Tuesday, December 25, 2012
PELUANG PERNIAGAAN PERTANIAN - BONGKAH CENDAWAN UNTUK DI JUAL SEKITAR JOHOR DAN SELURUH MALAYSIA
KURSUS DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH - KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 29 / 12 / 2012 (sabtu) DI PONTIAN,JOHOR.
Ayuh menjadi orang terawal mendaftarnya...!!!
Wednesday, December 12, 2012
KURSUS DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH - KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 29 / 12 / 2012 (sabtu) DI PONTIAN,JOHOR.
Ayuh menjadi orang terawal mendaftarnya...!!!
Wednesday, December 5, 2012
Menjual bongkah cendawan matang sekitar Johor dan Semenanjung Malaysia.
- Antara bongkah-bongkah yang kami bekalkan kepada pengusaha-pengusaha yang berminat.Jika berminat boleh hubungi saya terus Saiful Amri 0137501589.
Sunday, December 2, 2012
KURSUS DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH - KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 8 / 12 / 2012 (sabtu) DI PONTIAN,JOHOR.
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 8 / 12 /2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM200 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN.
Ayuh menjadi orang terawal mendaftarnya...!!!
Kursus pada 1 Disember 2012
3 Peserta kursus bersama semalam di Saifulam Agro Farm.Insyallah kursus seterusnya pada pertengahan bulan ini.Berminat hubungi saya 0137501589.
Thursday, November 22, 2012
KURSUS DI MUSIM PERCUTIAN SEKOLAH - KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 1 / 12 / 2012 DI PONTIAN,JOHOR.
Ayuh menjadi orang terawal mendaftarnya...!!!
Saturday, November 10, 2012
Pendaftaran masih di buka untuk kursus penanaman cendawan di Pontian,Johor pada 17 November 2012 (sabtu)
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 17 NOVEMBER 2012 DI PONTIAN,JOHOR.
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 17 NOVEMBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM200 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN.
Sunday, October 21, 2012
Ayuh mendaftar segera Kursus Penanaman Cendawan di Benut,Pontian,Johor untuk bulan November 2012
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 17 NOVEMBER 2012 DI PONTIAN,JOHOR.
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 17 NOVEMBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM200 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN.
Takimat Mengenai Potensi Cendawan Tiram Kelabu dan Teknik menyediakan Bongkah.
Alhamdulillah selesai memberikan taklimat kepada bakal usahawan cendawan di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian.3 Peserta wanita berkeluarga dari Kuala Lumpur yang bersemangat untuk membuat projek pertanian.Semoga semangat yang ada akan memberikan kerjayaan.Amin Ya Rabb..
Sunday, October 14, 2012
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 17 NOVEMBER 2012 DI PONTIAN,JOHOR.
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 17 NOVEMBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM200 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN.
PROMOSI YANG HADIR BERKUMPULAN BERTIGA : HANYA RM500 SAHAJA.PENDAFTARAN KINI DI BUKA DENGAN SMS ATAUPUN HUBUNGI SAIFUL AMRI 0137501589.
Saturday, October 13, 2012
LAWATAN KERJA PARA PELAJAR UTM SKUDAI KE SAIFULAM AGRO FARM PADA 14/10/2012
Alhamdulillah sebentar tadi kami menerima lawatan kerja kumpulan pelajar dari fakulti mekanikal semester 7 UTM Skudai.Kehadiran beliau bagi menyiapkan kerja-kerja semester akhir dalam bidang keusahawanan.Kami doakan agar kumpulan pelajar tersebut akan luluskan dengan jayanya.Amin..
Semasa Kursus pada 13/10/2012
Wednesday, September 26, 2012
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 13 OKTOBER 2012 DI PONTIAN,JOHOR.
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 13 OKTOBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM200 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN.
Monday, September 24, 2012
PROMOSI HEBAT BULAN 9 - BONGKAH SERENDAH RM1.00 SAHAJA UNTUK DI JUAL SEKITAR NEGERI JOHOR
Saturday, September 22, 2012
MENJUAL BONGKAH CENDAWAN MATANG DI NEGERI JOHOR
Tuesday, September 18, 2012
KURSUS CENDAWAN DI BENUT,PONTIAN,JOHOR PADA 13 / 10 / 2012, SABTU
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 13 OKTOBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM200 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.HUBUNGI SAYA SEGERA UNTUK PENDAFTARAN.
Majlis Doa Kesyukran dan Potong Jambu di Rumah Saiful Amri

Sunday, September 9, 2012
KURSUS CENDAWAN DI BENUT,PONTIAN,JOHOR PADA 13 / 10 / 2012, SABTU
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 13 OKTOBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM150 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM200 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.
Cendawan tiram kelabu dari Saifulam Agro Farm mendapat tempahan dari supermarket
Peserta Kursus Cendawan Tiram Kelabu pada 8 September 2012 (Sabtu) di Saifulam Agro Farm,Pontian,Johor.
Alhamdulillah,semalam selesai kursus asas penanaman cendawan yang di hadiri seramai 6 orang.Pelbagai tips diberikan kepada peserta kursus yang berminat menceburkan diri dalam usahawan tani khusus dalam perusahaan cendawan.Insyallah kursus seterusnya akan di buat pada bulan Oktober 2012.Kepada sesiapa yang berminat boleh menghubungi saya di talian 0137501589.
Saturday, August 4, 2012
KURSUS CENDAWAN DI BENUT,PONTIAN,JOHOR PADA 8 / 9 / 2012, SABTU
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 8 SEPTEMBER 2012 (SABTU).BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM150 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.PROMOSI KURSUS DENGAN BAYARAN YURAN TERENDAH RM150 SAHAJA....PELUANG DI BUKA SEKARANG.
Wednesday, July 25, 2012
Untuk Warga Pantai Timur (Pahang,Terengganu dan Kelantan) - Tempahan untuk Kerepek dari Johor Sempena Hari Raya Aidilfitri.
Wednesday, June 6, 2012
KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 23 JUN 2012 DI PONTIAN , JOHOR .
Wednesday, May 9, 2012
BONGKAH CENDAWAN MATANG UNTUK DI JUAL SEKITAR NEGERI JOHOR DAN SELURUH MALAYSIA
Sunday, May 6, 2012
PERTANYAAN TENTANG CENDAWAN HUBUNGI KAMI
Projek Cendawan Saifulam Agro Farm Di Warna Warni Johor Akhbar Sinar Harian
Kuliah Perdana Bersama Ustaz Dato Hj Ismail Kamus di Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor.
Saifulam Agro Farm di Sinar Harian 7 Mei 2012
Tuesday, May 1, 2012
KURSUS CENDAWAN DI BENUT,PONTIAN PADA 13 mei 2012, AHAD.
BERMINAT MENYERTAI KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 13 MEI 2012 , AHAD INI BOLEH HUBUNGI SAYA SEGERA 0137501589.YURAN HANYA RM250 SAHAJA.DI BERIKAN SIJIL,VCD,NOTA DAN KIT PENANAMAN CENDAWAN.
Penjualan Bongkah Matang Untuk Yang Berminat.
Tuesday, March 27, 2012
KURSUS CENDAWAN DI BENUT,PONTIAN PADA 8 APRIL 2012, AHAD.
Wednesday, March 14, 2012
Pendaftaran Kursus Penanaman Cendawan pada 26 mac 2012 di Pontian,Johor masih di buka.
Nama Peserta Kursus Cendawan Pada 25 Mac 2012 , Ahad di Pontian,Johor.
1 - Muhamamad Hilmi Bin Othman (Batu Pahat)
2 - Mahyuddin Bin Yaso (Pasir Gudang)
# Pendaftaran masih di buka,jika berminat sila sms/hubungi saya segera Saiful Amri 0137501589.
Tuesday, February 28, 2012
Pendaftaran di Buka untuk kursus Cendawan pada 25 mac 2012 di Pontian,Johor.
Monday, February 20, 2012
Sunday, January 22, 2012
Menjana Pendapatan dengan Mengusahakan Projek Tani - Cendawan Tiram Kelabu

Kepada Sahabat-sahabatku yang ingin membuat bisnes part time ataupun full time berasaskan pertanian.Yang mudah dan tidak memerlukan modal besar.Inilah projeknya,Cendawan tiram kelabu.Harga di pasaran antara Rm8.00-Rm12.00 setiap KG.Berminat boleh hubungi saya segera Saiful Amri 0137501589.Kami juga menyediakan penjualan bongkah cendawan dengan harga rendah Rm1.00 setiap bongkah bergantung kepada kuantiti selain kursus asas penanaman cendawan juga di berikan.Rebutlah peluang menambah pendapatan.....
Saturday, January 14, 2012
KURSUS CENDAWAN DI BENUT,PONTIAN PADA 29/1/2012, SABTU.
KURSUS CENDAWAN DI BENUT,PONTIAN PADA 29/1/2012, SABTU.
BONGKAH MATANG UNTUK DI JUAL DENGAN HARGA MURAH
Monday, January 9, 2012
Di Kuliyah Ustaz yang mencetuskan Fenomena apabila anak muda mulai dekat dengan kuliah agama - Ustaz Azhar Idrus

Alhamdulillah..Ambil kesempatan bergambar dengan Ustaz Azhar Idrus.Dan sempat berbual dengan beliau untuk buat program anak muda supaya lebih dekat dengan program keagamaan di Pontian.Beliau setuju hadir dan mohon maklumkan pada PA beliau.Kuliyah beliau di Masjid Cendering,Kuala Terengganu malam tadi.
Sunday, January 8, 2012
Keputusan yang mendapat perhatian seluruh Dunia hari ini berkaitan Liwat II : Anwar Ibrahim TAK BERSALAH !!!
Keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya akan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini selepas pendengaran 87 hari mulai tahun 2008.
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
Beliau menafikan tuduhan itu dan ia sebagai satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya dan juga peluang Pakatan Rakyat bagi menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Seawal jam 5 pagi, penyokongnya mula berkumpul di tempat letak kereta perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, walaupun ketika itu hujan renyai-renyai bagi menunjukkan sokongan mereka.
Lebih ramai juga dijangka akan tiba sebelum keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan hari ini.
Tidak kurang juga tedapat puluhan kenderaan polis dan anggotanya yang dikerahkan bagi memantau keadaan di situ.
Penyokong yang hadir itu antara lain membawa sepanduk yang tertera perkataan "Rakyat Hakim Negara" dan "Tolak Fitnah, Lawan Konspirasi".
Mereka juga memakai kain lberwarna biru dengan tertera perkataan "Keadilan" dan kain lilit hijau dengan perkataan "Hidup Anwar".
LAPORAN LANGSUNG
11.10am Orang ramai mula bersurai setelah diarahkan polis kerana keadaan tidak selamat.
10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.
Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid.
Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.
1046am Kira-kira 30 polis bergegas ke kawasan letupan dan memagarnya dengan garisan kuning.
10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.
Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.
Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.
Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.
"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.
Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.
"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.
"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.
"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.
10.22am: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut.
10.10am: Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid ‘boo’ penyokong PERKASA dan Perkida.
9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.
9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.
Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.
9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.
“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.
Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.
Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.
9.32am: Dalam reaksi spontannya, anak Anwar - Nurul Izzah menulis di Twitter:
"Judge: reading results immediately. Evidence not corroborated. Papa is acquitted! Takbir!"
9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.
Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.
"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik."Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."
Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.
Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.
9.20am: Perbicaraan dimulakan dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengambil tempatnya.
9.17am: Satu pergaduhan kecil tercetus apabila lebih 50 orang kumpulan penyokong Saiful bergerak turun daripada kawasan masjid dan bergerak menuju ke kawasan letak kereta mahkamah.
Kumpulan itu dihalang oleh ratusan lagi penyokong Anwar di jalan yang menempatkan pusat penjaja medan selera di jalan tersebut.
Kumpulan penyokong Anwar tidak berpuas hati dengan tindakan penyokong Saiful yang membawa kain sepanduk ketika berarak.
Cabar mencabar di kalangan kedua-dua kumpulan penyokong berlaku dan berlaku pergelutan kecil di antara beberapa orang.
Kumpulan penyokong Saiful kemudiannya berundur apabila terus diasak kumpulan pro Anwar dan kemudiannya masuk semula ke kawasan masjid.Polis yang tiba beberapa minit selepas itu kemudiannya bertindak menutup pintu pagar masjid.
Polis juga kemudiannya tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara ke dalam masjid untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus.
10.46am Ribuan lagi masih menunggu di Jalan Khidmat Selera untuk mendengar ucapan Anwar. Tiba-tiba terdengar letupan kuat dari pencawang elektrik berhampiran medan selera.
10.25am Anwar keluar dari mahkamah dengan sorakan daripada penyokong yang ghairah dan memaksa beliau berucap.
Katanya, keputusan hari ini bukan keputusan seorang lelaki dan menjadi tanggungjawab untuk membebaskan rakyat.
Beliau kemudian menuju ke arah Masjid Wilayah.
9.15am: Pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang juga berada dalam mahkamah.
9.14am: Menurut laman Facebook Polis, setakat jam 9 pagi, jumlah orang ramai yang berhimpun pada ralli 901 ini dianggarkan berjumlah 4,500.
9.05am: Seorang penyelaras perhimpunan memberitahu orang ramai bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat juga hadir dan beliau telah dibenarkan masuk ke dalam mahkamah.
9.01am: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan naib presidennya Datuk Mahfuz Omar aantara pemimpin PAS yang hadir.
8.59am: Annie Ooi yang dikenali sebagai Makcik Bersih tiba di mahkamah bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar dengan memakai kemeja T kuning 'Generation 709'.
Katanya kepada awrtawan beliau datang dengan menaiki bas.
"Senang sahaja datang sini,” katanya cuba mengelakkan jurugambar daripada merakamkan gambarnya.
"Banyak marah, apa diaorang buat pada rakyat".
8.37am: Para diplomat dan wartawan mula dibenarkan masuk. Turut dibenarkan ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
8.32am: Turut kelihatan adalah Nasir Hashim PSM dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersama dengan rakyat.
8.30am: Anwar dan keluarganya tiba sambil diberi sambutan gemuruh dengan laungan “reformasi’ bergema sekitar kawasan ini. Jumlah yang hadir semakin ramai dan sukar dianggarkan dengan tepat kerana mereka tidak berkumpul setempat.
Beliau memakai baju biru dan seluar hitam dan kelihatan tenang.
8.25am: Bekas speaker Perak V Sivakumar berkata: "Di kompleks mahkamah ini, kita tahu apa yang berlaku dahulu - semua kes kita semasa krisis Perak, kita kalah.
"Kita tahu pengadilan macam mana yang akan kita terima tetapi rakyat Malaysia tetap akan menuntut Keadilan!”
8.22am: Duta dan perwakilan asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah mula berbaris menunggu dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikuti perbicaraan ini.Pemerhati antarabangsa dari Kesatuan Parlimen Antarabangsa atau Inter Parliamentary Union Mark Trowell juga hadir.
8.20am: Setiausaha Agung Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) Zulkifly Sharif berkata pihaknya kini sedang mengumpul ahli-ahlinya termasuk PERKASA, PEKIDA dan Putra Malaysia berkumpul di anjung B Masjid Wilayah.
Mereka juga turut mengagihkan baju kuning tertera tulisan "Antik Sex Bebas 901" kepada ahli-ahli.
Jumlah yang hadir tidak lebih 50 orang.
8.15am: Menteri Besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin memberitahu hadirin bahawa mereka berkumpul dengan harapan hakim kes perbicaraan ini tidak dipengaruhi oleh kehendak pemimpin Umno.
“Kami berharap hakim akan buat keputusan yang tidak memihak,” katanya.
Sementara itu, polis juga mula mengarahkan orang ramai supaya bergerak ke arah kawasan parkir kereta dan tidak berkumpul di jalan.
8.05am: Laungan reformasi oleh penyokong Anwar di kawasan parkir mahkamah jelas kedengaran pada jarak dianggarkan 500 meter dari kawasan Masjid Wilayah Persekutuan.Kawasan masjid bagaimanapun masih tenang dengan kumpulan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat persediaan demo dengan memakai kemeja-t khas "anti seks bebas 901", sambil menunggu ketibaan para pembesar mereka.
8.12am: Antara pemimpin PKR yang dilihat berada di luar mahkamah adalah Azmin Ali, N Surendran dan Datuk Chua Jui Meng.
8.05am: Beberapa orang penyokong Pekida dikesan di dalam kawasan parkir masjid sambil membawa bendera pertubuhan tersebut.Kumpulan ini dipercayai sedang menunggu pemimpin mereka.
8.03am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail berucap pada hadirin.
"Apapun keputusan hari ini, gelombang ini mesti bangkit dan pastikan Umno tumbang.”
7.45am: Ketua BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga tiba dan diikuti oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said. Jumlah yang hadir dianggarkan 5,000 orang.
7.40am: Penyelaras perhimpunan meminta penyokong supaya beralih ke tempat letak kereta kerana jumlah yang semakin ramai itu mula berkumpul di jalan-jalan menuju ke mahkamah.
7.40am: Belum ada tanda-tanda kumpulan Pekida atau PERKASA berada di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat sepatutnya mereka berkumpul.
Malah kumpulan yang banyak berada di sekitar masjid adalah kumpulan pro-Anwar yang sekarang sedang berpusu-pusu keluar ke kawasan parkir mahkamah.
7.36am: Setiausaha agung DAP yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga hadir. Selain itu kelihatan juga pemimpun lain seperti Tian Chua, Rafifi Ramli dan S Sivarasa.
7.31am: Naib presiden PKR memberitahu hadirin bahawa hanya terdapat satu kes di mahkamah Kuala Lumpur hari ini.Katanya, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan yang lain akan menyampaikan ucapan ringkas sebelum masuk ke mahkamah pada jam 8.30 pagi.
Menurut beliau lagi, hanya Anwar dan ahli keluarganya, diplomat, media dan 10 orang dari Pakatan dibenarkan masuk ke mahkamah manakala yang lain terpaksa tunggu di luar.
Ketika perbicaraan berlangsung, pihaknya akan mengatur supaya apa yang berlaku dapat disampaikan kepada mereka yang menunggu di luar.
7.30am: Jumlah penyokong di luar mahkamah semakin ramai. Dianggarkan sekitar dua ribu yang hadir. Kelihatan juga beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat yang mula tiba.
7.19am: Dua buah kenderaan van polis mengambil tempat di ruang parkir Masjid Wilayah Persekutuan yang mulai dipenuhi kenderaan.
Van ambulans turut mengambil tempat di dalam kawasan masjid.
7.12 am: Di Masjid Wilayah Persekutuan, tempat PERKASA dan sekutunya mengadakan perhimpunan kelihatan seorang penceramah sedang menyampaikan kuliah subuh.
Tidak kelihatan pemimpin PERKASA atau Pekida setakat ini di dalam ruang solat utama masjid. Situasi dalam masjid lengang, kecuali kira-kira 30 jamaah sedang mendengar kuliah subuh.
7.01 am: Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Ismail memberitahu para penyokong bahawa smua plakad selain "Bebaskan Anwar 901 dibenarkan di bawa masuk ke tempat berhimpun.Orang ramai ketika ini kelihatan berpusu-pusu masuk ke kawasan berhimpun sambil mengucapkan salam kepada pegawai polis yang mengawal di hadapan pintu masuk.
Jumlah kenderaan polis itu termasuk;
21 trak polis
1 meriam air
33 van
1 mobile command post
3 bas yang membawa anggota polis
4 Landrovers Light Strike Force
7.00 am: Antara penyokong hadir termasuk dari Dapsy, ABU, Jingga 13, PKR dan ahli PAS.