Tuesday, January 21, 2025

JOM DAFTAR ! KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 22 FEBRUARI 2025 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Jom sertai Kursus Tanaman Cendawan (Pelbagai Jenis Cendawan) Secara Praktikal pada 22 FEBRUARI 2025 - Sabtu. Lokasi : Ladang Cendawan Kampung Parit Hassan, Benut, Pontian, Johor. Peserta yang hadir ke kursus, kami sediakan nota lengkap tanaman cendawan, para peserta akan di berikan kit tanaman cendawan, sijil penyertaan kursus dan sarapan pagi serta makan tengahari turut di sediakan. Segala Pertanyaan boleh Whatsap & Hubungi Kami : 013-750 1589 (Saiful). Pendaftaran kini di buka. #jombertani #tanamcendawan #KursusCendawan #kursus2025 #kursus #seminar2025

PEMERAMAN BONGKAH CENDAWAN TIRAM KELABU YANG DI TEMPAH.

Bongkah cendawan tiram kelabu dalam pemeraman sebanyak 3000 bongkah untuk Persatuan Penduduk Jalan Merpati (Ixora) Taman Scientex & KRT Zon Merpati, Pasir Gudang. Kepada mana-mana pihak ataupun komuniti yang nak menjalankan projek cendawan geran Sejati Madani boleh hubungi saya : 013-750 1589 (Saiful). #geransejatimadani #sejatimadani #seminar #projekcendawankomuniti #KOMUNITI #projekcendawan #pertanianbandar

KURSUS TANAMAN CENDAWAN KUKUR @ SISIR SECARA PRAKTIKAL DI LADANG PADA 25 JANUARI 2025 (SABTU) BERTEMPAT BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Jom sertai Kursus Tanaman Cendawan Kukur @ Cendawan Sisir Secara Praktikal pada 25 Januari 2025 (Sabtu). Lokasi : Ladang Cendawan Kampung Parit Hassan, Benut, Pontian, Johor. Peserta yang hadir ke kursus, kami sediakan nota lengkap tanaman cendawan, para peserta akan di berikan kit tanaman cendawan, sijil penyertaan kursus dan sarapan pagi serta makan tengahari turut di sediakan. Segala Pertanyaan boleh Whatsap & Hubungi Kami : 013-750 1589 (Saiful). Pendaftaran kini di buka. #cendawankukur #KulatSisir #tanamcendawan #KursusCendawan #kursus2025 #seminar2025

MEMBERIKAN CERAMAH CENDAWAN NANAS DI SEMINAR PENGUKUHAN INDUSTRI NANAS PANTAI TIMUR (WILAYAH TIMUR) 2024 DI KELANTAN ANJURAN LPNM.

Alhamdulillah pada sabtu lepas, 15 Disember 2024 hadir berkongsi kisah keusahawanan dan pembentangan Teknologi Penghasilan Bongkah Cendawan Nanas dari sisa nanas di Seminar Pengukuhan Industri Nanas Pantai Timur (Wilayah Timur) Tahun 2024 bertempat Permai Beach Resort, Bachok, Kelantan untuk sesi pertama sebelah pagi. Seminar selepas itu diteruskan dengan pembentangan kedua oleh Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Encik Mohd Khairuzamri Bin M. Salleh iaitu Senario Industri Nanas Malaysia dan Perancangan RMk-13. Majlis perasmian penutup Program Seminar Pengukuhan Industri Nanas Pantai Timur (Wilayah Timur) Tahun 2024 yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Petanian, Agromakanan dan Komoditi, Dato’ Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail. Hadir bersama dalam menjayakan majlis ialah Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan Tanaman, Encik Rosmizam Bin Md Yusof, Pengarah Bahagian Pemasaran, Encik Wan Mohd Adiasrol Bin Wan Hussain serta Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Negeri Kelantan, Encik Muhammad Fauzan Bin Mohd. Kehadiran peserta hampir 130 usahawan dari Pahang, Terengganu & Kelantan dan tidak lupa juga kepada pegawai-pegawai LPNM yang hadir dalam program ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada semua pekebun dalam menjayakan industri tanaman nanas pada masa hadapan.

DAPATKAN CENDAWAN TIRAM KELABU SEGAR DARI LADANG SEKITAR SEGAMAT DAN FELDA SELANCAR.

Nak dapatkan bekalan Cendawan Tiram Kelabu Segar dari ladang sekitar Segamat dan berhampiran Felda Selancar ? Boleh hubungi terus pihak JKKR Felda Selancar 1 : 011 10905135 (Encik Rahsidi) Cendawan telah mengeluarkan hasilnya untuk projek komuniti Geran Sejati Madani bertempat Felda Selancar 1 | Pahang. #CendawanTiramKelabu #feldaselancar #pahang #PembekalCendawan

KENAPA BONGKAH CENDAWAN PERLU DI KUKUS ?

Buat kukusan untuk 1100 bongkah cendawan. Hampir 9jam kukusan dengan kuantiti serta saiz pengukus yang besar ini. Ramai yang dok bertanya kenap perlu kukus ya... Kenapa perlu kukus bongkah cendawan sebelum kita masukkan benih ? Jawapannya pada proses ini bongkah perlu di basmi ataupun disteril daripada sebarang spora, kulat atau mikroorganisma. Jika tidak di buat dengan betul maka jawabnya bongkah akan tercemar selepas memasukan benih. Jadi apakah penyelesaian terbaik ? Ya, gunakan suhu dan tempoh yang optima. Suhu maksima antara 80' - 90'. Selamat mengukus bongkah cendawan ! #sifucendawan #cendawanjohor #komuniticendawan #kukusbongkah