Tuesday, December 30, 2008
Selamat Tahun Baru 2009
Tahun 2009 akan tiba esok..
setiap pengusaha cendawan pasti ada visi dan misi pada tahun baru yang akan menjelang esok..
Tidak terkecuali aku juga,
Bulan 1 nie ada perancangan untuk membina pondok yang boleh mengisi beg dengan kapasiti 15,000 ataupun 20,000 beg media.Itu adalah target utama pada bulan 1 ini..
permintaan beg media pun semakin banyak..untuk tahun baru ini sebanyak 15,000 beg media telah di tempah oleh pengusaha baru di Kota Tinggi.
Oleh kerana permintaan terlalu tinggi dan pembesaran pondok akan di buat..
Pekerja secara part-time untuk tujuan kerja membaging,mengaul dan mengkukus media amat di perlukan..
dan 10/1/09 juga adalah kursus yang seterusnya..
untuk hari ini sahaja sudah 5 orang sudah mengesahkan kehadiran kursus tersebut..
Semoga kehadiran 2009 akan membawa sinar yang cukup indah dalam diri ini dan perniagaan cendawan ini..Amin.
Monday, December 8, 2008
Menghitung Hari
Thursday, December 4, 2008
Untuk Jualan Hari ini..

Cerita penghujung minggu..

Hasil petang ini...masih ada separuh yang belum di petik lagi.Hasil untuk jualan esok pagi di opis UTHM.Permintaan terlampau banyak esok dari staf-staf UTHM.Maklumlah,untuk menu raya haji kan..

Habuk kayu getah yang baru sampai semalam..Ada cerita di sebalik penghantaraan habuk nie.Nak tergelak pun ada...tapi takpayah cerita laaaa...hehe

Untuk di kukus dalam steamer..Pagi tadi siap gaul.Famili start buat beg media tengahari.Pukul 7 siap semua..ada dalam 500beg lebih.

Ada tiga rak double jer dalam pondok nie..masih boleh muat 1 rak double.Bajet ada lari sikit.So,rak tak siap..

Sempat posing..hehe.Masa balik keje terus masuk pondok.Wah,banyak sungguh nak kutip hasil.Memang berbeza hasil nya..sekarang tengah musim hujan.So,cendawan memang banyak..berganda2 hasil keluar.

Pondok baru nie,tapi belum di net hitam kan.Sabtu nie leh tutup semua...

Gambar cendawan pada waktu petang.Beza kan..dah boleh tuai nie,banyak hasil nie.Mau dalam 40kg lebih.

Hasil cendawan yang masih kecik.Dijangka petang akan matang.Waktu pukul 7.00pg nie,sebelum gie keje sempat jenguk cendawan dalam pondok.

Habuk kayu getah yang telah digaul.Tapi belum gaul 100% sempurna.Maklumlah gaul manual.Ada lah dalam 500beg media boleh dapat
Thursday, November 27, 2008
Bekas Doktor Tanam Cendawan Shiitake

Cendawan satu ketika dulu hanyalah tumbuhan liar, yang banyak didapati pada kayu reput, atas tanah, dalam hutan dan seperti kata pepatah, kelihatan selepas hujan.
Dengan kata lain, ciri-ciri tersebut menjadikan tumbuhan tersebut tidak mempunyai nilai komersial dan hanya penting untuk makanan semata-mata.
Itu senario dulu tetapi dengan perkembangan sektor pertanian yang semakin memberangsangkan, ramai menyedari bahawa cendawan sebenarnya satu tanaman industri yang berpotensi untuk menjana ekonomi.
Malah, dengan perkembangan bidang bioteknologi, cendawan juga boleh dianggap penyumbang kepada bidang tersebut kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Berdasarkan statistik 2005, seorang penduduk negara ini makan hanya 324 gram setahun dengan keperluan sebanyak 8,424 tan setahun.
Jabatan Pertanian bagaimanapun menyasarkan penggunaan cendawan sebagai makanan sebanyak dua kilogram setahun.
Ketika ini, pelbagai cendawan yang popular ditanam di negara ini antaranya Auricularia sp (telinga kera /jeli hitam), Schizophyllum commune (cendawan kukur), Flammulina velutipes (jarum emas) dan Agarcius braslllensis (cendawan butang), Spesies lain termasuk Ganoderma sp. (Ling zhi), Hericum erinaceum (cendawan bunga kubis) Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu).
Selain cendawan tiram kelabu yang popular sekarang, cendawan lain yang tidak kurang mendapat tempat di kalangan pengusaha tanaman tersebut ialah shiitake.
Buktinya, seorang doktor perubatan dan keluarganya berjaya mengusahakan tanaman tersebut di Gunung Jerai, Kedah sejak 1985 lagi.
Doktor perubatan terbabit, Dr Shirley Ooi,35, berkata, bapanya, Ooi Chooi Liang, adalah individu yang bertanggungjawab menggerakkan industri tanaman tersebut sedangkan pada masa itu, tidak ramai berminat dengan tanaman cendawan.
Mereka memulakan perusahaan tersebut dengan modal RM50,000 daripada simpanan sendiri. Ketika itu, sebagai permulaan bapa saya menanam 15 spesies cendawan termasuk cendawan brazil, butang dan oyster.
“Bagaimanapun, orang Malaysia tidak minat tanam cendawan ketika itu dan bapa saya hampir putus asa,’’ katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tidak lama selepas itu, bapanya mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada spesies shiitake selain butang.
Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Kanada pada 1996 dan meninggalkan ayahnya untuk meneruskan perusahaan tanaman tersebut.
Ketika di sana, dia mendapat tahu bahawa selain brazil, cendawan shiitake antara yang popular dan ia mendorongnya untuk meneruskan projek tersebut.
Cendawan, shiitake katanya lebih kejap daripada segi teksturnya, tidak renyuh, tidak berbau dan rasanya juga macam daging. Ia juga mempunyai nilai perubatan.
“Orang gemar menggunakannya sebagai makanan tambahan, masak lemak cili api dan serunding.
“Sejak itu saya yakinkan bapa saya supaya memberi tumpuan kepada shiitake yang bermula pada 1997,” ujarnya.
Selepas berkhidmat sebagai doktor di Kanadam, beliau kembali ke tanah air untuk meneruskan projek tersebut bersama bapanya dan nasib mereka bertambah baik apabila salah seorang anggota keluarga mereka bersetuju melabur RM1 juta pada 2005.
Shiitake atau nama saintifiknya Lentinus edodes mengandungi lentinan iaitu sejenis sebatian anti kanser dan membantu mengurangkan kesan tumor dan tanpa kolesterol.
Namun katanya, kerja menyediakan bahan untuk menanam cendawan tersebut melibatkan banyak perkara kerana ia merupakan spesies yang sensitif dan memerlukan keadaan bersih terutama semasa inokulasi.
Kaedah menanamnya lebih kurang sama dengan cendawan lain seperti tiram kelabu yang juga menggunakan polibeg tetapi perlu ditegakkan.
Tanaman cendawan yang diusahakannya juga tidak menggunakan tahi lembu dan lebih mesra alam iaitu kurang populasi bakteria.
Bahan yang digunakan termasuk dedak air, kalsium karbonat dan satu ramuan rahsia.
Benih yang digunakan pula dipilih daripada jenis yang bermutu.
Katanya benih tersebut mestilah yang berbunga besar, batang tebal dan kejap serta mempunyai insang tertutup untuk proses kultur tisu.
Bagi membolehkan ia menghasilkan keluaran lebih baik, benih seharusnya diambil daripada generasi ketiga.
Justeru, meskipun shiitake berasal dari Jepun, proses adaptasi dengan persekitaran di Gunung Jerai menjadikannya sebagai cendawan hibrid gunung tersebut.
Selain itu, ia perlu diubah kepada media oat terlebih dahulu dari kultur tisu sebelum ditanam sepenuhnya kerana dengan cara ini peluang hidup lebih tinggi berbanding terus kepada kultur tisu.
Polibeg shiitake perlu diletakkan menegak bagi membolehkan misellium nya bergerak dari atas ke bawah dan kemudiannya membentuk koloni.
Mengenai penjagaan pula katanya, apabila cendawan muncul di mulut polibeg dalam tempoh tujuh hingga sepuluh hari dan ‘rehat’ selama 20 hari.
Selepas 20 hari, ia perlu disiram dalam keadaan polibeg tertutup dan terbalikkan dan akan cendawan akan muncul semula pada hari kelima.
Ia boleh menghasilkan cendawan dalam tempoh tiga atau empat bulan sebelum memulakan penanaman baru.
Menurutnya, pengeluarannya hasil ladangnya kini mencecah 150 kilogram sehari dan ia banyak di pasarkan ke pasar raya-pasar raya besar.
Pada masa sama, beliau juga memanfaatkan media tanaman cendawan tersebut untuk menghasilkan baja kompos.
Baja tersebut digunakan untuk tanaman 25 jenis sayur-sayuran yang turut diusahakannya seperti brokoli di kawasan tersebut.
Selepas sekian lama, beliau bercadang mengembangkan perusahaan tersebut kepada bioteknologi berkaitan farmasutikal dengan memanfaatkan sebatian lentinan tersebut.
Kawasan ladang tersebut yang kini beroperasi atas nama syarikat AgroBio Future berkeluasan 10 ekar menjadi bukti kesungguhannya menceburi bidang pertanian selepas meninggalkan kerjaya sebagai doktor.
“Saya ingin menasihati mereka yang ingin menceburi perusahaan cendawan supaya menjaga kualiti dan mencari pasaran terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut boleh didapati di www.agrobio-future.com.
Wednesday, November 26, 2008
Macam-macam hal...
Friday, November 7, 2008
Pakar teknologi cendawan berhimpun

Dr. Noorlidah Abdullah dan Dr. S. Vikineswary menunjukkan penyelidikan mereka mengenai cendawan di Universiti Malaya. - Gambar hiasan
Bila bercerita mengenai cendawan apa yang terbayang hanya cendawan tiram kelabu yang popular di kalangan penanam.
Tetapi sebenarnya terdapat banyak jenis cendawan di negara ini memandangkan biodiversiti yang tinggi.
Bagaimanapun di negara ini industri cendawan masih di peringkat awal dan masih memerlukan banyak usaha untuk membangunkannya.
Malaysia yang terletak di kawasan khatulistiwa amat bertuah kerana mempunyai pelbagai spesies cendawan yang berpotensi dimajukan dalam industri makanan dan perubatan.
Justeru Pusat Penyelidikan Cendawan Universiti Malaya (UM), Persatuan Cendawan Malaysia, Jabatan Pertanian dan Persatuan Alam Sekitar Malaysia (MNS) menganjurkan Persidangan Cendawan dan Foray 2008.
Persidangan yang membincangkan mengenai pandangan global mengenai industri cendawan akan diadakan pada 27 hingga 29 November ini di Fakulti Sains UM.
Persidangan berkenaan diharap dapat menyediakan landasan bagi pakar-pakar dari seluruh dunia bagi memindahkan teknologi dan inovasi terkini dalam industri cendawan kepada usahawan tempatan.
Di persidangan itu, usahawan juga boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman dengan mereka yang terlibat dalam industri berkenaan seperti penyelidik dan penanam cendawan.
Persidangan yang akan membincangkan mengenai sumber cendawan dan peningkatan strain, inovasi penanaman cendawan dan produk cendawan serta pemasaran sesuai dihadiri oleh usahawan cendawan, saintis, perbankan, pelajar dan pegawai kerajaan
Wednesday, November 5, 2008
Lama menyepi..
lama menyepi dan tak kemaskini blog..
dalam tempoh sebulan nie banyak hal perlu disettelkan
urusan jabatan agama islam,hospital dan lain lagi..
alhamdulillah semua dah settel..
berdebar gak masa temuduga kawen lepas,
ingatkan soalan sikit jerk,bab dalam list soalan jabatan agama islam
ada lima jer..laahh2,soalan dekat 15 perlu dijawab.
nasib baik ilmu agama masih ingat sikit..
lulus ujian temuduga kawen n lepas ujian hospital..
tarikh nikah 12/12/2008 di kuala terengganu
rumah ku 20/12/2008 saing majlis pernikahan mawi dan ikin...
hehehe,,
walapun sesibuk mana pun kerja2 cendawan kene teruskan..
sekarang nie dah 3000beg media sudah di suntik telah diproses..
balik keje nie proses mengaul perlu di lakukan..
target untuk tahun nie 10k beg perlu dibuat untuk menjalankan full time dalam cendawan..
semalam pegawai pertanian datang farm ambil gambar..
minggu lepas ada bincang dengan pegawai diaorang cakap
akan beri peruntukkan dalam bulan 6 nie..sebuah pondok..
harap2 dapat laaa...
beg media terlalu banyak tapi pondok tak muat dan perlukan pondok baru..
nak tambah dengan duit sindiri tak boleh..
banyak nak guna,nak kawen kan......
Permintaan cendawan terlalu banyak sekarang nie..
semalam jer ada permintaan dari cafe UTHM minta suplier kan 3-5kg setiap hari..
tapi terputus hari nie dan esok..
minggu depan baru leh suplier setiap hari...
Ahad nie kursus akan dijalankan...
ramai juga peserta yang nak turut serta..ada dalam 10org yang dah confirm..
So,siapa-siapa yang berminat boleh join lagi...
masih dibuka...
Tak tahu nak cakap apa daaahh...
Oooo,sebelum tu nak minta semua alamat-alamat pengusaha cendawan semalaysia nie..
leh send alamat pada 0137501589..nak pos kad jemputan kawen...
Wednesday, October 8, 2008
Gambar lagi..
Tuesday, October 7, 2008
Cerita Raya..
itu lah citer zaman masa remaja...sekarang kene fikir ke hadapan pulak.Umur pun dah meningkat.Tahun depan beraya mesti happy tapi menyiksakan sikit ler.Nak kene beraya kat terengganu pulak,umah isteri...itu la sapa suh cari orang terengganu.Dah jodoh terimalah..johor ke terengganu...huh,jauh tu..jenuh gak nak drive.Lupakan lah,
aktiviti membuat beg media dan lain-lain berkaitan cendawan selepas seminggu syawal akan diteruskan minggu nie.Jumaat nie nak buat dalam 500beg media..pondok penghasilan semua dah penuh dengan beg media matang.semalam baru settel memungah-mungah beg media masuk ke dalam pondok penghasilan.InsyaALLAH awal bulan 11 nie nak berniaga jual cendawan dan cendawan goreng setiap hari ahad di Pasar Tani anjuran FAMA Pontian setiap minggu.Itu langkah seterusnya untuk maju ke hadapan.Projek tebu pun akan dibuat pada tahun ini..banyak kawasan tanah rezab terbiar yang belum diusahakan.Ada peluang depan mata nie kena terjah dulu.
ehem,itu lah sikit cerita-cerita pasal selepas raya...sebelum tu,kepada siapa-siapa yang ingin turut serta dalam kursus cendawan tiram boleh confirm awal-awal.Sebab ada ramai yang call nak join kursus..peserta pun terhad kepada 10-15 orang sahaja,wassalam.
Monday, September 29, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Saturday, September 27, 2008
Sekilas pandang kawasan





itu lah gambar-gambar yang boleh dikongsi bersama..keadaan sekitar projek cendawan.InsyaAllah awal tahun 2009 akan membuat pondok cendawan yang boleh memuatkan dalam 15k-20k.Itu adalah target utama untuk mengembangkan projek ini.Oleh kerana tidak mendapat apa-apa bantuan modal sendiri lah nampak nya..
Penemuan Benih Baru


semua hasil gambar cendawan itu adalah hasil daripada teknik rakan.Dia baru balik dari kursus buat benih.Ini lah hasil nya yang pertama.Masa amik gambar dia memang cantik keluar nya.Tapi hasil cendawan tidak tebal..yang berat hanya pada batang cendawan.Apa-apa pun benih ini sangat menarik perhatian.Baru pengeluaran pertama hasil cukup menakjubkan..ada yang berminat..
Sunday, September 14, 2008
Aktiviti minggu kedua di bulan ramadhan
Sunday, September 7, 2008
KELEBIHAN RAMADHAN
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Wednesday, September 3, 2008
Siapa berminat...Beg media Bio-Plant
Selamat Berpuasa
Tuesday, September 2, 2008
Sepanjang lawatan ke MAHA

Kandang kambing mini..menarik perhatian ku

Pondok mini cendawan..takde cendawan pun..
Beg media tanpa kukusan teknik Bio-Plant


Monday, August 11, 2008
Lawatan Kerja Pelajar UTM,Skudai



Seramai 5 pelajar dari UTM,Skudai telah hadir untuk mengadakan sesi temuramah mengenai penanaman cendawan dan berkongsi sedikit pengalaman semasa mengusahakan projek cendawan tiram ini.Terlebih dahalu saya mengucapkan ribuan terima kasih keatas lawatan kerja tersebut.Antara teramai pengusaha cendawan di Johor ini tempat saya yang dipilih untuk sesi tersebut.Apa-apa pun saya memohon maaf kerana pondok pengeluaran cendawan kosong..bulan ogos nie proses pengosongan bilik pengeluaran.Kerana dalam proses menyimen dan pembersihan kuman dan kulat asing.Beg-beg media yang sedia ada pun semua akan dijual..semalam sahaja ada pengusaha membeli 3000ribu bongkah.Dan yang terbaru ada pengusaha yang menempah sekitar 3000beg lagi.Nampak nye stok sendiri pun takde...hehe.Antara gambar-gambar semasa lawatan pelajar UTM tersebut di atas..
Fasilitator bersama fatisha agro farm

Saturday, June 21, 2008
Jualan Beg Media Cendawan Tiram Kelabu

Tuesday, June 17, 2008
Gambar Semasa Kursus 7-8/06/08 dan 15/06/08
Wednesday, June 11, 2008
Peserta kursus yang bersemangat..
Friday, June 6, 2008
Kenaikan minyak amat membebankan..
Kesan kenaikkan harga minyak juga akan memberi kesan kepada sektor pertanian.Khusus nye pengusaha cendawan macam saya dan rakan-rakan lain.Kos pengangkutan nak kene kira juga..bahan-bahan untuk membuat media pun dah naik melambung contoh macam plastik PP dulu boleh dapat dengan harga rm7.50 1kg sekarang rm8.50,dedak gandum dulu rm35.00 sekarang rm45.00,cap dan ring dulu 15sen sekarang dah 17sen,kapur pertanian jenis Lime dulu rm10.00 perbeg sekarang rm15.00.Kos-kos lain perlu diambil kira juga..Harga Gas pun dah naik rm5.00 setiap tong dulu rm25.00 sekarang rm30.00.Nak taknak kene juga dinaikkan harga cendawan n jualan beg media..Ini lah kesan akibat kenaikan minyak secara mendadak 78sen kenaikan minyak negara.Diharap kerajaan dapat mengkaji semula kenaikan harga minyak ini supaya tidak membebankan golongan berpendapatan rendah terutama penduduk kampung yang bekerja sebagai petani.
Paling mengecewakan sikap pemimpin yang mengambil jalan mudah untuk membandingkan harga dengan negara-negara asean.Sedangkan negara-negara yang dibandingkan bukan negara pengeluar minyak dunia.Malaysia dan brunei adalah pengeluar minyak dunia..ambil contoh brunei harga minyak rm1.20 seliter dibandingkan dengan Malaysia rm2.70 seliter perbezaan sebanyak rm1.50 seliter..Mengapa taknak dibandingkan dengan negara brunei.Hanya membandingkan harga singapore,thailand dan indonesia.Thailand minyak mahal tapi tiada bayaran tol kepada pengguna lebuhraya.Apa yang diharapakan supaya kerajaan mengambil sikap menang dan menang supaya rakyat dapat menikmati sumber keuntungan negara secara berkesan..fikir-fikirkan lah.
Tuesday, June 3, 2008
Pengusaha Cendawan Gagal Tembusi Pasar Raya Besar
SERDANG 3 Jun - Bukan mudah bagi pengusaha cendawan tiram kelabu, Zainon Ariffin, untuk memasarkan hasil tanamannya itu ke mana-mana pasar raya besar di Selangor.
Secara terus-terang, dia memberitahu, pernah cuba untuk memasarkan hasil tanamannya itu ke pasar raya Giant.
''Apabila berbincang dengan pihak pengurusan Giant, dia menyebut tentang 'rebat'. Katanya kepada saya, Giant akan mengenakan rebat ke atas produk saya.
''Saya pula tidak begitu faham dengan apakah yang dimaksudkannya itu. Apa yang saya tahu, kalau ditolak rebat, saya tiada untung. Jadi, saya batalkan sahaja niat nak tembusi pasaran Giant,'' katanya ketika ditemui di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang di sini baru-baru ini.
Sebagai Pengarah Urusan Genting Permai Resources, Zainon pernah juga cuba untuk memasuki pasaran Jaya Jusco tetapi syarat yang diletakkan agak membebankan.
Ini kerana, katanya, pasar raya besar di seluruh negara mahu pengeluaran cendawan dilakukan secara besar-besaran.
''Mereka mahu kita tanam dan hasilkan dalam jumlah yang besar kerana tidak mahu bekalan cendawan itu terputus.
''Malangnya, penanam cendawan berada di merata tempat dan lokasi mereka yang jauh serta pengangkutan yang mengambil masa menyebabkan tempoh hayat cendawan itu tidak mampu bertahan lama,'' katanya.
Justeru, katanya, agak sukar baginya untuk memasarkan cendawan segar ke pasar raya besar.
Beliau menambah, sebagai pengusaha kecil dalam bidang pertanian, dia turut cuba membantu penanam cendawan lain untuk memasarkan hasil pertanian.
Sehubungan itu, katanya, dia bertindak sebagai 'pemborong' dan terpaksa pula menjual cendawan melalui orang tengah.
''Masalahnya, apabila kita menggunakan orang tengah untuk menjual hasil tanaman ini, harganya tidak menentu,'' katanya.
Dia memberitahu, orang tengah akan membeli cendawan pada harga RM7 satu kilogram (kg) manakala jika dapat dijual terus kepada peruncit, harganya ialah RM13 satu kg.
Oleh itu, dia berkata, penanam cendawan tempatan pasti boleh memasuki pasaran pasar raya besar di seluruh negara sekiranya ada satu ketua pasukan yang boleh menawarkan perladangan secara kontrak kepada para penanam cendawan.
Thursday, May 29, 2008
Nabil tekad tanam cendawan - UTUSAN 30/05/08

"Bukan senang hendak tanam cendawan,'' demikian kata-kata yang terpacul dari mulut Nabil Sanusi, sebaik ditanya apakah beliau seronok dan tidak menyesal menceburi industri penanaman cendawan yang kini semakin popular itu.Kata-kata tersebut seakan satu 'pukulan balas' kepada mereka yang beria-ia ingin menceburi pertanian khususnya tanaman cendawan kerana membayangkan setiap helaian daun tanaman tersebut sebagai wang ringgit.
Kepada Nabil, membayangkan sesuatu yang menguntungkan boleh menjadi pendorong dalam setiap perkara yang diusahakan tetapi dengan syarat, perlu mengusai ilmu yang berkaitan untuk menjamin kejayaan.
Nabil, 37, yang kini terlibat dalam industri automotif pada mulanya hanya ingin mempelbagaikan sumber ekonominya dan memilih cendawan tiram kelabu untuk diusahakan.
Pada 2005, beliau ditawarkan mengusahakan tanaman orkid di Johor oleh Persatuan Penanam Orkid tetapi atas faktor tertentu dan lokasi yang agak jauh, Nabil menolak tawaran tersebut.
Namun tekadnya untuk mengusahakan sesuatu yang menguntungkan tidak pernah padam malah, sering terfikir melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan.
Takdir telah menentukan beliau menceburi perusahaan tanaman cendawan apabila dipertemukan dengan seorang rakan di Nilai, Negeri Sembilan yang telah mengusahakan tanaman tersebut terlebih dahulu.
Beliau yang disarankan untuk mencuba bidang tersebut tidak menunggu lama, dan dengan sokongan keluarganya, Nabil mengambil keputusan untuk terlibat secara serius.
Nabil tidak perlu menunggu lama, sama ada kerana terpaksa menubuhkan syarikat atau membuat pinjaman terlebih dahulu, tetapi seperti kebanyakan usahawan pertanian masa kini, dia terus sahaja memulakan usaha di atas sekeping tanah seluas kira-kira 0.4 hektar (satu ekar) milik keluarganya di Jalan Ahmad Khushasi, Jenderam Hulu, Sepang, Selangor.
PelaburanBerbekalkan wang simpanan, Nabil membuat pelaburan awal sebanyak RM200,000 untuk membina tiga rumah cendawan bersaiz 70 kaki x 30 kaki pada awal tahun lalu dan menambah empat rumah lagi secara berperingkat-peringkat.
Beliau juga mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat khas, NAS Agro Farm pada Oktober tahun lalu untuk menjalankan operasi di kawasan tanah tersebut yang pada asalnya dusun buah-buahan.
Tanpa meninggalkan kerjayanya sebelum ini, beliau menambah pelbagai kemudahan dan kelengkapan sebagai bukti kesungguhannya untuk terbabit secara serius.
Nabil yang turut dibantu isterinya, Surina Saad, juga terpaksa menggaji tujuh pekerja termasuk seorang penyelia memandangkan tanaman cendawan memerlukan tumpuan dan kerja yang banyak.
Ketika ini, dengan pelaburan keseluruhan kira-kira RM400,000, kompleks tanaman cendawan tersebut telah dikembangkan operasinya dengan tujuh rumah cendawan yang memuatkan kira-kira 200,000 polibeg. Rumah itu dilengkapi sebuah bilik suntikan benih, rumah menyediakan polibeg dan alat pengukusan dan alat mencampur adunan substrat (media).
"Saya juga sedang menyiapkan sebuah makmal menghasilkan benih cendawan menggunakan teknik kultur tisu bagi mengatasi masalah pengusaha untuk mendapatkan benih yang baik,'' ujarnya.
Kelengkapan tersebut, kata beliau, dapat disediakan dengan bantuan peruntukan Jabatan Pertanian sebanyak RM10,000.
Nabil menjelaskan, beliau akan memberi tumpuan kepada pengeluaran benih, sebagai satu cabang perniagaan baru dalam industri tanaman cendawan supaya pengusaha sedia ada mudah mendapatkan bekalan.
Bagaimanapun katanya, pengeluaran benih yang boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat hanya akan dikomersialkan seawal-awalnya enam bulan daripada sekarang.
Ini kerana, beliau perlu terlebih dahulu memastikan benih yang dihasilkan bermutu tinggi sebelum dipasarkan kepada pengusaha lain.
Mengenai kemungkinan beliau akan menambah kemudahan sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran, Nabil berkata, meskipun permintaan terhadap cendawan amat tinggi, tumpuan perlu diberikan kepada tanaman sedia ada.
"Saya hanya mampu mengeluarkan 50 kilogram (kg) cendawan sehari sedangkan permintaan yang diterima sekurang-kurangnya 150 kg sehari dan kadangkala mencecah 200 kg,'' ujarnya.
Tambahnya, cendawan merupakan tanaman yang sensitif dan memerlukan kawasan bersih sepanjang masa.
Penggunaan bahan kimia perlu dielakkan sama sekali tetapi pada masa yang sama kawalan penyakit perlu beri keutamaan.
Katanya, penyakit utama cendawan ialah kulat hijau dan oren dan ia boleh dikesan dengan memerhatikan sebarang perubahan warna pada polibeg yang telah disuntik dengan benih.
Cendawan katanya, boleh mengeluarkan hasil selepas dua bulan disuntik dan kemudiannya dieramkan.
Sepanjang tempoh dua bulan setengah berikutnya, kutipan hasil boleh dilakukan enam atau tujuh kali.
Setiap cendawan yang dipetik pula dianggarkan mempunyai berat antara 80 dan 100 gram.
Pada masa ini, beliau memasarkan cendawan harga RM7 sekilogram dengan pembeli datang sendiri ke ladangnya untuk mendapatkan bekalan.
Beliau juga akan cuba mengusahakan tanaman cendawan spesies abalone dan telinga kera yang merupakan cendawan yang sedap dan kenyal.
Syarikat Nabil juga akan menawarkan kursus kepada mereka yang berminat mendapatkan pengetahuan mengenai aspek penanaman cendawan dan sebuah bangunan khas untuk tujuan itu sedang dibina.
Dalam pada itu, beliau juga memulakan usaha awal menternak cacing untuk menghasilkan baja kompos dengan memanfaatkan semula bahan substrat yang telah digunakan.
Sebuah bangunan khas disediakan untuk tujuan itu.
Selepas lebih setahun beroperasi, usaha Nabil semakin menampakkan sinar yang diharapkan.
Tetapi bagi mereka yang berminat, dia sekali berpesan, supaya bertahan kerana cendawan bukan satu tanaman yang mudah diusahakan.
"Saya sendiri pernah dilanda pelbagai masalah terutama serangan penyakit yang memaksa polibeg yang mengandungi benih dimusnahkan selain serangan makhluk perosak,'' ujarnya.
Fakta cendawanlTidak mempunyai klorofil.
lMembiak melalui spora yang bercambah menjadi hyphae (mycelia apabila jumlahnya banyak) yang tidak nampak dengan mata kasar.
lHypahe yang bercambah membentuk primary mycelia dan kemudiannya secondary mycelia.
lMengumpul nutrien daripada substrat.
lBenih cendawan peringkat mycelia tumbuh atas substratnya sendiri seperti sekoi, barli gandum dan habuk kayu.
lCendawan yang popular ditanam ialah tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju).
Projek cendawan perlukan persekitaran bersih - Utusan 30/05/08

lWarna putih akan memenuhi bahan pemegangnya tanpa dicemari warna lain.
lBenih induk disuntik kepada substrat lain dan diperam menjadi generasi ketiga dipanggil benih cendawan.
lDengan mengulangi suntikan dan pemeraman, lebih banyak benih dapat dihasilkan dari kultur induk tetapi makin lama akan merendahkan vitaliti benih.
Penyimpanan kultur induk dan subkultur penting contohnya dalam nitrogen cecair atau dengan parafin.
Benih yang baik akan menghasilkan badan buah yang baik, tebal dan gebu dan tidak berkerinting, tidak berwarna lain dan tidak mengeluarkan bau busuk atau hanyir.
Memilih dan menyediakan media atau substratSumber pemakanan utama bagi cendawan tiram kelabu ialah selulosa, hemiselulosa dan lignin.
Habuk kayu, kapas, hampas tebu, tongkol jagung dan perlukan bahan tambahan seperti dedak padi atau gandum untuk dijadikan substrat.
Pelbagai bahan sisa pertanian sesuai dijadikan bahan media bagi cendawan tiram iaitu kulat putih reput yang menggunakan lignin dan selulos bersama sebagai sumber karbon dan akan memutihkan hosnya.
Rumah cendawanRuang yang bersih diperlukan bagi pertumbuhan cendawan di samping persekitaran yang sesuai daripada segi suhu, pengudaraan, cahaya redup dan kemudahan sumber air. Pemilihan lokasi rumah penting daripada segi pemasaran.
Tidak perlu membuat struktur yang mahal dan canggih sebaliknya memadai dengan menutup keliling struktur dengan jaring plastik hitam supaya redup dan mendapat pengudaraan mencukupi.
lRak kayu diperlukan bagi menyusun beg cendawan yang hendak diperam hingga sampai ke peringkat penghasilan.
lHarga rak kayu berukuran 5 kaki x 6 kaki x 1.2 kaki biasanya (RM400).
lDua setengah rak boleh memuatkan 1,050 beg cendawan.
lSaiz rumah- 20 kaki x 15 kaki dengan rumah menyimpan media - 5 kaki x 10 kaki.
lPenyediaan beg dan kukus beg- 10 kaki x 15 kak.i
lBilik suntik- 7 kaki x 10 kaki.
lBangunan lain yang diperlukan untuk penyimpanan beg cendawan di atas rak.
PersekitaranlIni termasuk suhu, kelembapan bandingan, cahaya, karbon dioksida, dan keasidan substrat.
lBila suhu tinggi kelembapan bandingan.
lSuhu tinggi menggalakkan metabolisme badan buah yang meningkatkan kadar pernafasan dan karbon dioksida tinggi.
Cendawan tiram perlukan berbeza dalam setiap peringkat.
Dalam pemeraman, kelembapan sesuai ialah antara 65 dan 70 peratus tetapi semasa pembentukan badan buah ia memerlukan antara 80 dan 90 peratus dan bersuhu rendah.
PemasaranlSangat mustahak memandangkan hasil yang dikeluarkan perlu segera dipasarkan.
lOleh itu, kajian pasaran perlu dilakukan terlebih dahulu.
lPengurusan dan Penyelenggaraan
lKebersihan adalah penting dan setiap kali memetik hasil, segala sampah sarap perlu dibersihkan segera bagi mengelakkan masalah serangga dan perosak.
Bahan kimia tidak dibenarkan sama sekali digunakan di dalam rumah cendawan bagi mengelak keracunan terhadap cendawan.
Thursday, May 1, 2008
GAMBAR SEMASA KURSUS 26-27/04/2008 SESI PERTAMA
kepada para peserta kursus sesi pertama tempohari..
kemungkinan banyak lagi maklumat yang belum disampaikan
dengan jelas.Maklumlah kali pertama anjurkan kursus cendawan tiram ini..
Ada kelam kabut sikit..hehe
Atas permintaan ramai..ada yang inginkan kursus selama sehari sahaja
kerana kesibukkan kerja pada hari sabtu..
Oleh yang demikian,saya akan menganjurkan kursus yang seterusnya
pada 18/05/2008 ini...
Siapa-siapa yang berminat boleh berhubung dengan saya sendiri..
Untuk peserta-peserta kursus tempohari..
Sijil-sijil anda akan diposkan selewat-lewatnyer minggu hadapan...


Tuesday, February 5, 2008
Khasiat Cendawan Utk Penternakan Kambing

Apa yang saya tahu tentang khasiat cendawan utk sektor penternakan kambing nie..Masa kita potong akar2 cendawan tu janganlah dibuang akar nyer.Akar nye boleh di beri makan kepada kambing.Setahu aku lah cendawan banyak khasiat nyer.Macam2 vitaman ada dalam cendawan.So,amat2 lah seswai utk penternakan kambing.Siapa2 yang dah buat projek cendawan adalah digalakan buat ternakan kambing.Tak banyak sikit pun jadi lah..Potensi nyer sangat2 luas.Baru2 nie saya ke pameran Mardi Johor..Gambar kambing yang saya ambil tu jenis BOER.Seswai untuk cuaca iklim di negara nie.Target saya untuk penternakan kambing pada tahun 2009 ataupun 2010.Nak cuba kembangkan cabang2 perniagaan pertanian secara meluas..Apa2 pun kene buat kajian secara mendalam untuk projek kambing nie.Maklumlah tanah takde yang seswai buat masa nie.Semuanyer berdekatan dengan rumah..Takut ada mulut2 sumbang yang tak setuju pulak.Biasalah tu...Nak berjaya macam2 kutukkan akan diterima.Walau apa2 pun akan terjadi..akan ku teruskan projek pertanian nie hingga berjaya.
Monday, February 4, 2008
Hasil dari benih cnc
Cendawan TB2

HASIL DARI BENIH TB2

walaupun saiz cendawan tiram TB2 nie besar..
Tapi benih nyer ada sedikit masalah apabila disuntik..
Pengalaman menggunakan TB2..
300beg yang disuntik yang menjadi hanya bawah 100beg..
Saya tak pasti dimana silapnyer..
Cuma yang dibagitahu,kene guna campuran baja urea sedikit..
Tapi saya telah cuba juga,pun tidak menjadi...
Kalu menggunakan benih cnc 95% menjadi..
Dimana silap nyer.....masih dalam pencarian..