Tuesday, February 25, 2020

Penghantaran Bongkah Cendawan Ke SMK Datuk Pengawa Barat Pontian.

Usai membuat penghantaran bongkah cendawan ke SMK.Datuk Pengawa Barat sebentar tadi. Tahun lepas sekolah ini menjadi tuan rumah untuk Majlis Pelancaran program MyGreen Team yang di rasmikan oleh Menteri Pertanian & Industri Asas Tani. Serta beberapa minggu lepas sekolah ini bersiaran langsung di Selamat Pagi Malaysia RTM memperkenalkan produk baru iaitu ikan laga yang di usahakan sekolah. Dengan adanya program MyGreenTeam, guru-guru dan pelajar-pelajar digalakkan menggunakan ruang di sekolah dengan mengusahakan tanaman yang bersesuaian dan hasilnya boleh terus dimakan atau dijual bagi menjana pendapatan tabung sekolah. Tahniah Cikgu Amin antara pengerak utama sekolah serta guru-guru dan para pelajar yang menjayakan projek.

No comments: