Thursday, May 29, 2008

Projek cendawan perlukan persekitaran bersih - Utusan 30/05/08

MINGGU ini, ruangan Bengkel Usahawan Cendawan Mega-Utusan bersama UPM-AgroBank memaparkan sebahagian lagi kaedah yang perlu diketahui sebelum melaksanakan projek tanaman cendawan. Ia terbahagi kepada:Memilih benihlBenih (spawn) yang baik akan meliputi bahan pemegangnya seperti gandum, sekoi, barli dan lain-lain.
lWarna putih akan memenuhi bahan pemegangnya tanpa dicemari warna lain.
lBenih induk disuntik kepada substrat lain dan diperam menjadi generasi ketiga dipanggil benih cendawan.
lDengan mengulangi suntikan dan pemeraman, lebih banyak benih dapat dihasilkan dari kultur induk tetapi makin lama akan merendahkan vitaliti benih.
Penyimpanan kultur induk dan subkultur penting contohnya dalam nitrogen cecair atau dengan parafin.
Benih yang baik akan menghasilkan badan buah yang baik, tebal dan gebu dan tidak berkerinting, tidak berwarna lain dan tidak mengeluarkan bau busuk atau hanyir.
Memilih dan menyediakan media atau substratSumber pemakanan utama bagi cendawan tiram kelabu ialah selulosa, hemiselulosa dan lignin.
Habuk kayu, kapas, hampas tebu, tongkol jagung dan perlukan bahan tambahan seperti dedak padi atau gandum untuk dijadikan substrat.
Pelbagai bahan sisa pertanian sesuai dijadikan bahan media bagi cendawan tiram iaitu kulat putih reput yang menggunakan lignin dan selulos bersama sebagai sumber karbon dan akan memutihkan hosnya.
Rumah cendawanRuang yang bersih diperlukan bagi pertumbuhan cendawan di samping persekitaran yang sesuai daripada segi suhu, pengudaraan, cahaya redup dan kemudahan sumber air. Pemilihan lokasi rumah penting daripada segi pemasaran.
Tidak perlu membuat struktur yang mahal dan canggih sebaliknya memadai dengan menutup keliling struktur dengan jaring plastik hitam supaya redup dan mendapat pengudaraan mencukupi.
lRak kayu diperlukan bagi menyusun beg cendawan yang hendak diperam hingga sampai ke peringkat penghasilan.
lHarga rak kayu berukuran 5 kaki x 6 kaki x 1.2 kaki biasanya (RM400).
lDua setengah rak boleh memuatkan 1,050 beg cendawan.
lSaiz rumah- 20 kaki x 15 kaki dengan rumah menyimpan media - 5 kaki x 10 kaki.
lPenyediaan beg dan kukus beg- 10 kaki x 15 kak.i
lBilik suntik- 7 kaki x 10 kaki.
lBangunan lain yang diperlukan untuk penyimpanan beg cendawan di atas rak.
PersekitaranlIni termasuk suhu, kelembapan bandingan, cahaya, karbon dioksida, dan keasidan substrat.
lBila suhu tinggi kelembapan bandingan.
lSuhu tinggi menggalakkan metabolisme badan buah yang meningkatkan kadar pernafasan dan karbon dioksida tinggi.
Cendawan tiram perlukan berbeza dalam setiap peringkat.
Dalam pemeraman, kelembapan sesuai ialah antara 65 dan 70 peratus tetapi semasa pembentukan badan buah ia memerlukan antara 80 dan 90 peratus dan bersuhu rendah.
PemasaranlSangat mustahak memandangkan hasil yang dikeluarkan perlu segera dipasarkan.
lOleh itu, kajian pasaran perlu dilakukan terlebih dahulu.
lPengurusan dan Penyelenggaraan
lKebersihan adalah penting dan setiap kali memetik hasil, segala sampah sarap perlu dibersihkan segera bagi mengelakkan masalah serangga dan perosak.
Bahan kimia tidak dibenarkan sama sekali digunakan di dalam rumah cendawan bagi mengelak keracunan terhadap cendawan.

Thursday, May 1, 2008

GAMBAR SEMASA KURSUS 26-27/04/2008 SESI PERTAMA

Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada para peserta kursus sesi pertama tempohari..
kemungkinan banyak lagi maklumat yang belum disampaikan
dengan jelas.Maklumlah kali pertama anjurkan kursus cendawan tiram ini..
Ada kelam kabut sikit..hehe
Atas permintaan ramai..ada yang inginkan kursus selama sehari sahaja
kerana kesibukkan kerja pada hari sabtu..
Oleh yang demikian,saya akan menganjurkan kursus yang seterusnya
pada 18/05/2008 ini...
Siapa-siapa yang berminat boleh berhubung dengan saya sendiri..
Untuk peserta-peserta kursus tempohari..
Sijil-sijil anda akan diposkan selewat-lewatnyer minggu hadapan...









Tuesday, February 5, 2008

Khasiat Cendawan Utk Penternakan Kambing


Apa yang saya tahu tentang khasiat cendawan utk sektor penternakan kambing nie..Masa kita potong akar2 cendawan tu janganlah dibuang akar nyer.Akar nye boleh di beri makan kepada kambing.Setahu aku lah cendawan banyak khasiat nyer.Macam2 vitaman ada dalam cendawan.So,amat2 lah seswai utk penternakan kambing.Siapa2 yang dah buat projek cendawan adalah digalakan buat ternakan kambing.Tak banyak sikit pun jadi lah..Potensi nyer sangat2 luas.Baru2 nie saya ke pameran Mardi Johor..Gambar kambing yang saya ambil tu jenis BOER.Seswai untuk cuaca iklim di negara nie.Target saya untuk penternakan kambing pada tahun 2009 ataupun 2010.Nak cuba kembangkan cabang2 perniagaan pertanian secara meluas..Apa2 pun kene buat kajian secara mendalam untuk projek kambing nie.Maklumlah tanah takde yang seswai buat masa nie.Semuanyer berdekatan dengan rumah..Takut ada mulut2 sumbang yang tak setuju pulak.Biasalah tu...Nak berjaya macam2 kutukkan akan diterima.Walau apa2 pun akan terjadi..akan ku teruskan projek pertanian nie hingga berjaya.

Monday, February 4, 2008

Hasil dari benih cnc


CENDAWAN TIRAM KELABU (CNC)


CENDAWAN TIRAM KELABU (CNC)


Benih yang digunakan sekarang 100% semuanya dari cnc..
Hasil memang2 memuaskan,Purata setiap hasil dari beg media
untuk kutipan kali 1,2,3,4 dalam 100gram...
Ada yang yang mencapai 150gram utk 1beg...
Buat masa nie saya hanya menggunakan benih dari cnc mushroom..
Sungguh memuaskan..

Cendawan TB2

HASIL TB2 (BESOR TAK...)

HASIL DARI BENIH TB2
walaupun saiz cendawan tiram TB2 nie besar..
Tapi benih nyer ada sedikit masalah apabila disuntik..
Pengalaman menggunakan TB2..
300beg yang disuntik yang menjadi hanya bawah 100beg..
Saya tak pasti dimana silapnyer..
Cuma yang dibagitahu,kene guna campuran baja urea sedikit..
Tapi saya telah cuba juga,pun tidak menjadi...
Kalu menggunakan benih cnc 95% menjadi..
Dimana silap nyer.....masih dalam pencarian..

Kembali Semula..

Rasa nyer dah lama menyepi..
tak sempat2 nak updet blog nie..
Sibuk sesangat..Nie ada kesempatan nak kongsi
sikit aktiviti yang telah dibuat sepanjang 2008..

Wednesday, January 9, 2008

BLOG BERWAJAH BARU

Alhamdulillah.....
apa2 pun nak ucapkan terima kasih pada akk fatisha yang sudi mengrepair blog am nie ek..
am mmg2 tak tahu nak repair bagi menarik mcm akk fatisha punya.Apa2 pun jasa mu akan dikenang.
Hari nie cuti,esok pun cuti sebab awal muharam..johor jer yang dapat cuti.Negeri lain tu tak tau lah pulak.Aktiviti pagi nie dok pungah beg2 baru ke dalam pondok cendawan.Pastu gie tengok stok habuk getah kat kilang kayu.Dia kata akan hantar esok stok habuk..Bekalan yang ada nie cuma leh buat dalam 500beg lagi.Tu yang dok risau dengan stok habuk getah.Nie ada masa terluang pe cari CC kat pekan.Kang balik umah dah kene pungah beg2 yang dikukus malam tadi dalam 400beg.Esok pagi baru nak suntik..Tengahari nyer nak gaul media dalam 300beg lagi.Masa cuti macam nie lah leh buat media.Kalu tak memang sibuk ngan tugas kerja kat pejabat tu lah..Selagi ada kerja,kerja...kerja...........