Tuesday, May 28, 2024

YOK MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 29 JUN 2024 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 29 JUN 2024 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful Amri) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2024 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke Taman Kota Masai.

Penghantaran bongkah cendawan buat Saudara Fahmi di Taman Kota Masai. Jika ada yang nak membeli bongkah cendawan tiram kelabu dari kami, boleh hubungi ataupun whatsap : 013-750 1589 (Saiful). Penghantaran di sediakan untuk semenanjung Malaysia. #pembekalbongkahcendawan #bongkahcendawan #sifucendawan

Menyiapkan Tempahan Bongkah Cendawan Tiram Kelabu

Menyiapkan kerja-kerja di ladang petang ini seusai solat Jumaat. Mengukus bongkah cendawan. Menyiapkan tempahan bongkah dari beberapa usahawan sekitar Johor & Melaka. Untuk tempahan dan pertanyaan bongkah cendawan tiram kelabu. Boleh hubungi kami terus ataupun whatsap : 013-750 1589 (Saiful). Penghantaran turut di sediakan sekitar semenanjung Malaysia serta bimbingan penjagaan semasa terimaan bongkah cendawan dari kami. Yok tanam cendawan ! #sifucendawan #pembekalbongkahcendawan #CendawanTiramKelabu #akupetani

Kerja Di Ladang Hari ini

Kerja di ladang bermula tenghari ini, keluarkan 1200 bongkah cendawan yang telah di kukus ke dalam bilik suntik benih. Rutin harian kerja di ladang cendawan... #petanikampung #sifucendawan #akupetani

Saturday, May 11, 2024

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG KAMI BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR PADA 29 JUN 2024 (SABTU).

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 29 JUN 2024 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful Amri) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2024 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Bertemu SAC (B) Dato' Shaharon Anuar - Bekas Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur & Pelakon Drama Gerak Khas.

Semalam perjalanan ke Tanjung Malim singgah sebentar di Restoran Nasi Kandar Petaling Jaya bertemu & bersarapan bersama SAC (B) Dato' Shaharon Anuar pasti ramai kenali beliau dalam Drama Gerak Khas. Beliau baru bersara tahun lepas dengan jawatan akhir di PDRM sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Kuala Lumpur. Sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak sebagai SAC Saiful dalam siri drama kepolisan Gerak Khas di mana beliau membintanginya dari 1999 sehingga 2001 dan kembali menjayakan wataknya pada 2019. Beliau memulakan kerjaya dalam PDRM pada 4 September 1984 sebagai Inspektor Percubaan selepas itu bertugas di IPD Kota Kinabalu pada 1985 diikuti beberapa jawatan serta pangkat dari tahun ke tahun termasuk menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan IPK Kuala Lumpur pada 2020 sehingga 2022. Hampir satu jam berbual panjang dengan beliau, sebelum meneruskan perjalanan ke Tanjung Malim bagi ole ole Kit Cendawan Nanas Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. #cendawannanas #gerakkhas #pelakon

Menerima Geran Pertanian (Steamer @ Pengukus Bongkah Cendawan).

Menerima kedatangan Steamer (Pengukus untuk 1000 bongkah cendawan) di ladang kami hari ini. Kedatangan pengukus kedua, steamer pertama kami buat dan beli sendiri di kedai besi milik sahabat. Bantuan Geran secara percuma dari Pejabat Pertanian Daerah Pontian & Jabatan Pertanian Negeri Johor. Insyallah selepas ini kerja-kerja di ladang akan lebih tersusun dan kerja membuat bongkah semakin rancak dengan mencapai sasaran kukusan lebih kerap. Terima kasih kepada seluruh pegawai dan pihak Pejabat Pertanian yang begitu komitmen membantu usahawan-usahawan pertanian bagi mengembangkan projek pertanian. Semoga projek cendawan kami akan terus berkembang maju. Alhamdulillah ! #jabatanpertanian

Penghantaran 1500 Bongkah Cendawan Ke Tenggara, Kota Tinggi.

Penghantaran 1500 bongkah cendawan tiram kelabu kepada Tuan Adenan di Bandar Tenggara | Kota Tinggi pada 3 hari lepas. Terima kasih kerana sentiasa mendapatkan bongkah-bongkah cendawan dari kami setiap 3 - 4 bulan. Kepada yang nak mendapatkan bongkah cendawan boleh hubungi kami ataupun whatsap : 013 013-750 1589 (Saiful). Jom bertani ! #pembekalbongkahcendawan #sifucendawan #yokbertani

Kursus Pembangunan Produk Hiliran Nanas Tahun 2024 anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) & LPNM Negeri Kelantan.

Di amanahkan sebagai pengajar dengan memberikan Kursus Cendawan Nanas secara Praktikal anjuran LPNM Negeri Kelantan bersama Bahagian Pembangunan Produk dan Bioteknologi telah menganjurkan satu Kursus Pembangunan Produk Hiliran Nanas pada 24 hingga 25 April 2024 bertempat di Permai Beach Resort, Bachok. Seramai 31 peserta dari pelbagai daerah telah manghadiri kursus ini. Slot pertama dimulakan dengan mempelajari cara - cara penghasilan bongkah cendawan daripada sisa nanas. Semoga slot kursus ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang baru kepada peserta untuk terlibat dalam pengeluaran produk berasaskan nanas. Terima kasih LPNM di atas jemputan.

Gambar Peserta Kursus Tanaman Cendawan Secara Praktikal Di Ladang Pada 4 Mei 2024.

Memberikan kursus tanaman cendawan secara praktikal di ladang kepada 11 peserta pada 4 Mei 2024 di ladang kami. Alhamdulillah, mereka telah di ajar bermula dengan teknik penyedian media cendawan, kukusan, suntikan benih, pemeraman, kawalan suhu pada rumah cendawan serta pemasaran dan peruntukan geran dari agensi kerajaan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian. Alhamdulillah ! #KursusCendawan #mentor #bertani #sifucendawan