Saturday, October 16, 2021

DAFTAR SEGERA - KURSUS TANAMAN CENDAWAN SECARA PRAKTIKAL PADA 6 NOVEMBER 2021 (SABTU) DI BENUT, PONTIAN, JOHOR.

Ingin Menjadi Usahawan Pertanian dalam Projek Penanaman Cendawan "TIRAM KELABU' secara Full Time dan Part Time kami sedia memberikan latihan kepada anda. Sertai kursus Penanaman Cendawan pada 6 NOVEMBER 2021 (SABTU) di Benut,Pontian,Johor. Pengisian sepanjang kursus di berikan : - Sehari di buat secara praktikal di ladang kami berkaitan teknik penanaman cendawan yang betul. Belajar bagaimana menyediakan media cendawan dan bongkah cendawan, menyuntik benih cendawan, mengukus bongkah cendawan dan penjagaan dalam pondok penghasilan dan memetik hasil cendawan. - Cara pemasaran yang betul. Mengapa perlu menceburkan diri dalam Projek Cendawan : - Atas faktor permintaan yang amat tinggi pada pasaran tempatan dan harga yang tinggi di pasaran antara Rm15.00 - Rm25.00 sekilo (TIRAM KELABU) - Mudah menjalankan projek pertanian ini kerana tidak memerlukan tanah yang luas. - Penjagaan yang mudah dan hasil yang memuaskan. Berminat boleh hubungi kami : 013-7501589 (call ataupun whatsap)

Penghantaran 6000 bongkah cendawan kepada usahawan bimbingan Pertubuhan Peladang Kawasan Benut, Saudara Faiz.

Penghantaran sebanyak 6000 bongkah cendawan tiram kepada Saudara Faiz Irsyadi Bin Sozani dari Kampung Jambi, Benut, Pontian, Johor. Beliau merupakan peserta kursus cendawan kami beberapa tahun yang lepas. Merupakan ahli Peladang di Pertubuhan Peladang Kawasan Benut. Saudara Faiz menerima geran khas dari PPK Kawasan Benut untuk 6000 Bongkah Cendawan. Merupakan anak muda yang didikasi dan bersemangat dalam projek pertanian khusus tanaman cendawan. Terima kasih PPK Benut yang memberikan kepercayaan kepada kami untuk membekalkan bongkah cendawan kepada usahawan. Semoga berjaya anak muda ! #ppkbenut #LPPJohor #Peladangmuda

Terima kasih TV 3 atas liputan projek Cendawan saya di Benut Pontian, Johor.

Ucapan setinggi-tinggi perhargaan kepada Jabatan Pertanian Malaysia, Pejabat Pertanian Pontian, Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Benut dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di atas kerjasama, sokongan serta bimbingan berterusan selama ini. Pertanian adalah kerjaya ! #tv3 #bulitenpagitv3

Tuesday, September 21, 2021

Kursus Tanaman Cendawan Tiram Kelabu Pada 6 November 2021 Di Pontian Johor.

Kursus Tanaman Cendawan Tiram Kelabu secara praktikal pada 6 November 2021 ini bertempat di ladang kami Benut,Pontian,Johor. Ia tertakluk pada Arahan PKP (Kebenaran Ataupun Tidak Di Benarkan) serta SOP terkini pada ketika itu. Segala pertanyaan hubungi kami - 0137501589. #kursuscendawan2021 #kursuscendawankukur2021 #kursuscendawantiramkelabu2021

Kursus Tanaman Cendawan Kukur secara praktikal pada 27 November 2021 Di Pontian Johor.

Pendaftaran kini di buka untuk Kursus Tanaman Cendawan Kukur secara praktikal pada 27 November 2021 ini di ladang kami bertempat Benut,Pontian,Johor. Ia tertakluk pada Arahan PKP (Kebenaran Ataupun Tidak Di Benarkan) serta SOP terkini pada ketika itu. Segala pertanyaan hubungi kami - 0137501589. #kursuscendawan2021 #kursuscendawankukur2021 #kursuscendawantiramkelabu2021

Lawatan Kerja Ke Projek Cendawan Oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Hj.Maslan Ke Ladang Kami Di Parit Hassan Benut, Pontian.

YB Datuk Seri Haji Ahmad Hj Maslan (Ahli Parlimen Pontian) melawat projek cendawan saya di Parit Hassan Benut baru-baru ini. Projek PRA-Pengkomersialan medium tanaman cendawan daripada sisa tanaman nanas kerjasama bersama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Wednesday, August 25, 2021

MAKLUMAN KURSUS CENDAWAN TIRAM KELABU DAN CENDAWAN KUKUR HUJUNG TAHUN 2021 DI PONTIAN, JOHOR.

UNTUK MAKLUMAN KEPADA SEMUA. RAMAI YANG BERTANYAKAN BERKAITAN KURSUS KEUSAHAWANAN CENDAWAN TIRAM KELABU DAN CENDAWAN KUKUR. KAMI MERANCANG AKAN MENJALANKAN KURSUS SEKITAR AKHIR BULAN OKTOBER 2021 ATAUPUN AKHIR BUKAN NOVEMBER 2021 (BERGANTUNG KEPADA SOP PKP KETIKA ITU). SEGALA PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI TERUS - 0137501589 ATAUPUN WHATSAP. TERIMA KASIH.