Wednesday, August 25, 2021

Terima kasih kepada Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Tuan Mohd Khairuzamri M.Salleh dan para pegawai LPNM atas kerjasama bersama.

13 Ogos 2021 | Benut Pontian - YBrs En. Mohd Khairuzamri M. Salleh, Ketua Pengarah LPNM telah mengadakan lawatan ke Saifulam Agro Farm bertempat di Kg.Parit Hassan, Benut Pontian. Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat projek pembangunan tanaman cendawan menggunakan medium sisa daun nanas yang diusahakan oleh pengusaha En.Noorsaiful Amri Suloh. LPNM telah mengadakan kerjasama dengan Saifulam Agro Farm bagi membangunkan tanaman cendawan menggunakan sisa daun nanas sejajar dengan usaha LPNM dalam program 'zero waste management' iaitu pengurusan sisa tanaman nanas bagi peningkatan pendapatan serta kelestarian alam sekitar. Kajian tanaman cendawan menggunakan sisa nanas ini telah dimulakan pada April 2021. Sebanyak 1000 bongkah telah menggunakan sisa daun nanas dengan purata penggunaan sisa daun nanas sebanyak 50%. Ia akan terus ditingkatkan bagi melihat keberkesanannya sebagai medium dan bahan utama dalam tanaman cendawan. Kapasiti rumah cendawan En.Noorsaiful adalah sebanyak 50,000 bongkah. YBrs. Ketua Pengarah, dengan diiringi oleh En.Wan Mohd Adiasrol Wan Hussain, Pengarah Bahagian Pembangunan Produk & Bioteknologi juga berkesempatan menuai hasil pertama cendawan yang menggunakan sisa nanas pada lawatan ini. #jommakannanas

No comments: