Saturday, July 27, 2024

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 31 OGOS 2024 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 31 OGOS 2024 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful Amri) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2024 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Memberikan Ceramah Dan Kursus Cendawan Nanas Di Tanjung Demong Resort, Besut Terengganu Anjuran LPNM.

Memberikan perkongsian dan Kursus Teori & Praktikal Penghasilan Bongkah Cendawan Nanas anjuran Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia & Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Terengganu di Tanjung Demong Resort Besut, Terengganu pada 16 Julai 2024. Turut bersama hari ini Puan Fiza & Encik Hanafi pegawai dari LPNM Ibu Pejabat, Puan Zana (Pegawai dari LPNM Terengganu) serta pegawai-pegawai urusetia LPNM Terengganu. Terima kasih LPNM atas jemputan dan para peserta kursus yang hadir sangat komitmen setiap sesi kursus serta bersemangat menjalankan kursus secara praktikal bermula pagi hingga petang. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat kalian semua. Alhamdulillah ! #sifucendawan #cendawannanas #cendawan #nanas

Hasil Cendawan Abalone Di Ladang Kami.

Hasil pengeluran cendawan abalone di ladang kami hari ini. Dah boleh petik, rasa memang sedap beb ! #Abalone #mushrooms #cendawan

Perkongsian Teknik Penjagaan Bongkah Cendawan Di SMK Kota Masai | Pasir Gudang

Perkongsian ilmu keusahawanan cendawan dan teknik penjagaan bongkah cendawan di SMK Kota Masai | Pasir Gudang selasa lepas. Semoga perkongsian dan soal jawab yang di berikan memberi menafaat berguna buat guru-guru & para pelajar pendidikan khas. Perkongsian ilmu yang sangat baik hari ini dengan soalan-soalan dari para pelajar dan guru. #KOMUNITI #sekolah

Penghantaran Bongkah Cendawan Tiram Kelabu Ke SMK Kota Masai | Pasir Gudang

Membuat penghantaran 500 bongkah cendawan tiram kelabu ke SMK Kota Masai | Pasir Gudang pagi tadi. Selain penghantaran bongkah, insyallah akan memberikan perkongsian tentang teknik penjagaan bongkah cendawan di rumah cendawan kepada para pelajar dan guru-guru. Alhamdulillah.

Thursday, July 4, 2024

JOM MENDAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 27 JULAI 2024 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Anda ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam PROJEK TANAMAN CENDAWAN secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 27 JULAI 2024 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami 013 7501589 (Saiful Amri) untuk pertanyaan lanjut. #KURSUSTANAMANCENDAWAN #KURSUSCENDAWAN2024 #KURSUSCENDAWANJOHOR

Penghantaran 200 bongkah cendawan tiram kelabu ke SMK Sri Rahmat, Johor Bharu & 100 bongkah cendawan tiram kelabu ke Tahfiz Al Biranii Pekan Nanas.

Penghantaran 200 bongkah cendawan tiram kelabu ke SMK Sri Rahmat, Johor Bharu & 100 bongkah cendawan tiram kelabu ke Tahfiz Al Biranii Pekan Nanas pada Ahad lepas. Kepada yang nak membuat tempahan bongkah cendawan boleh whatsap kami untuk pertanyaan lanjut : 013-750 1589 (Saiful). Penghantaran di sediakan. #bongkahcendawan #CendawanTiramKelabu #pembekalbongkahcendawan

Perkongsian ilmu keusahawanan cendawan dan teknik penjagaan bongkah cendawan di Balai Raya Kampung Sri Bahrom Darat | Rengit Batu Pahat.

Perkongsian ilmu keusahawanan cendawan dan teknik penjagaan bongkah cendawan di Balai Raya Kampung Sri Bahrom Darat | Rengit Batu Pahat jumaat lepas. Di hadiri oleh Kumpulan Wanita Kampung, Ketua Kampung Tok Suhairi, Pengerusi Surau & Tok Imam anjuran oleh Jawatankuasa Kumpulan Wanita Kampung Sri Bahrom Darat. Semoga perkongsian dan soal jawab yang di berikan memberi menafaat berguna buat semua penduduk dan komuniti kampung hari ini. Tahniah di atas program yang sangat baik. #kursus #komuniti #kumpulanwanita #jpkk #ketuakampung

Peserta Kursus tanaman cendawan pada bulan Jun 2024

Kursus tanaman cendawan pada bulan Jun 2024 pada 29hb di hadiri oleh 3 peserta : Nurul Ain, Md Airul & Hisham. Sesi penerangan lebih kepada praktikal membuat media cendawan, suntikan benih cendawan, kukusan bongkah, pemeraman bongkah cendawan, teknik tuaian hasil cendawan dan pemasaran serta bantuan-bantuan geran yang di sediakan oleh agensi Kerajaan. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat berguna buat anda bertiga. #sifucendawan #kursus #seminar #pertanian

Perkongsian dan Demo Penghasilan Bongkah Cendawan dari Sisa Nanas bertempat Hotel Seri Warisan | Taiping Anjuran LPNM.

Bersama usahawan Negeri Perak di sesi Perkongsian dan Demo Penghasilan Bongkah Cendawan dari Sisa Nanas bertempat Hotel Seri Warisan | Taiping | Perak semalam. Terima kasih Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia & Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia - Negeri Perak di atas jemputan sebagai penceramah. Semoga ilmu yang di berikan memberi menafaat yang sangat berguna. #cendawannanas #sisananas #lpnm #cendawan #nanas

Perkongsian Penghasilan Bongkah Cendawan dari Sisa Nanas bertempat Hotel Seri Warisan | Taiping Anjuran LPNM.

Bersama usahawan dari Perak dan pegawai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) serta LPNM Perak seusai sesi perkongsian Penghasilan Bongkah Cendawan dari Sisa Nanas bertempat Hotel Seri Warisan | Taiping | Perak semalam. #cendawannanas #sisananas #lpnm #cendawan