Monday, July 27, 2009
KURSUS ASAS TANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU 15 / 08 / 2009
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 15/08/09 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200
-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA
( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )
Thursday, July 16, 2009
Cadangan Terbitan Buku Tentang Cendawan usahasama Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan Saifulam Agro Farm
Tuesday, July 14, 2009
Bertungkus Lumus..
Walaupun amat sibuk sepanjang tempoh bulan ini dengan kerja-kerja membuat bongkah baru.Kursus tanaman cendawan kepada peserta-peserta yang berminat menceburi penanaman cendawan tiram kelabu juga tidak dihentikan.Untuk bulan jun sahaja sekali sahaja dijalankan.Dan bulan julai ini dua kursus akan dijalankan.Yang lepas pada 4/07/09 sabtu dan akhir bulan ini pada 25/07/09.Kepada yang berminat boleh lah mendaftar dengan menelefon saya.Buat masa ini sahaja sudah 5-6 orang yang bersetuju turut serta dalam kursus tanaman cendawan tersebut.Kemungkinan sebelum puasa pada bulan ogos ini akan dijalankan kursus juga pada 15/08/09 sabtu.
Sepanjang minggu lepas dan minggu ini juga cuaca amat baik sekali.Tidak berapa panas..dan hujan pula kerap turun.Ini juga membolehkan pertumbuhan cendawan amat baik.Di kawasan ini sudah hampir lebih sebulan hujan tidak turun kemungkinan faktor cuaca El-NiNo..ia mengakibatkan parit di kawasan kampung kering kontang.Semasa tempoh tiada hujan ini menyebabkan pertumbuhan cendawan tidak berapa cantik dan lebat..dan baru-baru ini apabila hujan kerap turun telah memberikan hasil yang amat menarik.Al-hamdulillah syukur...(Macam iklan Hi-O pulak..hehe)
Semalam balik keje pun terus gaul sambil tunggu result PRK.Manik Urai..sangkaan memang tepat siapa menang.Kerja-kerja mengaul pun dah relax disebabkan ada nya mixer made in sungai undang (Pak Syed).Ayah,Emak dan Adik pun ada membantu untuk kerja-kerja membaging bongkah.Isteri pulak dok menyuntik benih..kalau nak kerja sorang memang lah lepak.Kerja ini pun dijalankan secara part-time lagi.Untuk full time akan tiba masa nya...kerana isteri masih study di tempat aku kerja Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.Alang-alang hantar dan ambil balik lebih baik aku teruskan kerja di sini.Tak lama..2tahun lagi.Pastu dah boleh plan nak full time dalam cendawan dan pertanian lain...
Ingatkan nak upload gambar-gambar terbaru..kat UTHM ini takleh upload sebab kene sekat.So,ada kesempatan lain bolehlah di upload kan.Rasanya dah hilang punca nak cakap nie..next time boleh cerita hal-hal terkini yang berlaku di farm SaifulAm Agro Farm.Wassalam..
Saturday, July 4, 2009
Kursus kali ke-10
Saturday, June 13, 2009
Stadium runtuh..
Cendawan Oh Cendawan..
Kerajaan Selangor bela ibu tunggal dengan projek cendawan
Fri | Jun 12, 09 | 12:39:13 pm
PUCHONG, 12 Jun (Hrkh) - Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor terhadap nasib ibu tunggal direalisasikan dengan mewujudkan projek penanaman cendawan dalam satu program yang dikenali sebagai satu kampung satu produk.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan ekonomi desa terutamanya meningkatkan pendapatan golongan ibu tunggal yang hilang punca pendapatan selain daripada terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anak.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Yaakop Sapari, Kerajaan Negeri kena bantu golongan ibu tunggal. Oleh sebab itu, satu sistem dibangunkan untuk membantu sekali gus dapat keluar dari lingkaran kemiskinan.
"Program ini merupakan program kerajaan negeri, di mana pihak Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) menyediakan sedikit dana untuk menjayakan projek ini dan menepati sasarannya," katanya ketika ditemui.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan projek pembangunan produk cendawan bagi program satu kampung satu produk di Kampung Sri Aman, dekat sini semalam.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Anggerik itu, satu set khemah bersaiz 20' X 11' dengan 5,000 bongkah cendawan berharga RM15,000 dan kerajaan negeri tidak bagi hasil dalam bentuk tunai tetapi bagi dalam bentuk teknologi dan bimbingan.
Dengan cara itu katanya, adalah lebih praktikal untuk membolehkan golongan susah di Kampung ini dapat dibantu. Lepas ini, Kerajaan negeri akan teruskan lagi, kalau ada rakyat yang susah akan dibantu.
Tambah beliau, di samping tempat ini, kampung ini juga ada pengusaha-pengusaha cendawan yang lain dan tempat ini dipilih kerana sudah mempunyai tempat latihan cara penanaman cendawan.
"Ini merupakan tempat yang pertama diadakan projek seperti ini. Selain itu, projek yang sama telah dilakukan di Hulu Langat, Tanjung Karang dan Hulu Yam dan ini bergantung di mana pakar penanaman cendawan berada," katanya.