Tuesday, April 28, 2015

5000 Beg Cendawan Matang Dari Saifulam Agro Farm (Pontian) Di Beli Oleh Pengusaha Dari Sepang,Selangor.

5000 bongkah cendawan matang dari Saifulam Agro Farm di ambil oleh Pengusaha Sepang,Selangor sabtu,25 April 2015.

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan Pada 25 April 2015 (Sabtu) Di Saifulam Agro Farm (Pontian).

Memberikan kursus dan taklimat teknik Penanaman cendawan pada 25 April 2015 di Saifulam Agro Farm.Kehadiran seramai 17peserta dan paling jauh seorang peserta dari Perak.Ada peserta bekerja sebagai Jurutera,siswa dari Uthm, siswi Utm dan Pegawai tinggi Tentera turut bersama dalam kursus ini.Hebat semuanya....semoga ilmu yang di berikan dapat menafaat berguna.Kursus seterusnya pada 30 Mei 2015.Berminat hubungi 0137501589. Tahniah Buat Peserta bulan April 2015....!!!

Tuesday, April 21, 2015

Mendengar Taklimat Usahawan oleh YB Roslee Bin Daud (Exco Kerajaan Negeri Terengganu) di RTC Negeri Terengganu.

Mendengar Taklimat Usahawan,Sempat bergambar bersama YB Roslee Bin Daud (Exco Kerajaan Negeri Terengganu & Pengerusi Jawatankuasa kemajuan luar bandar,usahawan,koperasi & kepengunaan Negeri Terengganu) di RTC Terengganu ahad lepas bersama Sifu cendawan & Usahawan RBC , Cik Rusila Yusof.

Memberikan taklimat teknik penjagaan serta membekalkan bongkah cendawan untuk SMK Teknik Johor Bharu.

Hadir memberikan taklimat kepada guru mengenai cendawan dan pihak sekolah membeli 500bongkah cendawan untuk projek mereka di SMK Teknik Johor Bharu minggu lepas.

Bersama S.Farzin (Pemilik Syarikat Kcs Agro Farm) antara peserta kursus cendawan terawal kami.Beliau antara pengusaha yang berjaya di Daerah Pontian.

Tengahari minggu lepas berkesempatan melawat projek cendawan S.Farzin di Pekan Nenas, Pontian.Beliau adalah peserta terawal yang berkursus dengan kami pada Jun 2008.Beliau adalah bekas Kontraktor bangunan dan kimpalan.Kini nekad menjalankan projek sepenuh masa merupakan antara pengusaha yang berjaya di Pontian.Ingin berjaya seperti beliau saya akan membantu anda sila hubungi 0137501589 (SAIFUL AMRI).

Sunday, April 5, 2015

Hasil Penyelidikan Media Tanda Kelapa Sawit Oleh Mahasiswi UTM Di Saifulam Agro Farm.

Bongkah cendawan yang telah di suntik benih dengan media tandan kelapa sawit dan jerami padi.Benih yang di suntik telah menampakkan pergerakkan misiliamnya.Inilah antara kajian dari Mahasiswi UTM Skudai usahasama dengan syarikat saya Saifulam Agro Farm (Projek Cendawan Pontian).

Penyelidikan Media Cendawan Dari Habuk Kayu Getah kepada Tandan Kelapa Sawit Oleh Mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kerjasama Kagoshima National College of Tecnology, Jepun serta Bantuan Oleh Saifulam Agro Farm (Projek Cendawan Pontian).

Alhamdulillah hari ini 2 Mahasiswi dari Fakulti Kejuruteraan Awam (UTM) hadir membuat kajian berkaitan media cendawan.Penyelidikan bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kerjasama Kagoshima National College of Tecnology, Jepun.Selesai mengajar mereka sebentar tadi.Mengunakan tandan kelapa sawit,jerami pedih mengantikan habuk kayu getah.Selesai memberikan tunjuk ajar kepada 2 Mahasiswi dari UTM Skudai petang ini.Semalam mereka menyediakan bahan media (tanda kelapa sawit dan jerami padi) hari ini menyuntik benih cendawan tiram kelabu.Semoga berjaya buat mereka :)