Monday, December 6, 2010

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU PADA 9 / 01 / 2011 , AHAD

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 9/01/2011 , AHAD
MASA : 9.00PG - 4.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Friday, November 26, 2010

Lelongan Ternakan MAHA 2010 Sabtu Ini

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan menganjurkan Lelongan Ternakan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2010 pada Sabtu dan Ahad ini, bermula 2 petang.

Acara tersebut dikendalikan oleh Syarikat Major Transglobal Sdn Bhd (MTG) yang berpengalaman menganjurkan Pekan Dorper Auction di Runchang, Pahang.

Tujuan Lelongan Ternakan MAHA 2010 adalah memberi peluang kepada penternak dan pembekal ternakan ruminan menjual hasil mereka melalui kaedah lelongan sekali gus menarik minat pembekal dan pembida ternakan dari seluruh negara.

Menerusi kaedah lelongan, pembida atau pembeli berpeluang mendapatkan ternakan yang baik dan berkualiti kerana boleh menilai sendiri tahap kesihatan ternakan yang ingin diperoleh.

Terdapat dua kategori ternakan dilelong pada acara tersebut iaitu untuk tujuan pembakaan dan sembelihan termasuk spesis bebiri Dorper dan Damara, kambing Jamnapari dan Boer selain lembu dan kerbau.

Lelongan Ternakan MAHA 2010 menawarkan harga menarik serendah RM300 untuk seekor bebiri Dorper jantan. Ternakan dijual mengikut lot iaitu minimum lima ekor atau maksimum 20 ekor ternakan bagi setiap lot lelongan.

Selain itu, Demonstrasi Lelongan akan turut diadakan untuk mendedahkan orang ramai mengenai kaedah lelongan itu dijalankan mulai 2 petang setiap hari. Demonstrasi itu juga dijangka memberi pengetahuan dan idea kepada pengunjung yang berminat menceburi bidang pertanian dan penternakan haiwan ruminan.

mstar

Production Di Farm Bermula

Bahan Media untuk membuat bongkah cendawan.Operasi mengaul media dengan mesin mixer.Antara bahan media adalah habuk kayu getah,dedak padi dan kapur pertanian.

Bongkah yang telah di kukus selama 8 jam.Kini menanti untuk di suntik benih cendawan.Inilah bilik suntik yang baru di buat dengan bantuan oleh Jabatan Pertanian Putrajaya.

- Alhamdulillah kerja-kerja sudah bermula selasa lepas 23/11.Saifulam Agro Farm mensasarkan 40k bongkah dapat di sediakan bagi memenuhkan ruangan pondok sedia ada.Insyallah..Kebetulan musim ini adalah waktu cuti sekolah.Ramai lah anak-anak muda yang dapat membantu membuat kerja bagging.Buat masa ini sehari mereka boleh membuat dalam purata 1000 bongkah dengan 3 orang pekerja part time.Semoga mencapai sasaran yang di inginkan..Amin.

Saturday, November 20, 2010

PAMERAN PERTANIAN TERBESAR PADA 26/11-5/12 DI SERDANG

Monday, November 1, 2010

Tanah Untuk di Jual : Di Ayer Baloi,Pontian.

Tanah Untuk di Jual :

Tanah seluas 10 ekar,Tanaman kelapa sawit yang kini telah berusia dalam 12-15 tahun.Hasil buah kelapa sawit tengah banyak.Kawasan tepi jalan yang berturap ( Kampung ).Lokasi di Ayer Baloi,Pontian.Harga RM425.000.00.Purata seekar ialah RM42.500.00.Di jual hanya kepada orang Melayu Bumiputera sahaja.Berminat hubungi Saiful Amri 0137501589 dengan kadar segera...Jika betul-betul nak boleh bagi harga special.

Wednesday, October 27, 2010

Projek tanaman cendawan mampu lahir usahawan ( Berita Harian 28/10/2010 )

Oleh Zanariah Abd Mutalib

zanariah@bharian.com.my
2010/10/28

Kerajaan berusaha promosi produk ke pasaran luar negara

KUALA LUMPUR: Peluang perniagaan dalam projek penanaman cendawan yang digariskan di bawah projek permulaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) diharap membantu lebih ramai pengusaha mengembangkan perusahaan mereka, selain melahirkan usahawan baru dalam sektor itu.

Pengurus Fatisha Agro Farm, Rusila Yusof, 29, berkata selain bantuan geran permulaan, kerajaan juga perlu membantu mempromosikan hasil pertanian dan produk mereka supaya dapat dihantar ke pasaran luar negara.
“Masalah besar yang dihadapi pengusaha seperti saya adalah kurangnya promosi dan diharap melalui ETP akan membantu pengusaha sama ada yang sedia ada atau baru mula berjinak-jinak dalam bidang ini.

“Saya mempunyai perancangan besar dalam bidang ini dan berharap dapat berkembang kerana permintaan bagi tanaman ini dari seluruh negara sangat menggalakkan,” katanya yang sudah mengusahakan ladang cendawan tiram menggunakan kaedah penghasilan benih melalui tisu kultur di kawasan seluas 0.8 ekar di Kemaman, Terengganu lebih tiga tahun.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 60 peluang perniagaan di bawah ETP dengan salah satunya adalah projek cendawan yang dijangka menyumbang Pendapatan Negara Kasar (PNK) berjumlah RM57 bilion menjelang 2020, selain mewujudkan 1,293 peluang pekerjaan.

Rusila yang memiliki ijazah dan sarjana dalam bidang kimia dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, keputusannya menceburi perusahaan cendawan memuaskan kerana pendapatan yang lumayan sehingga mencecah RM20,000 sebulan.
Beliau kini sedang berusaha membuka sebuah lagi ladang di kawasan berdekatan berkeluasan 0.4 hektar yang dijangka menghasilkan pendapatan berganda dalam tempoh dua bulan.

Malah untuk memastikan kelangsungan perusahaannya, beliau juga membuka sebuah restoran berasaskan menu cendawan yang memberi pulangan sehingga RM3,000 setiap hari, selain turut menganjurkan kursus dan memberi khidmat nasihat kepada mereka yang berminat dalam bidang itu.

“Saya menasihatkan kepada mereka yang mahu menceburi bidang ini supaya tidak ragu-ragu untuk memulakannya kerana ia mampu meningkatkan taraf ekonomi dan mereka juga harus bijak mempelbagaikan hasil tanaman untuk dijadikan produk hiliran,” katanya.

“Malah, saya juga sudah memulakan usaha untuk membuka sebuah kedai perusahaan dengan sebahagian modal bantuan adalah daripada Tabung IKS (industri kecil dan sederhana) berjumlah RM25,000 untuk memasarkan produk seperti sos, popia dan serunding berasaskan cendawan,” katanya.

Tuesday, October 19, 2010

Pengambilan Pelajar LI Di Saifulam Agro Farm

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang Maha Besar.Segala perancangan dan pembesaran kawasan projek hampir siap 65%.Insyallah akan beroperasi sepenuhnya semula pada Isnin ini 25/10/2010.Minggu ini hampir 5-6 orang kumpulan para pelajar dari Ipta dan Ipts yang menelefon bertanyakan tentang Latihan Indusri ( LI ) yang syarikat kami tawarkan.Untuk menjawab segala pertanyaan itu saya ingin nyatakan syarat-syarat yang kami berikan adalah jika beliau berdekatan dengar Farm kami sekitar Pontian,Batu Pahat dan Simpang Renggam.Para pelajar tersebut boleh menjalankan tanpa berkumpulan dalam erti kata untuk LI seorang pun boleh jika ia berdekatan dan kami tidak menyediakan tempat tinggal.Bagi di luar kawasan tersebut ataupun luar dari Johor.Kami mengalakkan mereka memohon secara berkelompok antara 4-6 orang pelajar ataupun lebih.Kemudahan kami akan sediakan untuk pelajar yang ingin menjalankan LI secara kelompok tanpa bayaran sewaan.Selain itu syarikat kami juga akan memberikan elaun kepada pelajar-pelajar yang ingin menjalankan LI.

Untuk pengetahuan semua,Saifulam Agro Farm merupakan projek pertanian yang menjalankan penanaman cendawan tiram kelabu dan cendawan black jally.Kapasiti bongkah cendawan dalam 45,000 dan pengeluaran harian adalah dalam 50kg sehari.Selain menjual produk cendawan mentah,menjual bongkah matang dan separa matang.Kami juga menjalankan kursus asas tanaman cendawan tiram kelabu secara bulanan.Oleh yang demikian,kami amat mengalakkan para pelajar yang berminat untuk menjalankan LI di syarikat kami dengan bermatlamat mereka akan menambahkan ilmu selain membantu kami memberikan idea-idea terbaik untuk memajukan syarikat ini.