Sunday, April 11, 2010

Sedikit Cerita...

Alhamdulillah,
lama juga rasanya tak update blog ini.Selama ini update hanya upload gambar tanpa catatan apa-apa yang hendak di cerita.Kalau cerita pun pasti benda yang sama..cendawan..cendawan dan cendawan lah.Dah nama pun blog cendawan kan..tu yang dok cerita cendawan.
Buat masa ini sibuk menyiapkan bongkah-bongkah yang di tempah.Untuk segala tempahan bongkah sudah kami siapkan dah hanya proses penghantaraan sahaja.Bulan 4 ini sahaja kami sudah mendapat tempahan sebanyak 18 ribu bongkah.Tempahan Pn.Faida dari Selanyang,KL sebanyak 15 ribu bongkah,Saudara NorAzan dari Benut sebanyak 600 bongkah dah selebihnya dari Pengusaha di Batu Pahat.
Dalam sibuk-sibuk meyiapkan bongkah yang di tempah kami juga perlu membuat bongkah bagi memenuhkan pondok yang sedia ada.Kekosongan sebanyak 2 pondok lagi..Sasaran bagi memenuhkan pondok dalam pertengahan bulan 5 ini siap sepenuhnya dengan jumlah angaran 40k bongkah.Proses pembesaran projek juga akan di lakukan hujung tahun ini dengan bercadang membina 1 pondok bersaiz besar 60' x 25' bagi memenuhi sasaran pengeluaran yang tidak mencukupi.Dengan terlaksana segala perancangan ini kemungkinan besar persaraan awal saya dari sektor kerajaan dan menumpukan sepenuh masa dalam Projek Cendawan ini akan di buat pada tahun hadapan antara pertengahan 2011.Ini membolehkan saya menumpukan 100% dalam Projek ini dan sekaligus boleh mengembangkan pelbagai cabang perniagaan Pertanian yang lain selain Cendawan.
Jumaat lepas 9/04/2010 Pegawai dari Kementerian Pertanian Putrajaya ada menghubungi saya.Beliau memberitahu kemungkinan akan melawat ke Farm kami di Benut,Pontian pada 12/04/2010 Isnin.Ini adalah petanda yang amat baik untuk kami berkerjasama dan sekaligus mengembangkan Projek ini.
Insyallah,segala maklumat yang berlaku dan gambar-gambar terkini akan kami update dari masa ke semasa...Wassalam.

Monday, March 29, 2010

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Dr Badrul Amin di Saifulam Agro Farm




- Program kuliah di Saifulam Agro Farm bersama Ustaz Dr Badrul Amin berjaya di laksanakan dengan jayanya.Syukur kepada Allah..Ini adalah kungjungan kali ke-2 Ustaz ke rumah kami.Lebih 50 orang yang hadir mendengar kuliah tersebut.Kuliah diberikan Ustaz selama 1jam dan selepas itu di buat solat hajat.Insyallah progam-program bersama tokoh-tokoh agama yang lain akan ke rumah kami.


Gambar - Kursus Asas Penanaman Cendawan Pada 27/03/2010 , Sabtu












- Alhamdulillah Kursus pada 27/03/2010 , sabtu lepas berjaya di buat.Walaupun hanya 4 orang sahaja yang hadir dan berminat mempelajarinya.Semoga impian kalian untuk memulakan projek cendawan akan berjaya..Amin.



Wednesday, March 10, 2010

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM 27/03/2010 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 27/03/2010 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Monday, March 1, 2010

Kuliah Maghrib Bersama Dr.Badrul Amin Baharom


KULIAH MAGHRIB SAIFULAM AGRO FARM
BERSAMA :
USTAZ DR.BADRUL AMIN BAHROM
- BEKAS PENSYARAH UNDANG-UNDANG UIA ( 1988-1999 )
- BEKAS PANEL FORUM PERDANA
BERTEMPAT :
TL.33 , SAIFULAM AGRO FARM , KG.PT HASSAN , BENUT , PONTIAN .
TARIKH/MASA :
20/03/2010 , SABTU , 7.00 MALAM
( SOLAT MAGHRIB BERSAMA )

Jualan Bongkah Sepanjang February 2010


( Gambar Diatas - Ini ialah En.Dahili dari Johor Bharu yang telah membeli Bongkah sebanyak 500beg.Peserta Kursus bulan January lepas.Katanya nak tambah lagi bongkah kerana saiz ruang boleh memuatkan lebih 1000beg.Semoga usaha anda berjaya..Insyallah. )




( Gambar Diatas - Ini pula bongkah yang telah di tempah Oleh En.Kamal juga dari Johor Bharu.Memang bersemangat untuk membuat projek cendawan ini.Semoga menjadi usahawan tani muda berjaya suatu hari nanti.Kuantiti 5000beg yang telah disusun diatas lori tersebut.Fuh,memang lepak nak susun..ada 6-7 orang juga lah yang tolong menyusun bongkah tersebut.2jam lebih siap untuk naik di atas lori tersebut. )

Baik Pulih Rak Oleh Kontraktor

( Rak yang Telah di baik Pulih..Haaa,mcm nie lah baru betul.Kalau tak memang2 jawab nya tak boleh di susun lah sebab semua kayu-kayu rak macam nak patah kerana bongkah terlalu berat untuk menampung )

( Gambaran dari sudut jauh,Tapi Rak masih tak cukup..kata Kontraktor nak tambah.Sehingga hari ini tiada tambahan rak.Katanya nak tambah semasa repair minggu lepas.Harap ada tambahan dalam masa terdekat ini )