Saturday, May 8, 2010

Perbezaan 4 Pondok Cendawan Kami

- Ini pula pondok terbaru kami.Belum siap sepenuhnya kerana dalam pondok masih tiada rak-rak bongkah.Insyallah di jangka masuk rak seawal minggu ini ataupun minggu depan.

- Ini pondok yang paling lama.Di bina seawal operasi Saifulam Agro Farm pada tahun 2005.Atap Nipah sebagai bumbung atas.Memang cukup sejuk berbanding Asbestos,Alu Zink serta Zink Kilang.Ini adalah yang terbaik walaupun atap sudah berusia lebih 5 tahun..belum pernah di ganti atap.

- Ini pula pondok yang bersaiz 20x20 dah siap pada awal january 2010.Mengunakan atap jenis Asbestos.

- Inilah pondok yang di bina pada tahun 2009 yang boleh memuatkan lebih 15ribu bongkah cendawan.Atap yang di gunakan ialah Alu-Zink.

Saturday, May 1, 2010

Peluang Hanya Datang Sekali....

Semalam dalam jam 4.30petang menerima pangilan telefon dari insan yang amat di kenali.Bukan sahaja aku kenali walhal seluruh rakyat malaysia mengenali beliau..Beliau yang di maksudkan adalah Ustaz Dr.Badrul Amin Baharom ( Bekas Pensyarah Undang-undang UIA dan Bekas Ahli Panel Forum Perdana Ehwal Islam ).Tujuan beliau menelefon bagi menjemput aku dan menemankan beliau untuk ke Istana Bukit Serene,Johor bagi menerima jemputan Tengku Mona adik kepada Sultan Johor sekarang ini.Jemputan itu bagi meminta Ustaz Badrul mengetuai bacaan Tahlil dan zikir munajat di Istana Johor.Malangnya aku tidak dapat turut serta..memang tension teramat sangat laaa.Bukan mudah nak dapat tawaran seperti ini apatah lagi menerima jemputan dari kerabat Diraja Negeri Johor.Sampai sekarang rasa teramat Ralat tidak dapat iringi Ustaz Badrul ke Istana Besar Johor malam tadi di sebabkan aku berada dalam tugasan rasmi.Kemungkinan suatu hari nanti akan dapat bersama Ustaz ke Istana...Apa-apa pun minta maaf banyak-banyak pada Ustaz Dr.Badrul Amin kerana tidak bersama malam tadi.Jika makluman sampai sehari sebelum program pasti aku akan ke Istana Johor malam tadi.

Wednesday, April 28, 2010

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN TIRAM KELABU PADA 15 MEI 2010 , SABTU

ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM
LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR
TARIKH : 15/05/2010 SABTU
MASA : 9.00PG - 5.00PTG
YURAN : RM200

-KURSUS DIJALANKAN 100% PRAKTIKAL
-MAKANAN DAN MINUM DISEDIAKAN SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN
-SIJIL,VCD PENANAMAN CENDAWAN,KIT CENDAWAN DAN NOTA DIBERIKAN
-TERHAD KEPADA 15 PESERTA SAHAJA

( UNTUK PENGESAHAN KURSUS BOLEH MENGHUBUNGI AM-0137501589 DAN MEMBUAT BAYARAN KE AKAUN MAYBANK ATAS NAMA NOORSAIFUL AMRI BIN SULOH - 151584028489 )

Monday, April 26, 2010

BONGKAH CENDAWAN MATANG INGIN DI JUAL

KEPADA PENGUSAHA BARU YANG INGIN MENCEBURKAN DIRI DALAM PROJEK CENDAWAN.KAMI MENYEDIAKAN BONGKAH MATANG DENGAN JAMINAN JIKA ROSAK AKAN DI GANTI.

HARGA BONGKAH MATANG RM1.30

- PENGHANTARAN 6000 BONGKAH KEATAS ( PERCUMA PENGHANTARAN ) DI JOHOR SAHAJA.
- PENGHANTARAN DI LUAR JOHOR MELEBIHI 10,000 BONGKAH ADALAH ( PERCUMA TANPA BAYARAN )

BERMINAT HUBUNGI SAYA - 0137501589



Pondok Sudah Di Penuhi..



- Alhamdulillah pondok yang di sediakan oleh Jabatan Pertanian sudah di penuhi.Kini ada 2 pondok lagi yang kosong tanpa isian bongkah.Insyallah pertengahan bulan 5 ini akan penuh dengan bongkah-bongkah cendawan.Walaupun kesibukan menyiapkan bongkah yang telah di tempah oleh pengusaha tapi pondok sendiri perlu di isi juga..Pondok bantuan ini boleh memuatkan dalam 8000 bongkah kesemuanya.

Wednesday, April 21, 2010

15,000 Bongkah Cendawan Dihantar Ke Selayang

Assalamualaikum..
Alhamdulillah selamat sampai sudah bagi penghantaran bongkah sebanyak 5k pada sabtu lepas 17/04/2010.Dan baki penghantaran sebanyak 10k akan di hantar hari sabtu ini.Lokasi kali ini amat berlainan.Kerana ia luar dari Johor iaitu penghantaran bongkah di Selayang,KL.Terima kasih kepada pengusaha tersebut iaitu Cik Faida,rakan-rakan dan keluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk membekalkan bongkah tersebut.Semoga perusahaan kalian akan berjaya.

MUSHROOM EAR

6 Jamadil Awal 1431H.

Believe it or not

Click here to join funchoice

MUSHROOM EAR

Slice a mushroom in half and it resembles the shape of the human ear.
And guess what? Adding it to your cooking could actually improve your hearing.
Thats because mushrooms are one of the few foods in our diet that contain vitamin D.
This particular vitamin is important for healthy bones, even the tiny ones in the ear that transmit sound to the brain.