Friday, August 14, 2015

3 Pelajar Dari Kolej Komuniti Rembau Sedang Menjalankan Tugasan Di Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM)

Pelajar LI dari kolej komuniti Rembau di Farm saya menjalankan kerja-kerja mengaul media cendawan pagi ini.Moga menjadi Usahawan tani yang berjaya suatu hari nanti.Mereka menjalankan Latihan Praktikal selama 4bulan.

Hasil Cendawan Segar Dari Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM)

Selepas buka 5 hari penutup cendawan sudah mengeluarkan 90% hasil dan boleh di tuai.Anggaran hasil dalam 40kg. Alhamdulillah cuaca sangat baik sepanjang bulan ini.Rezeki musim hujan,cendawan mengeluarkan hasil yang sangat baik.Kepada yang hendak membuat tempahan cendawan segar boleh hubungi 0137501589.

Saifulam Agro Farm Memantau Projek Cendawan SMK Sri Tanjung,Benut.

Alhamdulillah sempat melawat Projek Cendawan SMK Sri Tangjung,Benut.Mereka membeli 500bongkah dari saya beberapa minggu lepas.Moga para pelajar dapat menafaatkan ilmu dalam bidang agro Pertanian khusus penanaman cendawan.

Tahniah Cik Anisah Holan dari Fakulti Kejuruteraan Awam,UTM kerana berjaya menyiapkan Tesis berkaitan 'Oyster Mushroom Cultivation Utilising Palm Oil Empty Fruit Bunches Towaros Sustainable Cultivation Process' Kerjasama Projek Cendawan Pontian (SAIFULAM AGRO FARM)

Tahniah Cik Anisah Holan dari Fakulti Kejuruteraan Awam,UTM kerana berjaya menyiapkan Tesis berkaitan 'Oyster Mushroom Cultivation Utilising Palm Oil Empty Fruit Bunches Towaros Sustainable Cultivation Process'.Alhamdulillah saya dapat menyumbang sedikit kepakaran untuk membantu beliau menyiapkan tesis ini.Semoga berjaya :)

Sunday, July 12, 2015

600 Bongkah Cendawan Matang Dari Saifulam Agro Farm Di Beli Pengusaha Semalam.

Cik Rozita dari Labis membeli 600bongkah cendawan di Farm saya semalam.Ini adalah pembelian kali ketiga dari beliau.Semoga menjadi usahawanita yang berjaya.

DAFTAR SEGERA - KURSUS PENANAMAN CENDAWAN PADA 15 OGOS 2015 (SABTU) DI SAIFULAM AGRO FARM,BENUT,PONTIAN,JOHOR.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan secara Full Time dan Part Time kami sediakan memberikan latihan kepada anda.Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 15 / 8 / 2015 (SABTU) di Projek Cendawan Pontian (Saifulam Agro Farm).Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. - Belajar bagaimana menyediakan bongkah cendawan,menyuntik benih cendawan,mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm10.00 - Rm15.00 sekilo. - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh LIKE Page Projek Cendawan Pontian (Saifulam Agro Farm) ataupun ke website kami http://saifulam-agrofarm.blogspot.com/serta boleh hubungi saya terus ke talian 0137501589 Saiful Amri " Pertanian Adalah Perniagaan,Bertani Satu Ibadah "

Sunday, July 5, 2015

Promosi Mesin Bagging Media Cendawan Dari Saifulam Agro Farm (Pontian).

Promosi Mesin Bagging Media Cendawan.Memudahkan kerja-kerja memasukan media ke dalam Plastik PP.Mesin terbaik dari Saifulam Agro Farm (Pontian). Rm7500 (4Lubang) Rm9500 (8Lubang) Berminat hubungi - 0137501589 (Saiful).