita lihat di pasaran."Benih ini sudah diusahakan oleh seorang penanam cendawan di Muar dan pada tuaian pertama baru-baru ini TB2 yang beliau tanam menghasilkan lebih 200 kilogram," katanya.Tian berkata, benih TB2 itu mencapai tempoh matang dan sedia untuk dituai dalam tempoh hanya antara 30 ke 40 hari berbanding benih cendawan terdahulu yang mengeluarkan hasil selepas 60 hingga 70 hari.Katanya, untuk menghasilkan TB2 beliau mengambil spora cendawan tiram kelabu dan tiram putih yang kemudian dikacukkan."Setiap bekas boleh menghasilkan antara 400 hingga 600 gram berbanding cendawan tiram biasa yang hanya 200 hingga 300 gram dan bekas yang sama juga boleh menghasilkan sehingga lapan kali tuaian."Tempoh untuk TB2 bercambah semula juga agak singkat iaitu hanya seminggu berbanding dua minggu bagi benih cendawan tiram terdahulu," katanya.Tian yang juga bekas Pengarah Sekolah Henry Gurney, Melaka, berkata beliau mula berminat mengkaji benih cendawan selepas menyedari semakin ramai yang mengusahakan tanaman itu."Saya menjalankan kajian demi kajian selepas mengetahui tanaman cendawan berisiko diserang penyakit dan beberapa kaedah yang saya jalankan berjaya mengatasi masalah itu."Saya akan terus membuat kajian kerana yakin usaha saya dapat membantu industri pertanian negara dan percaya benih yang dihasilkan mampu menambah pengeluaran cendawan tiram yang permintaannya semakin meningkat," katanya.Beliau juga sedia berkongsi maklumat serta kemahiran dengan pengusaha tanaman cendawan tiram.Pengusaha yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai TB2 boleh menghubungi 07-4676196 atau 012-6218317.Selain TB2 beliau turut menghasilkan cendawan untuk perubatan antaranya cendawan telinga kera dan cendawan teh.

Oleh Mohd Roji Abdullah
Sumber: Berita Harian 4 Julai, 2006

Saturday, August 4, 2007

Permulaan blog ku....

Assalamualaikum rakan2 sekalian..bermulalah utk lebaran baru nie.Ramai yg suruh buat blog sendiri terutama rakan2 dlm BICARAJUTAWAN.COM.Maka hari nie bermula proses pembelajaran dalam pembinaan blog sendiri.Pasne gambar2 khusus utk cendawan dah boleh tengok dalam nie.Terutamanya utk projek cendawan am...Banyak lagi yg am nak belajar dalam pembinaan blog sendiri.Langsung kepala kosong tanpa pengetahuan.Nak masukkan gambar dalam blog nie pun masih terkial2 nak cari kat mana.Teruja jugak tgk blog akk fatisha yang amat sempurna dari mata am.Pada kawan2 yang memang terer dalam bab buat blog nie boleh lah ajar2 am eerrkkkk..Apahal pun am akan belajar untuk buat blog cendawan dengan sendiri nye.