Monday, July 5, 2010

Hasil Hari Ini 5/07/2010,Isnin..




- Alhamdulillah Syukur Kepada Allah...Ini lah hasil hari ini.Memang mantap dan amat baik serta terbaik laa.Hujan dan cuaca semenjak 2minggu lepas memberikan impak yang amat baik kepada Cendawan.Pengeluaran sungguh baik sekali.Hari ini sahaja hampir 40kg cendawan di keluarkan untuk 1rak..esok dalam 50-60kg pula.Harapannya agar pengeluarannya akan maintain seperti ini seterusnya.Insyallah..


1500 Bongkah DiJual Lagi..


- Alhamdulillah semalam 4/07/10 , Ahad.Bekas peserta kursus di Saifulam Agro Farm iaitu Kak Rohaya dan Rakan-rakan hadir untuk mengambil bongkah yang telah di tempah.Sebelum ini permintaan bongkah memang terlalu banyak sehinggakan pondok kami sendiri kosong kerana kebanyakkan bongkah semua di jual kepada pengusaha baru.Sekarang pondok kebanyakkan telah di isi dengan bongkah-bongkah.Syukur kepada Allah..atas bantuan sepupu dan rakan-rakan yang membantu membuat kerja-kerja part time membaging akhirnya segala kerja-kerja sedikit ringan.Kalau tidak memang payah laaa..kerja 8pg-5ptg.Pastu balik sampai umah jam 6..nak gaul laa,nak baging laa,nak kukus laa,nak suntik laa,nak ambil hasil laa dan lain-lain kerja laa semua kena buat sendiri dan sedikit bantuan emak dan ayah yang juga ada membantu.Itupun kerja banyak tertanguh dan bongkah sukar untuk dibuat..tapi ia telah berubah selepas bantuan yang di terima.Terima kasih kepada rakan-rakan dan sepupu yang membantu membuat kerja-kerja part time itu.

Friday, July 2, 2010

Bongkah Diserang Kulat Hijau


- Hampir 800bongkah di buang hari ini kerana di serang kulat hijau.Ini adalah kali pertama setelah sekian lama membuat bongkah cendawan.Selama ini belum pernah di serang kulat hijau seperti ini.Punca sudah di kenal pasti kenapa..Benih adalah punca segalanya.2 hari lepas sempat berjumpa dengan Pengusaha Benih tersebut dan beliau mengakui tentang komplen yang di terima mengenai benih tersebut.Dan beliau telah mengatasi masalah tersebut.
Nasib baik yang kena 800 sahaja..dengar cerita ada kawan-kawan lain yang kena 10k dan sampai 20k bongkah pun ada.Harap di jauhkan laa dari penyakit hijau ini.

Thursday, July 1, 2010

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN BULAN OGOS 2010

KURSUS SETERUSNYA AKAN DI BUAT DALAM BULAN OGOS INI 7/08/2010.
KEPADA YANG BERMINAT MEMPELAJARI TEKNIK TANAMAN CENDAWAN BOLEH HUBUNGI SAYA TERUS 0137501589...

Sunday, June 27, 2010

Keadaan Banjir di Kawasan Farm





Ini lah antara kesan akibat hujan yang kini melanda kawasan kami.Sedikit banjir berlaku walaupun tidak seteruk 5-6tahun lepas..kalau berlaku seperti dulu confirm paras lutut lah jawabnya.Kesan air bertakung masih kelihatan dalam pondok cendawan ini.Alhamdulillah syukur kepada Allah.Keadaan lembab suhu dalam pondok kembali.Dan pengeluaran amat mengalakkan sekarang..

Saturday, June 26, 2010

Musim Hujan Yang Membawa Rahmat


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah..
Minggu ini hujan turun setiap hari sehingga ada kawasan yang berlaku Banjir di kawasan Benut dan sekitarnya.Ini juga memberikan rahmat kepada pengusaha cendawan.Suhu yang sejuk dan lembab menyebabkan cendawan tumbuh dengan begitu banyak sekali.Sebelum ini suhu agak panas dan menyebabkan pengeluaran cendawan mengalami masalah kekurangan pengeluaran.Dan kini rancak kembali..semoga pengeluaran cendawan akan terus meningkat.Insyallah..

Friday, June 4, 2010

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

sumber dari blog sepupu aku : http://myvitrd.blogspot.com/

Salam pagi semua, bertemu lagi d entri ke-2 aku hari ni, kali ni bukan aku nak cerita pasal politik @ nak kempen pilihan raya, cuma aku nak korang nilai pemimpin mana yang mesra rakyat.

tengah aku tengok2 email dalam inbox aku, aku terpandang satu email bertajuk "BUDAK KELANTAN MARAH" apa lagi aku bukalah nak tengok kot2 ada cerita orang gaduh ke @ apa2 berita menarikkan. bila aku scroll kebawah yang ni aku baca dalam email tu.....


Mana nak cari MB macam ni

Uniform ….. tetap pakai

SARAPAN PAGI SEORANG MENTERI BESAR.

Sewaktu kami sekeluarga berkunjung ke Kota Bharu Kelantan pada cuti sekolah bulan lepas, kami sekeluarga sarapan pagi di gerai berhampiran hotel penginapan.. Kami sekeluarga terkejut dan rasa terharu bila kami dapati MB Kelantan tengah sarapan pagi di gerai tersebut berseorangan tanpa pengawal peribadi dan pegawai kerajaan Kelantan..

Malah beliau terlebih dahulu menegur dan menberi salam kepada kami sekeluarga serta mengajak kami sekeluarga makan bersama-sama dimeja beliau sambil berborak menayakan dari mana, bagaimana perasaan kami bila berada di Kelantan dan banyak lagi..

Ketika berborak, beliau tiada sedikit pun menyentuh soal politik atau cerita perkembangan terkini di Negeri kami (Negeri 9).. Malah beliau berterima kasih kepada kami kerana sudi datang dan lihat sendiri keadaan di Kelantan daripada membaca di akhbar atau melihat di TV.. Malah kami sekeluarga rasa lebih terharu bila beliau bayar kami sekeluarga makan pada pagi itu..

* MB Negeri saya sendiri pun susah nak jumpa.. kecuali ada majlis rasmi yang ada publisiti sahaja..


"IDOLA AKU DULU, KINI & SELAMANYA"