Sunday, November 29, 2015

Lawatan Prof Madya.Dr Dayang Norhayati Bte Abang Jawawi Dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skuda Ke Saifulam Agro farm.

Kami menerima lawatan Prof.Madya Dr Dayang Norhayati Bte Abang Jawawi & Pelajar dari Faculty Of Computing, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai baru-baru ini di Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) bertempat Kampung Parit Hassan,Benut,Pontian,Johor.Membincangkan Projek usahasama bersama UTM berkaitan Projek Cendawan.Terima kasih atas cadangan & kerjasama.

Saudara Mok Dari Felda Lok Heng,Kota Tinggi Membeli Bongkah Cendawan Matang Dari Saifulam Agro Farm.

Saudara Mok dari Felda Lok Heng,Kota tinggi membeli 200bongkah cendawan pagi tadi.Minggu lepas beliau baru membeli 100bongkah.Kepada yang berminat nak dapatkan bongkah cendawan matang sila whatsap @ hubungi 0137501589.

Stok Baru Sekam Padi Sebanyak 1.5tan Di Saifulam Agro Farm.

Stok baru sampai di Projek Cendawan Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) sebentar tadi.Sekam padi sebanyak 1.5tan merupakan bahan untuk membuat media cendawan selain habuk kayu getah & Kapur Pertanian.

Bongkah Cendawan Matang Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Di Beli Oleh Peniaga Dari Felda Lok Heng.

Ini kali ketiga Encik Mohd Noh dari Felda Lok Heng, Kota tinggi datang membeli bongkah cendawan matang dari kami semalam.Faktor permintaan cendawan yang tinggi beliau akan menambahkan lagi pembelian bongkah serta membesarkan projeknya di Felda Lok Heng.Beliau juga mempunyai kedai runcit di felda tersebut dengan setiap kali jualan sebanyak 15kg sehari permintaan.Tahniah...!!!

Tahniah - Bekas Peserta Kursus Cendawan Saifulam Agro Farm (SIFU CENDAWAN) Menjuarai Program Astro Bella "Jom Kurus".

Tahniah buat Yana kerana menJuarai Program Astro Bella "Jom Kurus" yang telah meraih hadiah wang tunai RM20 ribu.Beliau pernah menyertai kursus Penanaman Cendawan Anjuran saya di Sifu Cendawan (Saifulam Agro Farm) pada bulan Mac 2015.Moga cita-cita untuk melebarkan lagi sayap perniagaannya yang dibuat secara kecil-kecilan berjaya.

Saturday, November 21, 2015

710 Bongkah Cendawan Dari Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Di Beli.

Saudara Zaki dari Kempas,Johor Bharu membeli 710bongkah cendawan matang dari kami sebentar tadi.Semoga cendawan mengeluarkan hasil yang banyak.

Gambar Peserta Kursus Penanaman Cendawan Di Saifulam Agro Farm (Sifu Cendawan) Pada 14 November 2015.

Memberikan taklimat & kursus penanaman cendawan di Saifulam Agro Farm pada 14 November 2015. Tahniah buat 6peserta yang hadir termasuk dari 2peserta kedah yang datang dari jauh untuk mempelajari teknik penanaman.